Hampir separuh hari Ara mendiamkan diri dalam bilik. Merasa bosan dia memutuskan untuk mengajak Syaffiyah dan Elisa datang ke rumahnya.
Ara turun ke bawah. Dia akan menyiapkan sesuatu yang istimewa untuk tetamu nanti.
Dia mula menyediakan bahan untuk membuat cookies. Satu jam lebih juga dia mengadap oven milik uminya itu.
Setelah selesai membakar cookies barulah dia naik semula ke atas untuk membersihkan badannya yang sedikit kotor kerana dipenuhi tepung.
"Assalamualaikum!" Sapa dua orang perempuan dari arah luar rumah Roshan.
Aisha berjalan cepat menuju ke arah pintu, "waalaikumusalam." Jawabnya sambil membuka pintu.
"Ummi." Sapa keduanya sambil bersalaman dengan Aisha.
"Jemput masuk. Lama umi tak jumpa dengan kamu berdua. Sibuk ke?" Soal Aisha. Dia menutup kembali pintu dan berjalan menuju ke sofa.
"Tak adalah umi. Cuma segan je sebab Ara takde." Sahut Elisa.
"Nak segan apanya. Umi kan umi kamu juga. Dah duduk dulu." Suruh Aisha.
Tak lama Ara berlari dari arah tangga dan menyapa sahabatnya, "El,.Syaf! I miss you."
"Jangan lari Ara," tegur kedua sahabatnya itu. Mereka memandang risau pada Ara yang hanya tersenyum lebar.
"Hehe. Tunggu sekejap saya ambil cookies dengan air untuk awak berdua." Sahutnya.
Ara sudah terbiasa membahasakan dirinya 'saya,'awak' dengan kedua sahabatnya itu kerana mereka sejenis orang yang lemah lembut.
Ara kembali ke ruang tamu dengan membawa cookies yang dibuatnya. Tidak lupa dia juga membawa tiga gelas air coklat.
"Jangan makan ya, jemput malu," gurau Ara sambil menterbalikkan ayatnya.
"Kalau macam tu, umi ke dapur dulu lah. Banyak lagi pinggan yang tak berbasuh." Ucap Aisha pada ketiga perempuan di depannya.
"Baik umi." Sahut ketiganya sambil melayangkan senyum manis. Aisha melangkah menuju ke dapur, membiarkan Ara melepaskan rindu pada sahabatnya.
"Awak tak cakap pun dekat saya kalau awak dah balik." Ucap Elisa.
"Saya tak nak ganggu sahabat baik saya yang satu ni," balas Ara. Sementara Syaff sudah menyuap cookies yang dihidang Ara ke dalam mulut.
"El...Syaf! Rimas tak pakai niqab ni?" Soal Ara sambil memerhati niqab yang dipakai Elisa dan Syaffiyah.
"Tak pun, seronok adalah..hurm," jawap Syaffiyah dengan mulut yang penuh dengan makanan.
"Ya Allah, Iyah. Kalau dalam mulut tu masih penuh jangan paksa bercakap. Tak baik," tegur Elisa lembut.
"Maaf El. Saya lupa," balasnya sambil menepuk dahi.
"Kalau lupa cakap apa? " Tanya Ara
"Astagfirullah," balas Syaffiyah.
Setelah itu, mereka tertawa kecil kerana tingkah Syaffiyah. Ara bahagia memiliki kedua sahabatnya yang super solehah itu.
Dia berharap suatu saat nanti Allah akan mempersatukan mereka kembali di dalam syurga kerana tiada satu pun persahabatan yang kekal melainkan persahabatan kerana Allah.
"Assalamualaikum," sapa Abang Airel yang baru pulang dari Turki.
"Waalaikumusalam, eh abang dah balik," balas Ara. Dia bangun dan bersalaman dengan Airel.
"Waalaikumusalam," jawab Elisa dan Syaffiyah sambil menunduk.
"Ya, umi mana dik? " Tanya Abang Airel sambil menyerahkan seplastik coklat dari Turki yang dibelinya tempoh hari.
YOU ARE READING
Dia Aralia!
Romance"Ara! Ummi mohon sangat dekat kamu. Gantikan tempat kakak kamu ya sayang" pujuk sang Ibu ke anaknya "No Ummi Ara baru je balik dari belajar. Masih banyak lagi impian yang Ara nak kejar" tolak gadis 22 tahun itu dengan mentah mentah. "Abi mohon kali...