Azan subuh berkumandang di sekitar kawasan perumahan Zayn. Perlahan mata Ara terbuka. Dia mengusap mukanya dan membaca doa setelah tidur.
Bingkas dia bangun dan mengambil air sembahyang. Bagi Ara, senakal apapun kita, jangan pernah meninggalkan solat. Itu yang selalu Roshan terapkan pada Ara.
Selesai berwuduk dia memakai telekung dan mula solat.
Pukul tujuh, Ara turun ke bawah. Daripada membuang masa duduk terperap di dalam bilik, lebih baik dia memasak.
Ara berjalan menuju ke dapur. Dilihatnya, Mak Bedah yang sedang berdiri di depan peti, "ada apa Mak Bedah? " soal Ara.
Terlompat Mak Bedah ketika mendengar suara Ara, "astagfirullah, puan, eh maksud Mak Bedah, Ara. Buat apa masuk dapur pagi-pagi macam ni?" soal Mak Bedah, balik.
"Ara ingat nak buat nasi lemak." Ucapnya dengan semangat.
"Eh tak payah susah-susah, Mak Bedah boleh buatkan! " ujarnya, melarang.
"Tak apa, Ara minat memasak, jadi setakat nasi lemak tu, kacang ja lah. Boleh ya." Mohonnya. Mak Bedah mengangguk, mengalah.
Dia duduk di kerusi sambil mengupas ikan bilis. Sementara Ara, mula menanak nasi. Kemudian, dia beralih mengupas bawang.
Sesekali Mak Bedah mengajak Ara untuk berbual agar keduanya tidak merasa canggung.
Selesai memasak, Ara meminta izin ke Mak Bedah untuk naik mandi. Badannya sudah berbau bawang.
Mak Bedah, mengiyakan dan menolong Ara menghidang nasi di atas meja.
Pukul tujuh setengah, Zayn turun ke bawah. Tanpa menunggu kehadiran Ara,di meja makan. Dia mula makan seorang diri.
"Mak Bedah!" panggil Zayn.
Dari arah dapur,Mak Bedah berlari kecil,"ada apa tuan? " tanyanya, takut.
"Mak Bedah isi apa dalam nasi lemak ni?" soalnya heran. Sambil itu, tangannya bergerak menyuap sudu ke dalam mulut.
"Kenapa, tak sedap ke tuan?" panik Mak Bedah, sambil mengangkat kedua keningnya.
"Bukan. Sedap sangat ni, tak sangka Mak Bedah dah jadi master chef," gurau Zayn diiringi tawa kecil.
"Itu isteri tuan yang masak bukan Mak Bedah! " balas Mak Bedah pula dengan ketawa besar.
Tersedak Zayn dibuatnya. Dia tidak menyangka gadis yang baru balik dari England itu pandai memasak.
"Jangan terlalu memuji saya, abang. Tapi terima kasih sebab puji masakan saya." Ujar Ara yang baru turun dengan senyum lebar.
Zayn malu bukan kepalang. Mukanya yang putih bertukar terus menjadi merah.
"Awak okay tak ni sayang? " goda Ara lagi sambil berjalan menuju ke dekat Zayn.
"Hm. Depan makanan tak baik banyak cakap," cover Zayn. Dia meraih cepat cawan yang berisi air kopi itu untuk diminum.
"Okay sayang, isteri awak yang paling cantik sedunia ni siap menurut perintah."
Zayn kembali merasa malu kerana ulah isterinya itu. Kini, Ara semakin suka mengodanya. Tidak seperti awal pertemuan mereka tempoh hari di rumah Ara.
Melihat situasi berubah menjadi canggung, Ara berhenti mengoda Zayn. Dia juga akan ke suatu tempat selepas ini.
Tanpa melengahkan masa, dia mula menyuap nasi lemak ke dalam mulutnya.
Selesai keduanya makan. Zayn menghulur tangannya ke arah Ara. Setidaknya dia ingin Ara menghormati dirinya sebagai suami.
YOU ARE READING
Dia Aralia!
Romance"Ara! Ummi mohon sangat dekat kamu. Gantikan tempat kakak kamu ya sayang" pujuk sang Ibu ke anaknya "No Ummi Ara baru je balik dari belajar. Masih banyak lagi impian yang Ara nak kejar" tolak gadis 22 tahun itu dengan mentah mentah. "Abi mohon kali...