Chapter 4

8.4K 219 2
                                    

  Seperti yang sudah dijanjikan oleh Zayn, dia akan membawa Ara untuk pergi membeli-belah di mall.

Di bilik, Ara termenung sekejap memandang ke arah lima abaya yang sempat dibelinya semalam.

Setelah lama berfikir, dia mengambil abaya kosong berwarna hitam. Tudung pula, dia mengambil tudung sarung agar tidak menyusahkannya sebagai pemula.

"Hm, tudung dah, baju dah apa yang belum lagi eh?" tanyanya pada diri sendiri.

"Haa handsock dengan stoking!" serunya sambil berjalan menuju almari untuk mengambil benda itu. Selesai bersiap Ara turun ke bawah.

Dari arah bawah, Zayn yang menunggu isterinya itu dibuat terpegun dengan kecantikan Ara.

"Cantik," pujinya di dalam hati.

Ara menjentikkan jarinya di depan Zayn. "Awak okay tak ni," heran Ara yang mendapati Zayn malah mengelamun.

"Hah? Dah siap ke? " soal Zayn.

"Dah, jom nanti lambat pula awak nak solat jumaat." Kedua pasangan itu pun menaiki kereta. Di tengah perjalanan Ara cuba mencairkan suasana dengan mengajak Zayn berbual.

"Saya dengar cerita awak ada sekolah pondok, betul ke?"

"Ada."

"Boleh tak balik nanti kita singgah dekat sana?" 

"Hm," dehem Zayn pertanda setuju. Zayn juga belum sempat melawat anak didiknya itu jadi tidak salah mengiyakan permintaan Ara.

Sampai di mall, Zayn menggenggam tangan Ara. Bukan apa banyak lelaki yang sedari tadi memandang isterinya itu sebaik mereka masuk ke dalam.

Ara tersenyum manis melihat tangan suaminya itu mengenggam tangannya.

"Ambik bakul atau troli? " soal Ara.

"Ambil troli. Senang nak letak banyak barang," balas Zayn.

Keduanya pergi ke arah troli dan mengambil salah satu troli yang ada. Zayn melepaskan tangannya dari Ara.

"Letak tangan awak dekat lengan saya," suruh Zayn dan Ara pun melingkarkan tangannya ke lengan Zayn.

Mereka pun pergi menuju bahagian yang menjual lauk-pauk. Zayn menyuruh Ara untuk menunggu di troli sementara dia akan pergi mengambil ayam dan ikan.

Melihat Zayn masih lama, Ara pergi menuju bahagian sayur.

Selesai mengambil ayam, sotong, udang dan ikan, Zayn berjalan menuju ke arah troli. Dia meletakkan barang belanjaannya di dalam troli.

Kemudian, kembali berjalan mendekati isterinya yang sibuk membolak-balik sayur kobis.

"Awak nak masak sayur apa?" tanya Zayn.

"Hm, kalau saya masak sayur kangkung belacan awak makan tak? " tanya Ara takut jika suaminya itu alergi belacan.

"Boleh. Saya tak memilih pun kalau makan," balasnya.

Kemudian, Dia mengambil sayur kangkung dan meninggalkan kobis tadi. Ara meminta izin sebentar ke Zayn untuk pergi ke bahagian aiskrim .

Dia memilih beberapa aiskrim yang dia mahu. Zayn pula menuju ke arah rak berisi coklat.

Siap saja memilih aiskrim, Ara menoleh ke arah bahagian kirinya. Tepat pula saat itu, Alara berjalan bersama suaminya menuju ke rak bahan membuat kek.

Tapi tunggu sekejap! Bukankah lelaki itu suami sahabatnya, Elisa?

Elisa sahabatnya itu terpaksa menghentikan niatnya untuk sambung belajar kerana ibu dan ayahnya memaksa Elisa menikah dengan lelaki itu. Bukan tanpa sebab Elisa dipaksa menikah, semuanya berpunca dari ayahnya yang berhutang dengan lelaki itu.

Dia Aralia! Where stories live. Discover now