Jam sudah menunjukkan dua pagi. Ara mengeliat kecil di dalam pelukan Zayn. Dengan gerakan perlahan Ara mencuba melepaskan pelukan Zayn darinya.
Setelah berjaya, dia masuk ke dalam bilik air untuk mengambil wuduk. Dia menunaikan solat sunat tahajud.
Selesai saja solat dia berdiri untuk mengambil Al Quran.
Dia membuka surah Al Waqiah dan membacanya. Zayn yang merasa sebelahnya kosong dengan cepat membuka biji matanya.
Dia melihat isterinya itu sedang mengaji dengan suara yang sangat merdu. Hatinya menghangat.
Ara yang sudah siap membaca Al Quran, meletakkannya kembali di rak.
"Awak dah bangun. Maaf kalau saya ganggu awak tidur." Ujar Ara takut jika Zayn akan memarahinya.
"Eh tak apa." Zayn menyuruh Ara untuk mendekatinya. Ara menanggalkan telekungnya dan mendekat ke arah Zayn.
Zayn memeluk isterinya erat. "Terima kasih, masih bagi peluang dekat saya untuk perbaiki hubungan ni." Ucap Zayn, tulus.
"Sama-sama. Awak, saya ada satu rahsia yang belum saya beritahu awak. Saya takut kalau awak salah faham kalau dengar dari mulut orang lain."
"Apa dia, hm?"
Ara pun mula menjelaskan kepada Zayn dengan panjang lebar.
Dia tidak mahu kedepannya nanti hubungan mereka semakin memburuk. Dia ingin hidup bahagia dengan lelaki yang telah berjaya membuat jantungnya tidak bisa berhenti berdegup kencang.
"Masa lalu adalah masa lalu. Masa lalu nih umpama jam rosak, jika kita tak perbaikinya maka dia akan berhenti dekat situ. Tetapi kalau kita dah perbaiki jam tu, dia akan kembali berputar ke depan dan tak kan pernah berputar ke belakang balik. " Nasihat Zayn sambil mengelus rambut Ara.
Memiliki Ara seperti anugerah terindah yang pernah Allah titipkan untuknya.
Dia tidak akan membiarkan sesiapa pun yang berani menyentuh atau merampas Ara darinya.
"Faham," balas Ara sambil tersenyum.
Zayn kemudian pergi mengambil wuduk untuk melaksanakan solat tahajud.
Siap solat, Zayn naik ke atas katil dengan hati berbunga-bunga. "Sayang, kalau saya mintak hak saya awak dah bersedia?" Tanya Zayn dengan takut. Dia takut Ara belum bersedia.
Dengan lembut Ara memegang tangan Zayn. "Awak suami saya dan berhak ke atas saya. Dah tanggungjawab saya melayani suami." Balasnya, lembut.
Jantung Zayn semakin berdebar- debar ketika mendengar perkataan Ara.
"Kita baca doa dulu ya," ujar Ara dan dianggukkan oleh Zayn. "Bismillah, Allahumma jannibnaassyyaithaana wa jannibi syaithoona maarazaqtanaa." Doa mereka berdua.
{Artinya: "Dengan nama Allah, ya Allah, jauhkanlah kami dari gangguan setan dan jauhkanlah setan, dari rezeki (bayi) yang akan Engkau anugerahkan pada kami,"}
Setelah berdoa mereka berdua pun menunaikan ibadah sebagai sepasang suami isteri.
Malam yang sejuk itu terasa hangat bagi kedua pasangan itu. Ara berharap jika Allah mengekalkan hubungan mereka berdua hingga ke jannah.
~~~~
Di sebuah bilik yang bertemakan warna putih. Terdapat seorang perempuan yang sibuk meluahkan isi hatinya pada sang Pencipta.
Perempuan itu ialah Elisa. Dia sengaja mengunci jam pukul dua pagi supaya dapat solat tahajud.
Selesai meluahkan segala isi hatinya ke Allah, dia membuka telefon bimbit. Ada banyak mesej dari Syaffiyah yang menanyakan khabarnya. Syaffiyah saat ini sedang berada di Turki.
YOU ARE READING
Dia Aralia!
Romance"Ara! Ummi mohon sangat dekat kamu. Gantikan tempat kakak kamu ya sayang" pujuk sang Ibu ke anaknya "No Ummi Ara baru je balik dari belajar. Masih banyak lagi impian yang Ara nak kejar" tolak gadis 22 tahun itu dengan mentah mentah. "Abi mohon kali...