Sementara di dewan perkahwinan, Alara meminta izin untuk pergi ke tandas sekejap.
Sejak tadi, Abi Roshan mencari keberadaan ahli keluarga pengantin lelaki tetapi tidak ada.
Alara yang saat ini sedang gelisah, mencuba berkali-kali menelefon Syafiq tapi tetap tidak dijawab.
Alara menyerah dan turun ke bawah. Tetapi ketika sampai di tangga ada seorang lelaki memanggilnya.
"Puan Alara!" panggil lelaki itu dan Alara pun berpusing ke arahnya.
"Saya ada satu pesanan dari Tuan Syafiq," sambungnya lagi. Tidak lupa Alara juga menundukkan pandangannya ke bawah.
"Pesanan apa?"
Lelaki itu menolak Alara hingga perempuan itu jatuh tergolek. Badan Alara berguling-guling di tangga.
"Selesai." Ucapnya dingin. Kemudian pergi begitu setelah menyelesaikan kerjanya.
Umi Aisha yang ingin memanggil Alara terkejut, saat melihat Alara sudah terbaring di atas lantai.
"YA ALLAH ALARA!" jerit Umi Aisha.
Dan semua yang berada disitu langsung menghampiri Alara dan Umi Aisha. Tanpa menunggu apa-apa Abang Airel terus mendukung Alara.
Mereka bertolak menuju hospital termasuk ahli keluarga Zayn. Setibanya di hospital Alara pun dibawa nurse dan dokter.
"Macam mana Aisha?" Tanya Ayda. Dia juga datang bersama ahli keluarganya.
"Dokter tak bagitahu apa-apa lagi Ayda." Balasnya lemah.
Tidak lama kemudian dokter pun keluar, "ahli keluarga Alara Haurel?" Panggil dokter tadi.
"Kami." Balas abi dan Umi Aisha serentak.
"Maaf, keadaan Alara baik-baik saja tapi kandungannya tak dapat diselamatkan." Beritahu dokter itu.
Seketika semuanya terkejut kerana mendengar jika Alara sedang mengandung .
"Terima kasih dokter." Balas Abi Roshan. Mereka masuk ke dalam wad Alara. Tampak jika perempuan itu sedang menangis.
Umi Aisha yang faham akan keadaan anaknya pun langsung memeluk Alara. Sementara di luar, Zayn baru tiba bersama si kembar dan Zayyad.
"Mama Ara mana?" Soal Zayn yang baru menyedari isterinya itu tidak ada disitu.
"Ara...," ucapan Mama Ayda terhenti kerana panggilan telefon Zayn.
"Hello bro! I miss you." Sapa lelaki diseberang sana dengan semangat.
"Shit!" Zayn mengumpat dengan perlahan. Dia baru dimaklumkan oleh Anas jika Syafiq merupakan abang pada Syafiqah.
"Mana isteri aku, bodoh." Marahnya.
Zayyad yang melihat abangnya emosi, mula mendekat, "siapa?" Tanyanya. Tercetak jelas kerisauan pada muka Zayyad.
"Syafiq kembar Syafiqah." Balas Zayn sambil menahan emosi.
Zayyad yang kenal lelaki itu pun menelefon Kai. "Matthew!" ujarnya dengan satu kata dan Kai langsung memahami.
"Ada. Paling tak pun tengah mandi kot maklumlah baru lepas.....," sahut Syafiq sambil menggantung ayatnya.
"Kau jangan sentuh isteri aku. Aku bunuh kau setan." Marah Zayn. Syafiq hanya tertawa kemudian menutup telefon.
Zayn makin mengila. Zayyad cuba menenangkan abangnya. Dengan cepat dia menarik tangan Zayn untuk keluar dari Hospital. Tidak lupa dia memberitahu Zayyan tentang keadaan Ara.
YOU ARE READING
Dia Aralia!
Romance"Ara! Ummi mohon sangat dekat kamu. Gantikan tempat kakak kamu ya sayang" pujuk sang Ibu ke anaknya "No Ummi Ara baru je balik dari belajar. Masih banyak lagi impian yang Ara nak kejar" tolak gadis 22 tahun itu dengan mentah mentah. "Abi mohon kali...