"Abang tolong tengok anak kita!" Jerit Ara pada Zayn yang sedang berada di atas.
Zayn keluar dari biliknya menuju ke arah bilik anaknya. Dengan langkah besar, dia menghampiri anak kembarnya.
Tampak keduanya masih tertidur lena. Zayn memilih untuk duduk di sofa single yang selalu Ara gunakan untuk menyusu kedua anaknya itu.
Zayn membuka Al Qurannya dan mula membaca surah Ar Rahman. 20 minit kemudian barulah Ara naik ke atas.
"Sayang.....," ucapan Ara terputus kerana melihat suaminya itu menangis.
Ara mendekat ke arah Zayn yang berada di sofa. "Abang okay?" risau Ara.
Zayn memeluk isterinya. "Sayang tahu, waktu abang mengaji tadi. Abang tertegun dengan maksud dari surah tu." Beritahunya.
"Nikmat Tuhan mana yang ingin kau dustakan!" ujar mereka serentak.
"Abang bersyukur sangat dengan apa yang tuhan berikan dekat abang! " lirihnya.
Ara hanya tersenyum dan mengusap lembut kepala Zayn.
"Dah jom sarapan dulu. Anak kita pun dah bangun," ujar Ara sambil menunjuk ke arah si kembar.
Ara mendukung Aryan kerana Aralyn hanya ingin berdukung dengan papanya.
Ara terkadang heran melihat Aralyn kerana baby itu akan menangis jika dipegang oleh perempuan berbanding terbalik jika lelaki yang mendukungnya.
Sementara Aryan hanya ingin berkepit bersama Ara dan tidak mahu ke yang lain termasuk papanya. Mereka sekeluarga menuju ke ruang makan.
~~~~
Sementara di sisi lain Airel sedang sibuk memilih baju perkahwinan mereka. Majlis ditunda selama lima bulan kerana ada beberapa masalah.
Majlis ini akan dibuat semengah yang mungkin kerana yang menikah bukan hanya sepasang pengantin melainkan 3 pasang pegantin.
Elisa dan Arlan, Syaffiyah dan Airel serta Kai dan Emara. Ketiga lelaki itu akhirnya berjaya meluluhkan hati mereka.
Meski terkadang mereka juga bersusah payah untuk melembutkan hati ketiga perempuan itu.
~~~~
Akhirnya, majlis dilaksanakan dengan megah dan mewah. Ketiga pasangan itu akhirnya mengakhiri zaman single mereka.
Benjamin,Lucas,Isaac,Anas,Liam dan Noah hanya mampu mengucapkan tahniah kepada sahabat mereka kerana telah berjumpa dengan pasangan hidup masing-masing.
Di meja khas milik lelaki bujang itu, Isaac terlebih dulu memulakan topik perbicaraan, "Ben, kau tahu tak dekat mana nak cari kuih ni?" Soal Isaac pada Benjamin.
Tidak lupa dia juga menunjukkan gambar kuih itu.
Ben tertawa terbahak-bahak sehingga menarik perhatian sahabatnya yang lain dan mereka ikut tertawa keras melihat gambar di telefon Isaac.
"Kau nak buat apa?" Soal Zayyad.
"Nak bagi ex aku lah. Siapa suruh ganggu hidup aku. Hari tu bukan main cakap aku ni tak ada masa depan. Mujur waktu tu aku menyamar kalau aku nih orang miskin. Kalau tak, tak tahu aku perempuan tu macam gitu," ujarnya.
YOU ARE READING
Dia Aralia!
Romance"Ara! Ummi mohon sangat dekat kamu. Gantikan tempat kakak kamu ya sayang" pujuk sang Ibu ke anaknya "No Ummi Ara baru je balik dari belajar. Masih banyak lagi impian yang Ara nak kejar" tolak gadis 22 tahun itu dengan mentah mentah. "Abi mohon kali...