Ara masuk ke biliknya diikuti Zayn dari belakang. Lantas dia duduk di atas katil. Tangannya bergerak memegang pipinya yang masih terasa sakit.
"Saya ubatkan nak?" Tanya Zayn yang memerhati sudut bibir isterinya mengeluarkan sedikit darah.
"Tak perlu. Saya boleh buat sendiri." Jawab Ara kemudian dia bangkit dan menuju ke arah cermin.
Zayn hanya memandang isterinya itu dengan tatapan kosong.
Siap saja meletakkan ubat di tepi bibirnya, Ara masuk ke dalam bilik air. Zayn faham kenapa isterinya itu tidak mahu bercakap dengannya.
Dia membaringkan diri di atas katil. Perlahan matanya terasa berat, Zayn memutuskan untuk tidur sekejap.
Ara keluar dari bilik air. Dia tersenyum kecil melihat Zayn yang sudah terlelap di atas katil.
Dia akan mengerjai suaminya itu. Dia ingin berpura-pura menjadi dingin seperti yang selalu Zayn buat padanya.
Ara hanya ingin melihat sejauh mana Zayn akan menipu perasaannya sendiri.
Dia memutuskan untuk turun ke bawah dan memasak. Ternyata di dapur sudah ada Umi Aisha yang sedang memasak, "umi, Ara nak tolong boleh?" Tanyanya terlebih dulu.
Aisha mengangguk, mengizinkan. Selesai memasak, dia menyuruh Ara untuk memanggil abinya. Ara memanggil abinya dan tidak terlupa dengan Zayn sekali.
Alara dan Airel sudah ada dimeja makan. Jadi Ara tidak perlu bersusah payah memanggil mereka berdua.
Mereka semua, makan dengan tenang. Selesai makan, Ara mengemas pinggan mangkuk di atas meja.
Zayn meminta izin dengan Abi Roshan untuk bercakap sebentar dengan Alara. Abi mengizinkan dan disini kedua manusia itu, di tepi taman mini Umi Aisha.
Alara duduk di salah satu kerusi sementara Zayn berdiri di tepi pokok bunga.
"Saya nak minta maaf sebab saya tak juju dengan awak." Ucap Alara memulakan perbicaraan.
"Awak sepatutnya cakap dekat saya Alara. Kalau awak memang tak sukakan saya. Saya tak akan paksa diri saya untuk pinang awak waktu tu," balas Zayn dengan nada kecewa.
"Saya takut awak akan bunuh diri lagi. Saya tahu awak orang yang sangat nekad Zayn."
Zayn terdiam sekejap, "jadi selama ni awak cuma kesiankan saya je lah?" Soal Zayn sambil ketawa hambar.
"Ya saya cuma kesian dekat awak. Tapi saya tak tahu jika rasa simpati saya dekat awak tuh, awak anggap saya suka dekat awak. Untuk pengetahuan awak Zayn. Awak bukan calon suami idaman saya. " Jujur Alara.
Zayn menganggukkan kepalanya, "terima kasih atas rasa simpati dan belas kasihan awak selama ni. Saya sangat hargai," ujar Zayn kemudian pergi dengan hati yang terluka.
Alara memandang belakang Zayn yang semakin menjauh darinya. Dia merasa lega setelah jujur dengan Zayn. Alara tidak ingin lagi memberi harapan palsu pada suami adiknya itu.
Zayn mula mencari keberadaan Ara. Dia ingin melihat wajah damai isterinya itu. Dia masuk ke dalam bilik, dan nampak Ara yang sedang menyusun baju Zayn di dalam almarinya.
Zayn tersenyum lebar. Dia mendekati gadis itu dan memeluk badan kecil Ara dari belakang
Ara membeku sebentar. Belum pernah seseorang memeluknya seperti ini.
"Izinkan saya peluk awak. Saya janji sekejap je." Mohonnya sambil menghidu rambut Ara yang berbau vanila strawberi . Zayn merasa lega setelah menghidu bau itu.
"Are you okay?" Soal Ara. Badannya berpusing ke belakang, menghadap Zayn. Mata biru itu seolah ingin mengeluarkan cairan.
Zayn baru tahu jika isterinya itu memiliki mata berwarna hazel. Mata mereka kini bertembung.
Ara berdehem sehingga lamunan Zayn terhenti, "are you okay? " Tanyanya lagi.
"What if, I say I'm not okay!" Balas Zayn. Ara langsung memeluk suaminya itu.
"Everthings is gonna be okay. Trust me," ujar Ara sambil mengusap belakang Zayn. Ara tidak suka melihat orang yang dicintainya bersedih.
