Seminggu akhirnya berlalu, Alara saat ini sedang berada di dalam biliknya. Dia merasa gelisah kerana dari dua hari yang lepas Syafiq tidak pernah menelefon atau memberi maklumat kepadanya.
"Kak, umi dengan abi suruh turun!" Panggil Ara dari luar bilik Alara. Mereka sudah harus bergerak ke dewan saat ini.
"Okay. Sekejap lagi akak turun!" balasnya. Alara memperbaiki tudung dan purdahnya dan berjalan membuka pintu.
Di halaman rumah, seluruh ahli keluarga Ara sudah berkumpul di sana.
Ara meminta Zayn untuk berangkat bersama keluarganya. Sementara dia akan naik bersama Roshan. Alara turun dan masuk ke dalam kereta Abi Roshan.
Di dalam kereta itu hanya ada umi, abi dan Alara. Airel sudah membawa nenek dan atuk mereka terlebih dulu.
Abi Roshan memandu keretanya. Dia takut terlambat sampai nanti disana. Kerana ingin cepat dia terlupa dengan Ara.
"Eh Abi. Ara tak naik lagi!" teriak Ara kuat pada kereta abinya yang sudah menjauh.
Baru saja ingin berjalan ke rumah jirannya, tiba-tiba sebuah kereta berhenti di halaman rumah mereka.
"Saya diminta untuk ambil Puan Ara. Sila ikut kami," ujar dua orang lelaki yang memakai baju bodyguard.
"Baik." Balas Ara.
Dia berfikir jika orang itu adalah anak buah Zayn. Jadi dia mengikuti mereka berdua. Dia juga tidak membawa apa-apa kerana telefon dan handbagnya berada dalam kereta Roshan.
Ara merasa pelik dengan jalan yang yang dilaluinya. Dia cuba memberanikan diri untuk bertanya, "maaf kita salah jalan ni!" beritahunya sopan.
Kedua orang itu hanya tersenyum smirk. "Memang inilah jalannya Puan Aralia.
"Maksud awak?" ujarnya dengan penuh kebingungan.
"Anda akan tahu sebentar lagi." Sahut lelaki yang sedang memandu.
Manakala lelaki yang disebelahnya menghulurkan pistol ke arah Ara. "Diam dan ikut kami," perintahnya.
Ara langsung membisu ketika dibentak dan ditondong pistol ke arahnya.
Akhirnya kereta itu pun tiba di sebuah rumah mewah di dalam hutan.
"Keluar!" arah lelaki tadi.
Ara dengan patuh mengikuti arahan kedua lelaki buncit itu. Selepas masuk ke dalam Ara dikejutkan dengan seorang lelaki yang sangat dia kenali.
"Syafiq!" panggilnya.
"Hey! Finally my beautiful girl is here!" balas Syafiq dengan tersenyum lebar.
"You know sayang, dah lama saya tunggu awak. Mula-mula saya nikah dengan Elisa and then Alara. Awak tahu sebab apa? Of course sebab awak. Saya cintakan awak bukan dia orang. Saya rapat dengan dia orang semata-mata nak cari perhatian awak tau. Tapi awak tak pernah nampak perjuangan saya." Marah Syafiq dan sesaat kemudian dia ketawa dengan kuat.
Syafiq mendekati Ara, "I want you baby!" ujarnya sambil mengusap kepala Ara yang berbalut tudung.
"Jangan sentuh aku!" marah Ara sambil meludah ke arah Syafiq.
Syafiq memberi isyarat pada anak buahnya. Tidak lama kemudian Ara pun pengsan.
Mereka mencalitkan sesuatu ke hidung Ara sehingga gadis itu pengsan.
"Uruskan urusan lain. Aku tak sabar nak tengok duo Z serang kita." Perintah Syafiq.
Kemudian dia mendukung Ara untuk naik ke masuk ke dalam sebuah bilik.
YOU ARE READING
Dia Aralia!
Romance"Ara! Ummi mohon sangat dekat kamu. Gantikan tempat kakak kamu ya sayang" pujuk sang Ibu ke anaknya "No Ummi Ara baru je balik dari belajar. Masih banyak lagi impian yang Ara nak kejar" tolak gadis 22 tahun itu dengan mentah mentah. "Abi mohon kali...