Chapter 22

5.4K 131 3
                                    

Seharian berlalu, Zayn masih belum mendapat berita apa-apa tentang Ara. Ahli keluarga mereka juga sudah mengetahui hal sebenar termasuk Alara.

Gadis itu semakin menyesal setelah mengetahui kebenaran tentang Syafiq. Dia merasa bersalah dengan seluruh ahli keluarganya. Dia juga tidak henti meminta maaf ke abi dan uminya.

Zayn saat ini masih berada di tempat Zayyad. Selepas bertengkar sedikit, akhirnya mereka berbaik semula.

"Abang aku nak cakap sikit boleh," tanya Zayyad sambil duduk di sebelah abangnya.

"Cakaplah," balas Zayn sambil tersenyum dan memeluk bahu adiknya.

"Al ada cakap apa-apa tentang kami?" Soal Zayyad sambil memerhati raut wajah abangnya.

Zayn tersenyum kemudian mengangguk. "Ada, tapi dia cakap dia tak pernah bercinta dengan kau Yadd," balas Zayn sambil mengingat kembali ucapan jujur Ara kepadanya dulu.

"Ouh." Zayyad semakin yakin jika Ara benar-benar sudah melupakannya. Dan ini masanya untuk melupakan Aralia atau lebih tepat kakak iparnya itu.

"I hope she happy with you bro. And please don't hurt my Al," ungkap Zayyad.

"Lebih-lebih lagi mungkin Alara akan bercerai dengan Syafiq. Ayyad harap abang dah tak keliru dengan pilihan abang. Dan kalau Ayyad tahu abang sakitkan hati Al. Ayyad akan bawa Al pergi dari kehidupan kau, bang," pesannya sambil menepuk bahu Zayn.

Zayn hanya mengangguk. Dia juga tidak ingin kehilangan Ara buat kali kedua. Dia sudah cinta mati dengan isterinya itu.

"Abang takkan pernah lepaskan dia Yadd. Itu janji abang dengan kau." Balasnya sambil memandang muka sayu Zayyad.

 Zayn menarik Zayyad dan memeluknya erat, "lepaskan Al kau untuk abang ya Yadd," lirih Zayn dan Zayyad mengangguk kepalanya. Air mata mengalir begitu deras antara keduanya.

Yang satu harus melepaskan seseorang yang istimewa di hidupnya demi abang kesayangan. Dan yang satu yang sudah begitu cinta mati dengan sang isteri.

 "Hehem maaf menganggu. Kita boleh bergerak sekarang boss," ujar Kai yang baru tiba di ruang tamu diikuti sahabatnya yang lain.

Anas,Noah dan Arlan menaiki kereta Zayn sementara Benjamin dan Liam terpaksa naik bersama Isaac dan Kai, Lucas berserta Zayyad akan menaiki kereta lain.

Suasana di kereta milik Zayn senyap sunyi begitu juga dengan suasana di kereta yang dibawa Kai.

Tapi tidak dengan di kereta Isaac. Kedua anak William itu tidak henti memekak di dalam kereta yang ditumpangi mereka apabila Isaac menyelit kereta lain dengan kecepatan laju.

"Bang baik kau jujur sebelum kita berdua mati. Siapa ambil boxer doraemon aku dalam bilik," soal Benjamin sambil memegang kuat seatbelt nya.

"Mana ada aku ambil. Mama jumpa boxer kau lepastu dia bakar. Mama kata kau dah besar buat apa pakai boxer macam tu. " Balas Liam balik sambil memegang kuat pintu kereta Isaac.

"Korang berdua tak ada benda lain dah ke nak bincang?" Tanya Isaac dengan mengelengkan kepalanya melihat kelakuan dua beradik itu.

"Wey Is, depan tu lori.....arkhh," jerit Ben ketika melihat lori besar di depan kereta milik mereka. Isaac pun memutar stereng keretanya ke arah kiri.

"Ya Allah. Menyesalnya aku dengar cakap kau Ben naik dengan Isaac," ujar Liam sambil menghela nafas lega.

"Aku tak nak mati seorang. Sebab tu aku ajak kau bang," balas Ben sambil mengatur nafasnya.

"Is kau ada dendam dengan kita orang ke?" Soal Ben sambil memandang sinis ke arah Isaac, berharap lelaki itu memandu dengan perlahan.

"Lagi lima menit kita akan ambil jalan apa tadi Ben," tanya Isaac sambil menghiraukan pertanyaan Ben.

Dia Aralia! Where stories live. Discover now