Pov Ara
Sudah lima hari, Ara berada di hospital. Setelah mendengar berita tentang Zayn.
Umi Aisha juga selalu memaksa anaknya itu untuk makan kerana sudah beberapa hari Ara tidak makan.
Hari ini si kembar datang melawat kakak iparnya. Mereka sudah menerima kakak iparnya itu kerana Ara sudah membantu mereka berdua saat mereka dalam bahaya.
Flashback.
Zara dan Zahra saat ini berada di depan mall. Mereka berdua berniat untuk berjumpa dengan Nora.
Tetapi mereka melihat Kakak Nora mereka, sedang bermesraan dengan seorang lelaki bahkan keduanya juga berpelukan. Si kembar mula mendekati Nora.
"Ouh jadi macam ni kelakuan seorang perempuan yang dibesarkan dalam keluarga yang faham agama. Berpelukan dengan lelaki yang bukan muhrim. Wow, amazing!" Tegur Zara ketika tiba di depan keduanya.
Nora sangat terkejut dengan kehadiran si duo Z. "Zara, Zahra. kamu berdua salah faham." Sahutnya dengan wajah panik.
"Sayang dia orang berdua ni siapa?" Tanya lelaki yang sedang memeluk Nora.
"Wow, sayang!" Sindir Zahra.
Zara mendekati Nora hingga perempuan berumur 24 tahun itu berundur ke belakang.
Tidak lama kemudian, ada sekelompok lelaki datang menghampiri keempat orang itu.
"Hai Luth!" sapa lelaki yang baru tiba bersama ketiga temannya.
"Wow ada gadis-gadis cantik lah," ujar lelaki disebelahnya sambil memandang Zara dan Zahra dari atas hingga bawah. Si kembar merasa tidak selesa dengan kelakuan kawan Luth.
Seorang lagi lelaki, dengan berani memeluk Zara. Dengan cepat Zara menghempas tangan lelaki tadi.
"Jual mahal konon," ujar lelaki itu sambil tersenyum smirk.
Ara dan Airel yang kebetulan ada disana langsung mendekat ke arah si kembar.
"Adik!" tegurnya dan si kembar segera mengalihkan pandangannya pada Ara.
"Need help?" Tawar Ara dan si kembar pun segera mengangguk . Zara dan Zahra juga bersembunyi di belakang Ara.
"Apa kau orang semua dah pernah jumpa dengan malaikat maut?" Soal Ara sambil memandang kesemua lelaki itu dengan tatapan datar.
"Berani kau orang semua ganggu putri kesayangan keluarga Xandr'e kan. Tak takut ke?" sambung Ara lagi.
Dan kesemua lelaki disana termasuk Luth membeku ketika mendengar nama Xandr'e.
Siapa yang tak kenal keluarga itu. Papa Zayyan sangatlah dikenali oleh orang ramai kerana Syarikat Xandr'e merupakan syarikat yang paling banyak cawangan di serata dunia. Tak mustahil jika ramai yang tidak mengenali keluarga Xandr'e.
"Ma-maaf," ujar mereka terketar-ketar sampai yang berani memeluk Zara jatuh melutut.
"Maafkan saya. Kami bodoh," ujar lelaki itu dengan wajah penuh penyesalan.
"Kak Ara jom kita balik," ajak Zahra dan Zara sambil menghiraukan lelaki sampah itu tadi.
Ara dan Airel menghantar Zara dan Zahra pulang ke rumah. Zara dan Zahra juga meminta maaf atas tindakan mereka kepada Ara selama ini.
Ara juga tidak terlalu mengambil hati tentang hal itu. Dan sejak saat itu si kembar menerima dan berbaik dengan Ara.
Flashback end.
"Hai baby! Baby apa khabar? Hari ni Ibu Zara dengan Umi Zahra datang melawat," ujar keduanya sambil bercakap dengan perut Ara.
Ara hanya tersengeh ketika si kembar melakukan hal itu. Dia jadi teringat dengan suaminya. Apakah Zayn akan melakukan hal yang sama?
YOU ARE READING
Dia Aralia!
Romance"Ara! Ummi mohon sangat dekat kamu. Gantikan tempat kakak kamu ya sayang" pujuk sang Ibu ke anaknya "No Ummi Ara baru je balik dari belajar. Masih banyak lagi impian yang Ara nak kejar" tolak gadis 22 tahun itu dengan mentah mentah. "Abi mohon kali...