Chapter 15

7.9K 164 2
                                    

Keesokkan harinya, Ara dan Zayn pulang ke rumah mereka. Setibanya di rumah, mereka dikhabarkan jika Mak Bedah sedang demam.

Zayn dengan segera pergi ke bilik Mak Bedah.

"Assalamualaikum Mak Bedah, " sapa kedua pasangan itu ketika tiba di katil Mak Bedah.

"Waalaikumusalam eh tuan dah balik?" Tanya Mak Bedah. Bingkas saja dia berusaha untuk bangun dari baringnya.

Tapi dengan cepat Ara melarang.

"Eh tak apa, Mak Bedah baring je dekat katil ni. Ara pergi buat bubur dulu ya. Mak Bedah jangan bangun, rehat je, okay." Pesan Ara kemudian berjalan menuju ke arah dapur.

Sementara Zayn pula langsung menelefon Arlan. Dia ingin sahabatnya itu memeriksa Mak Bedah. Takut juga demam Mak Bedah semakin melarat.

Setelah selesai menelefon Arlan. Zayn ke dapur untuk melihat isterinya yang sedang sibuk memasak.

"Hm, awak masak apa je?" Tanyanya.

Sejujurnya dia sangat lapar, dia berharap Ara turut memasak untuknya sekali.

"Bubur," jawab Ara dengan singkat. Setelah meletakkan bubur, air dan ubat di dalam dulang.

"Saya dah masak untuk awak sekali tu. Makanlah," ujarnya dan membawa dulang tadi ke dalam bilik Mak Bedah.

Zayn tersenyum gembira, setidaknya Ara masih mahu memasak untuknya.

Ara sudah menyiapkan nasi beserta lauk kegemaran Zayn sekali iaitu rendang ayam. Semarah apa pun dia pada Zayn, dia tetap wajib melaksanakan tugasnya sebagai isteri.

Di dalam bilik pula, Mak Bedah tidak henti tersenyum melihat Ara menyuapnya.

"Terima kasih Ara." Ujar Mak Bedah, tulus. Ara hanya mengangguk sebagai jawapan.

Sesekali Ara ikut tersenyum ketika Mak Bedah memuji masakannya. Padahal dia hanya membuat bubur tak lebih.

"Makan banyak-banyak ya Mak Bedah. Biar nanti cepat sembuh!"

Setelah habis menyuap bubur ke dalam mulut Mak Bedah. Ara menghulurkan beberapa biji ubat ke arah Mak Bedah untuk dimakan.

Tidak lama kemudian, Zayn masuk ke dalam beserta Arlan yang membawa peralatan dokternya.

Arlan memeriksa Mak Bedah. "Takda apa yang serius. Tapi pastikan Mak Bedah cukup rehat. Jangan buat kerja berat," pesan Arlan.

Ketiganya meninggalkan Mak Bedah sendirian supaya dapat berehat dengan tenang.

Setibanya di ruang tamu, Zayn dan Arlan pun berbual kosong. Ara? Gadis itu sedang membancuh air untuk Zayn dan Arlan.

"Macam mana dengan kerja kau?" Tanya Zayn pada Arlan yang baru duduk di sofa miliknya.

"Macam tu lah bro." Balas Arlan.

Mereka pun melanjutkan perbualan kecil tentang perniagaan. Tidak lama, Ara datang sambil membawa air coklat.

"Jemput minum!" Persilanya.

"Terima kasih Raa," balas Arlan dan diangguk oleh Ara.

"Raa. Can I ask you something?" Tanya Arlan takut-takut.

"About Elisa?" Ara balik bertanya. Bukannya dia tidak tahu jika Arlan sudah jatuh cinta dengan sahabatnya, Elisa.

"Yup. But how did you know?" Bingung Arlan, dia belum mengungkapkan apa-apa lagi, tapi isteri Zayn sudah mengetahui terlebih dulu.

 "I can see in your eyes. You fall in love with El right?" Soal Ara lagi.

Arlan hanya tersenyum malu-malu, "yes. Can you help me?" Mohonnya.

Dia Aralia! Where stories live. Discover now