Zayn merasa semua masalahnya hilang begitu saja. Ara melepaskan pelukannya. Dia memegang pipi suaminya.
"You have me. If you need me, find me okay. I will hug you until you be fine!" Ujar Ara. Zayn mengangguk bersemangat.
~~~
Esoknya, Zayn harus kembali bekerja. Dia dibangunkan oleh Ara. Ara bangun terlebih dulu kerana ingin membuat sarapan istimewa pada Zayn.
Mereka juga sudah mula berkongsi katil. Ara kesian melihat Zayn yang tidur di atas sofa . Jadi dia menyuruh Zayn untuk tidur disebelahnya dengan syarat tidak melanggar batas.
Selesai membersihkan diri, Zayn turun ke bawah. Mereka bersarapan bersama. Tidak lupa dengan Syafiq yang juga turut ada disini.
Syafiq dan Elisa sudah bercerai hanya tinggal menguruskannya di mahkamah. Ara merasa senang sekali gus sedih melihat Elisa.
Siap saja bersarapan, Zayn bersalaman dengan abi dan umi. Dia berjalan menuju ke depan.
Ara mengikuti suaminya ke depan. Dia mencium tangan Zayn. Tidak lupa, dia juga melambaikan tangannya ke arah Zayn yang masuk ke dalam kereta.
Tiba-tiba, Zayn keluar dari dalam kereta. Dia berlari kecil mendekati Ara dan mencium dahi isterinya lembut.
Zayn kembali ke dalam keretanya semula dengan senyum lebar. Meninggalkan Ara yang membeku di depan pintu.
Hatinya berdebar-debar. Rasanya Ara ingin terbang saat ini, menjerit di seluruh dunia jika dia sedang bahagia.
Ara terkekeh melihat suaminya itu. Dia kembali ke dalam rumah. Airel menarik lembut tangan adiknya ke arah ruang tamu.
"Abang nak cakap dengan adik sekejap." Ucap Airel kemudian duduk di sofa diikuti Ara dan Alara yang baru tiba.
"Abang tahu adik kecewa dengan abang dan kakak. Tapi abang buat semua ni sebab abang sayang adik-adik abang. Abang nak adik abang nikah dengan orang yang dia cintai."
"Itu bukan tanda abang sayang dekat adik abang. Tapi abang sokong Kak Alara buat sesuatu yang Allah sendiri pun tak suka, bang." Balas Ara, muak.
"Kami saling mencintai dik," balas Alara. Nada suaranya mula melemah, dia penat untuk terus menerangkan pada adiknya itu.
"Cinta akak dengan Syafiq memang tak salah. Tapi saat akak dan dia saling mengungkap perasaan dan saling menginginkan antara satu sama lain, itu dah salah. Akak dan dia belajar tentang agama tapi kenapa tak boleh nak amalkan apa yang korang berdua belajar?"
"Elisa adik kakak, kenapa kakak sanggup lukakan hati dia. Mungkin orang kurang agama seperti Ara ni tak layak tegur kakak. Tapi setidaknya Ara tahu meruntuhkan rumah tangga orang, hukumnya berdosa."
"Ini pulak Elisa dan suami dia sampai bercerai. Allah Maha Melihat kak. Ara kecewa dengan akak." Setelah meluapkan isi hatinya Ara meninggalkan ruang tamu.
Kenapa orang yang cenderung faham agama yang paling banyak melakukan kesalahan. Mengapa mereka hanya mempelajari ilmu itu tanpa mengamalkannya.
Mereka tahu itu salah tapi mereka menganggap itu hanya kesalahan kecil sehingga mereka lupa jika Allah tak pernah tidur.
Ara membaringkan dirinya di atas katil. Dia menatap kipas syiling yang berputar. Fikirannya ikut melayang- layang.
Ara buntu, apa yang harus dia lakukan. Elisa adalah adik susuannya, sementara Alara adalah kakak kandungnya. Dia tidak tahu harus berpihak pada siapa. Ara bangun dan menuju ke bilik air.
*
*
*H
A
P
P
YR
E
A
D
I
N
G!
:)
YOU ARE READING
Dia Aralia!
Romance"Ara! Ummi mohon sangat dekat kamu. Gantikan tempat kakak kamu ya sayang" pujuk sang Ibu ke anaknya "No Ummi Ara baru je balik dari belajar. Masih banyak lagi impian yang Ara nak kejar" tolak gadis 22 tahun itu dengan mentah mentah. "Abi mohon kali...