Chapter 18

6.6K 135 0
                                    

Hari ini merupakan hari isnin. Dimana semua manusia dikehendaki untuk bekerja termasuk Zayn. Jam baru menunjukkan pukul tujuh pagi. Setelah solat subuh Zayn kembali tertidur.

"Sayang bangun. Awak tak pergi kerja ke? Saya dah siap buat sarapan tu," ujar Ara sambil menepuk bahu Zayn perlahan.

"Hm, lima minit lagi ya sayang. " Balas Zayn dengan suara khas bangun tidur.

"Tak ada. Cepatlah sayang, nanti lambat." rengek Ara saat melihat Zayn kembali memejamkan mata.

"Kiss dulu," balas Zayn sambil menunjukkan pipinya. Dengan rela hati, Ara mencium seluruh muka suaminya. Barulah Zayn bangun.

"Abang mandi dulu yaa. Sayang tolong siapkan baju abang," minta Zayn. Kakinya dibawa menuju ke bilik air sebelum Ara kembali membebelinya.

Ara pergi ke almari Zayn. Dia memilih baju kemeja berwarna hitam untuk suaminya, tidak lupa dengan seluar yang berwarna sama. Selesai meletakkan baju Zayn di atas katil Ara turun ke bawah.

Selesai mandi, Zayn memakai pakaian yang telah disediakan oleh isterinya. Kemudian dia turun ke bawah sambil membawa kot dan tali leher yang tidak diikat.

"Morning sayang," sapa Zayn. Dia mencium dahi Ara.

Tatkala bibir Zayn hinggap di dahi, senyum Ara mengembang dengan sempurna.

"Morning juga abang."

Selesai sarapan pagi, Zayn menghulurkan tali lehernya, "tolong ikatkan, sayang."

Zayn merendahkan badannya untuk menyamakan tinggi Ara. Siap saja memakaikan tali leher, Ara bersalaman dengan Zayn.

"Ouh sebelum saya lupa. Hari ini saya nak keluar dengan abi. Boleh ke? " Tanya Ara.

"Boleh sayang. Hati-hati dan ini untuk awak. Belilah apa-apa yang awak nak ya." Balas Zayn sambil menghulurkan black card miliknya.

"Terima kasih." Balas Ara, tangan kanannya terulur menerima kad berwarna hitam dari suaminya.

~~~~

Di dalam sebuah kereta mewah berwarna hitam. Ada seorang lelaki yang tidak berhenti beristigfar kerana lelaki disebelahnya saat ini, sedang memandu kereta dengan laju.

Lelaki itu adalah Benjamin dan lelaki disebelah pula Isaac.

Mereka saat ini sedang dikejar musuh. Isaac menyelip beberapa kereta dan lori. Hal itu membuat Benjamin mengeleng kepalanya dengan lemah.

"Astagfirullah Is. Aku dah kata tadi tinggalkan aku dekat bus stop. Aku nak hidup lagi," jerit Benjamin kuat kerana takut suaranya tidak didengar Isaac.

"Sakit telinga aku. Kau tak nampak ke kita tengah kena kejar. Memang tak lah aku nak tinggalkan kau dekat sana. " Balas Isaac, datar.

Bagaimana pun, dia sangat mementingkan nyawa sahabatnya itu.

"Aku tahu kau sayang aku. Tapi masalahnya kau bawa kereta sama je macam kau biarkan aku kena tembak dengan musuh. Tahu tak?" Balas Benjamin lagi.

"Lima minit lagi, lagipun dekat depan tu Kai dah tunggu kita." Isaac pun melajukan keretanya.

Di depan sana sudah ada Kai yang menunggu mereka. Isaac menghentikan keretanya. Dan tidak lama kemudian, kereta yang mengejar mereka tadi meletup begitu saja.

"Easy," ujar Kai, dingin.

"Jom gerak. Boss dah tunggu dekat markas," sambungnya lagi sambil berjalan masuk ke dalam kereta.

Mereka bergerak meninggalkan kereta yang rentung tadi. Tujuan mereka saat ini adalah ke markas. Di sana Zayyad sudah menunggu anak buahnya.

~~~~

Dia Aralia! Where stories live. Discover now