Selesai membersihkan diri Ara turun ke bawah. Niatnya hari ini, ingin pergi ke syarikat Zayn. Tidak lupa, dia juga sudah menyiapkan bekal untuk suaminya itu.
Dia memandu sendiri ke sana. Tidak memerlukan waktu yang lama. Akhirnya dia tiba di office Zayn.
Ara turun dari kereta sambil membawa beg yang berisi bekal.
Dia langsung masuk ke dalam. Ini merupakan kali pertama dia datang ke sini.
Matanya begerak ke kanan dan kiri melihat objek sekelilingnya. Lantas matanya tidak sengaja melihat ke arah Arlan. Dengan cepat dia memanggil lelaki itu, "Arlan!".
Arlan yang merasa namanya dipanggil pun menoleh ke belakang, "eh Ara." Sahutnya.
Dengan cepat Arlan mendekat ke arah isteri sahabatnya. Dia tersenyum ramah.
"Nak jumpa Zayn ke? " Tanya Arlan. Ara menganggukkan kepalanya.
"Awak nak jumpa Zayn juga ke?"
"Haah, jomlah sekali." Ajak Arlan.
Disebabkan ini kali pertama dia ke sini, jadi tidak salah menerima ajakan dari Arlan.
Ara bersetuju dan mengikut langkah kaki Arlan. Baru saja ingin masuk ke lift, tiba-tiba dia dicegah oleh seorang perempuan.
"Boleh saya tahu cik nak kemana?" Soal perempuan yang menjaga kaunter itu. Dari tadi dia memerhati Ara.
"She come with me!" Balas Arlan malas, lalu mengajak Ara untuk masuk ke dalam lift.
Ara dan Arlan naik ke atas. Ketika sampai di tingkat tiga, terlihat seorang wanita yang baru keluar dari bilik Zayn. Dia Bella, gadis yang menjadi pengawai kiri Zayn setelah Anas.
"Zayn mana ya Bella?" Tanya Arlan.
Sejujurnya dia malas untuk bercakap dengan perempuan seperti Bella. Tapi disebabkan terpaksa, dia bertanya juga.
"Dia ada meeting Tuan Arlan!" Balas perempuan bernama Bella sambil menatap Ara dari atas hingga ke bawah.
"Okay. Awak nak tunggu dekat sini atau ikut saya?" Soal Arlan sambil mengadap ke arah Ara.
"Saya tunggu dekat sini je lah."
"Siapa perempuan ni?" Tanya Bella dengan nada tidak suka melihat kehadiran Ara.
"Secret. Bawa dia masuk dalam. Aku nak pergi tengok Zayn sekejap." Balas Arlan kemudian pergi meninggalkan kedua perempuan itu.
"Mesti kau ni sama je macam perempuan lain kan, bertudung bagai. Semata-mata nak goda calon suami aku!" ucap Bella dengan percaya diri tanpa mengetahui status Ara yang sebenarnya.
Ara mengangkatkan keningnya sebelah. Sambil tersenyum smirk dia mendekati Bella, "aku rasa engkau kot yang suka cari perhatian SUAMI aku dengan tudung sakaratul maut kau ni. Dengan terbelit sana, terbelit sini. Tak sesak ke leher kau tu."
"Aku faham kau nak sangat dengan lelaki macam Zayn Aideen tu. Tapi jangan sampai menjatuhkan maruah sendiri semata-mata cari perhatian ajnabi tau!"
"Pastikan Cik Bella pakai tudung demi Allah bukan ajnabi, ya. Dunia ni tiada apa sangat yang nak kita banggakan. Semuanya milik Allah tak ada langsung milik kita."
Setelah mengatakan itu Ara masuk ke dalam bilik kerja Zayn. Bella pula langsung meninggalkan Ara. Dia ingin mengadukan semuanya tentang Ara pada Zayn.
~~~
Sementara Ara, setelah masuk ke dalam, dia memerhatikan sekeliling ruangan. Sepertinya Zayn betul-betul menyukai warna hitam.
Mata Ara bergerak liar memerhati sekeliling. Sampai tiba di dinding, matanya terhenti. Di sana gambar Alara terpampang luas. Mungkin Zayn lupa untuk menyimpannya.
YOU ARE READING
Dia Aralia!
Romance"Ara! Ummi mohon sangat dekat kamu. Gantikan tempat kakak kamu ya sayang" pujuk sang Ibu ke anaknya "No Ummi Ara baru je balik dari belajar. Masih banyak lagi impian yang Ara nak kejar" tolak gadis 22 tahun itu dengan mentah mentah. "Abi mohon kali...