Pov Zayn
Mereka akhirnya tiba di US setelah menempuh beberapa jam perjalanan. Kai membawa kesemua sahabatnya itu menuju ke sebuah markas.
"Akhirnya sampai juga!" ujar Ben dengan gembira. Dia membaringkan diri di salah satu sofa.
Benjamin, Lucas dan Isaac juga ikut turun tangan untuk menyelesaikan kes ini. Kes mereka kali ini adalah memusnahkan grup Dark Demon.
Grup ini merupakan grup paling banyak melakukan kejahatan. Grup ini juga didirikan oleh sahabat Zayn dan Zayyad iaitu Levin. Lelaki itu dulu merupakan orang sangat baik.
Tetapi semuanya berubah ketika rasa iri dan dengki mula bersarang dalam hati Levin.
Levin ingin memiliki semua yang Zayn dan Zayyad ada. Hingga dia juga sanggup melakukan apa saja pada kedua adik beradik itu.
Dia juga selalu mengugut untuk membunuh si kembar, di mana hal itu sangat membuat Zayyad emosi.
"Bila kita nak mula?" tanya Zayyad.
Anas, Arlan, Liam dan Noah turut mengikuti Zayn datang ke US. Selain menemani Zayn, mereka juga ingin melihat Levin.
"Kita ada waktu lagi tiga minggu lebih. Jadi kita masih sempat nak rancang semua benda," balas Kai.
Zayyad menganggukkan kepalanya, tanda mengerti. Mereka masuk berehat ke bilik masing-masing. Zayn juga masuk ke biliknya untuk berehat.
Zayn ingin menelefon Ara, tetapi dia tidak mahu isterinya itu semakin risau. Jadi yang mampu dia buat adalah menatap foto Ara di dalam galeri telefonnya.
Perlahan kemudian, kedua matanya tertutup.
Tiga minggu akhirnya berlalu dengan cepat. Hari ini tibalah dimana mereka semua akan berhadapan dengan Levin dan anak buahnya.
Kini mereka sedang berada di sebuah bangunan kosong. Zayn hanya menemani Benjamin yang memberi tahu lokasi musuh dari arah hutan. Dia tidak ingin terlibat dengan pembunuhan.
Arlan dan Anas juga turut duduk satu kereta bersama Zayn. Liam dan Noah pula ikut serta dengan peperangan kali ini.
Bunyi tembakan terus bergema di bangunan yang sudah lama ditinggal oleh orang itu. Entah berapa banyak orang yang telah mati di sana.
"Levin keluar kau pengecut!" jerit Zayyad. Orang yang dipanggil Levin pun keluar bersama anak buahnya.
"Aku tak sangka kau boleh jumpa aku dekat sini!" balas Levin sambil tertawa dengan kuat.
"Orang pengecut macam kau mustahil tak dapat nak di cari!" sahur Zayyad dengan datar.
Zayyad keluar dari balik dinding yang melindunginya dari tembakan sebentar tadi.
"Kau tak pernah berubah!" sambung Zayyad lagi.
"Aku berubah. Haha aku tak macam kau yang nak berubah sebab perempuan, lah Yadd." Balasnya lagi sambil tertawa dengan lebih kuat.
Zayyad mengenggamkan tangannya sekuat mungkin. "Kenapa kau kacau keluarga aku."
"Sebab aku tak nak kau hidup tenang!" balas Levin, santai.
Zayyad lagi-lagi tersulut emosi. "Kau nak apa eh sebenarnya bangsa*. Aku tak pernah kacau hidup kau pun."
"Haha. Aku nak kau mati." Balasnya sambil menondongkan pistol.
Kai juga langsung menondongkan pistolnya dan diikuti yang lain. Semuanya mengambil posisi masing- masing.
Zayyad yang mendapat kesempatan langsung menyepak pistol yang ada pada tangan Levin.
YOU ARE READING
Dia Aralia!
Romance"Ara! Ummi mohon sangat dekat kamu. Gantikan tempat kakak kamu ya sayang" pujuk sang Ibu ke anaknya "No Ummi Ara baru je balik dari belajar. Masih banyak lagi impian yang Ara nak kejar" tolak gadis 22 tahun itu dengan mentah mentah. "Abi mohon kali...