chapter 21

5.8K 106 3
                                    

Untuk Bab Ini Khas Tentang Masa Lalu Zayyad and the gengs with Ara okay

London| 18/6/2020 | 10:15 a.m.

"Akhirnya sampai pun kan Ara," ucap seorang gadis berambut pendek sebahu.

"Hm. Dah jom masuk aku penat sangat ni Emara." Balas gadis yang tak lain tak bukan adalah Ara.

Kedua gadis itu, akhirnya sampai ke tempat impian mereka iaitu London.

Dia sangat berharap boleh masuk ke Universiti Oxford. Dan akhirnya dia berjaya memasuki universiti ini dengan kepintarannya. Ara dan Emara mengambil bidang yang sama iaitu sains sosial.

Emara merupakan sahabat Ara dari kecil ketika Ara masih menetap di Turki bersama abinya.

Emara Zerlin. Gadis 22 tahun itu memiliki darah kacukan sama seperti Ara. Emara merupakan gadis yang sangat cantik. Walau begitu kecantikan Ara tetap tidak boleh dikalahkan.

Emara dan Ara sudah berjanji untuk masuk ke universiti ini dari kecil lagi saat mereka berumur sembilan tahun.

Emara dan Ara masuk ke dalam apartmen milik mereka. Selama berada disana mereka berdua tidak pernah terlibat dengan sebarang masalah.

Tetapi kehadiran lima lelaki, mampu membuat kehidupan Ara berubah sekelip mata.

Hari ini sudah genap sebulan Ara belajar di universiti. Saat ini Ara sedang berada di kelas sendirian sambil menunggu Emara yang pergi ke tandas.

Tiba-tiba sekelompok lelaki datang menghampirinya.

"Hai Al," sapa lelaki yang baru tiba itu pada Ara yang fokus bermain telefon.

"Hai Ara."

"Hai Raa."

"Hai Lia."

"Hai Lii."

Keempat lelaki juga ikut menyapa. Ara mengenali kelima lelaki itu, semasa handbag Ara dicuri, merekalah yang membantunya.

"Hai Ayyad, Hai Kai, Hai Ben, Hai Isaac and Hai too, Lucas." Balas Ara sambil tersenyum manis. Kemudian mereka pun berbual kosong.

Selama 2 tahun itu Ara dijaga ketat oleh Zayyad and the geng. Zayyad sangat meratukan Ara. Meski begitu Ara dan Zayyad tidak pernah terlibat dengan namanya bercinta.

Tapi ada sesuatu kejadian yang menyebabkan Ara menjauhi Zayyad. Dan disinilah bermulanya patah hati terberat seorang Zayyad Aydan.

Hari ini merupakan hari cuti, Ara dan Emara ingin menghabiskan masa cuti mereka dengan berjalan-jalan.

"Ara aku nak beli aiskrim dekat depan tu kau nak tak?" Tanya Emara sambil menunjuk kedai aiskrim di seberang sana.

"Hm boleh, tapi perisa vanila coklat eh," balas Ara. Emara menganggukkan kepalanya dan berjalan menuju ke arah sebarang.

Semasa Emara pergi membeli aiskrim, Ara mula memainkan telefonnya. Tanpa dia sedar dari tadi dia sedang diperhatikan.

"Now!" suruh seorang lelaki pada ketiga orang di depannya untuk bergerak.

Mereka mula mendekati Ara dan menutup mulut Ara menggunakan kain. Ara pengsan, tak sedarkan diri.

Dia Aralia! Where stories live. Discover now