Extrapart

6.5K 164 9
                                    

Sekumpulan kereta mewah menuju ke rumah abi Roshan. Papa Zayyan dan mama Ayda keluar dari kereta mereka. Diikuti dengan kawan-kawan Zayn dan Zayyad.

"Assalamualaikum!" salam mereka semua.

"Waalaikumusalam, haa jemput masuk." Balas Umi Aisha dan Abi Roshan sambil menyuruh tetamunya untuk masuk.

Mama Ayda datang bersama Zara dan Zahra. Ara dan Zayn juga turut hadir bagi pihak lelaki.

Mereka duduk bersama di ruang tamu yang sederhana itu. Alara juga sudah dipanggil.

"Niat kami ke mari untuk melamar Alara jadi isteri," ujar Mama Ayda. Alara hanya menunduk malu.

"Untuk siapa?" Tanya Umi Aisha berpura-pura tidak tahu. Lebih tepat ingin membuat suasana menjadi ramai.

"Untuk Uncle Zayyan kot!" sambung Benjamin sambil memakan kuih yang ada di atas meja.

Pukk

 Kepala Benjamin ditepuk oleh Papa Zayyan. Lelaki ini sepertinya tidak melihat tempat untuk bergurau.

"Macam hari tu, dia minta Ben pinang...," mulut Benjamin kembali disumbat kuih oleh Zayyan.

"Kita teruskan," ujar Papa Zayyan. Mama Ayda memandang tajam ke arah keduanya. Ingatkan Zayyan untuk mencampak Benjamin ke dalam kandang buayanya.

"Untuk anak kedua kami, Zayyad." Sahut Mama Ayda. Alara hanya tersenyum di balik niqabnya.

"Alara macam mana sayang?" Tanya Umi Aisha.

 "Tentulah Alara setuju. Siapa je yang tak nak dekat Zayyad kan. Tapi kalau Alara tak nak dekat Zayyad. Abang Ben ada, Abang Ben boleh jadi imam yang baik untuk Alara. Abang Ben pandai baca surah al fatihah. Kalau Alara nak esok abang Ben bawa mommy dengan daddy datang sini!" sahut Benjamim lagi.

Entah hantu apa yang merasuk lelaki itu. Sehingga berani menyampuk dalam perbicaraan dua keluarga itu. Liam memejamkan matanya, rasanya dia ingin segera menenggelamkan Benjamin di dalam lautan hindi

"Astagfirullah. Kai kau selesaikan lelaki ni!" mohon Isaac yang merasa geram dengan kelakuan sahabatnya itu. Yang dimarah hanya menunjukkan giginya yang putih itu.

"Sumpah bukan adik aku!" ujar Liam sambil memalingkan mukanya dari Benjamin.

Majlis meminang akhirnya selesai. Kedua belah pihak bersetuju untuk melaksanakan perkahwinan mereka 2 minggu kedepan.

Selesai dari situ, mereka pun izin pulang ke rumah. Mama Ayda menyuruh Benjamin untuk menunggu terlebih dulu kerana ada hal yang ingin ditanyakan.

"Ben! aunty nak tanya. Uncle kamu cari apa tadi?" Tanyanya sambil memaksa Ben.

"Yang meminang tu ke? " Tanya Ben sedikit bingung. Ayda segera menganggukkan kepalanya. Benjamin pun membisikkan sesuatu pada Aunty Aydanya itu.

Mama Ayda memandang ke arah Papa Zayyan. Dia berlari kecil ke arah suaminya itu. Kemudian memeluk Zayyan dengan erat. "Terima kasih sebab perhatian sangat dekat anak kedua kita tu. Tapi lebih baik dia cari calon sendiri!" pesan Mama Ayda.

Ya Zayyan memang meminta Benjamin untuk meminang seorang gadis untuk Zayyad.

Tetapi gadis itu menolak, dia bahkan meminta Zayyan yang untuk menikahinya. Mujurlah Benjamin tidak menceritakan semuanya.

 Jika tidak pasti isterinya itu merajuk dan tidak mahu diajak bercakap, fikirnya. Zayyan tersenyum bangga kepada Benjamin.

Tapi tiba-tiba Ayda berhenti, "kenapa?" Heran Zayyan, dia juga ikut berhenti.

Dia Aralia! Where stories live. Discover now