Chapter 29

5.2K 110 7
                                    

Malamnya, Ara dan Zayn tinggal di rumah baru mereka. Tampak Zayn sedang sibuk di dapur kerana isterinya itu mahu makan nasi goreng kampung buatannya. Zayn dengan senang hati membuatnya.

Selesai memasak dia meletakkan satu pinggan nasi goreng di hadapan isterinya. Ara meminta Zayn untuk menyuapinya, sekadar ingin bermanja.

Dan Zayn menuruti, "abang boleh tak Ara mengidam nak Kai usap perut Ara. Mana tahu nanti anak kita jadi handsome macam dia!" tanya Ara disela Zayn menyuapnya.

Zayn yang tadi tersenyum lebar langsung berubah air mukanya.

"Tak boleh." Jawab Zayn dingin.

Ara langsung ingin menangis, mendengar suara Zayn yang naik satu oktaf. Zayn yang melihat air mata isterinya itu tumpah, merasa kesian.

"Sayang, muka abang ni jauh lebih handsome dari Kaimbing tu!" ujar Zayn sambil mengangkat Ara dan meletakkan di atas pehanya.

"Nanti kalau anak kita handsome macam awak, mesti ramai orang yang minat dia!" lirih Ara sambil menyorok di dada bidang Zayn.

Zayn tersenyum kecil. Dia tidak habis fikir dengan isterinya ini. Melihat Ara bercakap dengan Zayyad saja sudah membuat Zayn cemburu setengah mati. Ini pula membiarkan lelaki lain mengusap perut isterinya.

"Nak makan lagi tak, hm?" Tanya Zayn sambil mengusap lembut rambut Ara yang sedang tidur dibahunya.

Ara mengeleng, sejujurnya dia sudah kenyang. "Ouh sebelum saya lupa, saya pun ada hadiah untuk abang!" ujarnya tiba-tiba.

"Tapi nanti, dekat bilik saya bagi okay!" sambungnya lagi. Zayn pun mengiyakan kerana tidak mahu Ara merajuk lagi.

Mereka naik ke bilik. Ara langsung mendekat ke arah handbagnya dan megeluarkan sebuah kotak.

Kemudian dia menyerahkan kotak itu ke Zayn, "nah!" hulurnya. Zayn menerima dan membuka kotak itu.

Air matanya jatuh begitu saja, "betul ke ni?" Tanyanya seakan tak percaya dengan yang apa yang dia lihat.

"Ya sayang, anak kita kembar!" balas Ara sambil merentangkan tangannya untuk dipeluk.

Zayn menghamburkan dirinya ke dalam pelukkan Ara, "alhamdullillah, ya Allah!" syukurnya lagi.

Zayn menangis, terharu. Dia mencium isterinya itu berkali-kali. Zayn merasa bahagia kerana tidak lama lagi dia akan digelar sebagai papa. Dia tidak sabar menunggu hari itu tiba.

"Hm abang! Boleh teman saya tak esok? " Tanya Ara hati-hati.

Takut jika Zayn sibuk hari esok. Dia berniat untuk pergi ke rumah adik-adiknya.

"Boleh sayang. Anything for you!" balas Zayn. Kemudian Zayn mengajak Ara untuk tidur.

~~~~

Keesokan hari, setelah selesai subuh. Ara turun ke bawah untuk melihat pesanan yang baru tiba.

Dia mengorder ayam goreng dan pizza kesukaan adik-adiknya. Zayn juga turun ke bawah mengikuti isterinya.

Tidak lupa Zayn mengajak Zayyad dan yang lain. Elisa dan Syaffiyah juga ikut serta. Dan tidak lupa, Emara sahabat Ara itu juga turut datang dalam acara kecil-kecilan yang Ara siapkan ini.

Mereka semua sedang berkumpul di ruang tamu. Tidak lupa Alara dan Airel juga ikut kerana Ara terus memaksa mereka.

Dan berubahlah rumah Ara menjadi zoo kerana Benjamin sentiasa mencuba mencairkan suasana. Dia dan Liam sentiasa bijak mencari topik agar mereka tetap berbual.

Alara, Elisa, Syaffiyah dan Emara sedang berada di dapur membantu Ara. Selesai saja menyiapkan semuanya, Ara meminta Zayn dan sahabatnya mengangkat makanan tadi ke dalam kereta.

Dia Aralia! Where stories live. Discover now