Kandungan Ara sudah mencapai sembilan bulan. Tinggal menghitung hari menunggu Ara bersalin. Selama itu, Zayn tidak pernah meninggalkan isterinya itu sendirian.
Seperti saat ini keduanya sedang bersantai bersama Leo dan Leona. Kucing Zayn dan kucing yang dibeli oleh Ara untuk si Leo.
"Sayang dah ada nama untuk anak kita?" Soal Zayn sambil mencium perut Ara.
Zayn berbaring di atas peha Ara kerana permintaan perempuan itu.
"Dah." Balas Ara sambil mengusap rambut Zayn lembut.
"Apa nama yang awak isi?" Tanyanya lagi.
"Zea Aralyn."
"Zean Aryan."
Dia sudah lama memilih nama itu. Zayn juga sangat bersetuju dengan nama yang Ara pilih.
Kemudian mereka pun saling bermanja. Dengan Zayn yang mengelus perut Ara dan Ara yang bermain rambut Zayn.
~~~~
Sementara di rumah Abi Roshan. Abang Airel sedang berbincang serius dengan orang tuanya.
"Abang dah fikir masak-masak, abang nak abi dengan umi masuk minang Syaffiyah. " Ujarnya dengan mantap.
Umi tersenyum bahagia, "abi pun setuju, kalau macam tu hari esok kita pergi ke rumah Syaf ya!" sahut Abi Roshan dengan gembira.
"Kamu macam mana Al?" tegur Abi pada Alara yang hanya mendiamkan diri.
"Kalau ada jodoh kakak, insya Allah kakak nikah. Kalau tak ada mungkin kakak akan jaga umi dengan abi sampai kakak mati." Senyum palsu pun dilayangkan Alara pada kedua orang tuanya.
"Jangan macam tu, ingat surah Az Zariyat, ayat 49. Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan agar kamu mengingat (kebesaran Allah) ." Ujar abi Roshan sambil membaca ayat suci al Quran pada anaknya.
"Insya Allah tak lama lagi datang lah jodoh kamu!" sambung Abi Roshan. Alara mengangguk yakin.
Itulah mengapa kita tidak perlu sedih ketika ada yang mengejek kita single. Bahkan Allah pun dah nyatakan dalam Al Quran setiap mahkluknya dicipta berpasangan.
Yakinlah akan datang seseorang lelaki yang dengan beraninya meminang kamu di hadapan kedua orang tua kamu tanpa status couple. Kerana wanita sangat berharga.
Dari lahir dia sudah menjadi tuan puteri untuk kedua orang tuanya, kemudian dijadikan ratu oleh pasangannya. Bukan dijadikan sebagai seorang gundik, yang tidak mempunyai status yang jelas dalam kehidupan seorang raja.
Bijaklah dalam memilih pasangan, kerana kita akan sehidup semati dengannya.
Everyone deserves someone better in their life, keep fighting
Back to the story.
Keesokkan hari, semua urusan menjadi lancar. Keluarga Syafiyyah juga bersetuju dan memutuskan untuk melakukan perkahwinan dalam masa sebulan lagi.
~~~~
Ara saat ini sedang bersantai di halaman belakang rumahnya. Namun, tiba-tiba air ketubannya pecah.
"Abang!!!" panggilnya.
Zayn segera menghampiri isterinya dan terkejut melihat dress Ara basah. Tanpa membuang masa, dia mengangkat Ara. Mujurlah semua barangnya sudah siap sehingga mereka hanya perlu terus pergi ke hospital.
Dokter membawa Ara naik ke atas. Zayn juga sudah menelefon seluruh keluarganya. Saat ini Ara sudah di bawa ke wad bersalin kerana sudah tiba waktu gadis itu bertelur. Eh maksudnya bersalin. Zayn masuk ke dalam.
YOU ARE READING
Dia Aralia!
Romance"Ara! Ummi mohon sangat dekat kamu. Gantikan tempat kakak kamu ya sayang" pujuk sang Ibu ke anaknya "No Ummi Ara baru je balik dari belajar. Masih banyak lagi impian yang Ara nak kejar" tolak gadis 22 tahun itu dengan mentah mentah. "Abi mohon kali...