Malam ini malam yang indah bagi Ara dan Zayn. Kedua pasangan itu menikmati masa berdua. Melepaskan rindu yang lama terpendam.
Sementara di cafe, Alara sedang membaca novel dan terkadang menghirup kopi yang diordernya. Tidak lama setelah itu, Zayyad juga datang dan duduk di meja belakang Alara.
Alara tidak sedar jika dari tadi ada seorang lelaki yang memperhatikan dia dari arah depan. Lelaki itu pun menghampiri Alara.
"Hai girls. Boleh saya duduk?" Tanya orang itu tapi tidak dihiraukan langsung oleh Alara.
"What your name?" Tanyanya lagi.
Alara yang merasa rimas pun mencuba untuk pergi tetapi gagal kerana lelaki itu dengan berani memegang lengannya.
"Astagfirullah, lepaskan saya lah!" Marahnya.
"Macam mana kalau saya tak nak. Apa kata malam ni kita habiskan masa berdua. Saya boleh bayar lebih tau," bisiknya.
Alara tidak habis fikir mengapa lelaki ini sangat biadap pada dirinya, sementara dia sudah menutup aurat dengan baik.
Zayyad yang merasa terganggu pun bangun dari tempatnya. "Don't touch my wife bitch," marah Zayyad sambil melepaskan tangan lelaki gatal itu dari lengan Alara.
Dan Alara segera bersembunyi di belakang Zayyad, "tolong saya Aydan," mohon Alara.
Tanpa dia tahu, Zayyad membeku mendengar nama panggilan yang disebut Alara sebentar tadi.
"Z-zayyad," ujar orang tadi sambil terketar-ketar kemudian berlari begitu saja.
"Saya hantar awak balik." Ujar Zayyad sambil mengadap ke Alara.
"T-tapi....," belum sempat menghabiskan ayatnya, Zayyad terus memotong.
"Jangan risau,awak boleh duduk dekat belakang. Saya tak nak ada orang ikut awak lagi," balasnya.
Alara pulang bersama Zayyad. Di dalam kereta tidak ada yang cuba memulakan perbualan. Yang terdengar hanyalah radio yang bersuara dengan lagu yang bertajuk Albi Ya Albi oleh Nancy Ajram. Zayyad tanpa sengaja ikut menyanyi.
Alara tersenyum kecil di sebalik niqabnya. Zayyad merasakan hatinya berdebar kencang.
"Al awak dah jumpa pengganti Syafiq? " Tanya Zayyad.
"Buat masa ni belum. Saya pun belum fikir untuk menikah lagi," balas Alara.
Zayyad tidak tahu mengapa jawapan Alara membuat hatinya gembira. Apa dia sudah mula jatuh cinta dengan perempuan di belakangnya.
"Ouh. Dah sampai!" ujar Zayyad sambil memarking keretanya di depan halaman rumah Abi Roshan.
"Terima kasih Aydan, sebab bantu saya. Semoga Allah membalas kebaikan awak," ujar Alara dengan tulus sebelum keluar dari kereta.
Selepas Alara masuk, Zayyad kembali memandu keretanya. Entah mengapa keretanya membelok ke arah Masjid. Dia keluar dari kereta dan duduk di tangga masjid.
"Apa pantas aku dipanggil hamba-Mu?" Lirihnya.
Seorang ustaz datang mendekatinya. "Baru sampai ke, ceramah dah habis!" ucap ustaz itu.
Zayyad menoleh dengan mata yang sudah memerah. "Apa pantas saya menghadap Nya selepas apa yang saya lakukan selama ini?" Lirihnya.
Ustaz tadi, duduk di sebelah Zayyad, "Allah lebih menyukai taubat seorang hamba-Nya yang bermaksiat berbanding orang alim yang merasa diri mereka tiada dosa. Ini bukan tentang pantas atau tidak nak. Ini tentang sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk menerima hidayah," ujar ustaz itu.
YOU ARE READING
Dia Aralia!
Romance"Ara! Ummi mohon sangat dekat kamu. Gantikan tempat kakak kamu ya sayang" pujuk sang Ibu ke anaknya "No Ummi Ara baru je balik dari belajar. Masih banyak lagi impian yang Ara nak kejar" tolak gadis 22 tahun itu dengan mentah mentah. "Abi mohon kali...