Chapter 10

7.8K 167 0
                                    

Hospital

Perlahan mata Elisa mula terbuka. Dia memandang ke setiap arah penjuru ruangan. Matanya terhenti pada sosok Ara yang tersenyum hangat kepadanya.

Tanpa banyak cakap, Ara memberi segelas air padanya. Elisa langsung meneguknya kerana memang tekaknya terasa kering. Ara kembali tersenyum

"Niqab saya mana ya Ara?" Tanya Elisa saat dia sedar jika dia tidak memakai benda itu.

"Ada dalam beg saya. Saya minta maaf, sebab lupa pakaikan niqab awak," ujar Ara merasa bersalah kerana lupa dengan niqab milik Elisa. Elisa memaklumnya, kerana tahu Ara pasti risau dengan keadaannya waktu itu.

Ara memberitahu Elisa jika dokter lelaki yang merawatnya sudah melihat wajah yang selama ini Elisa tutup.

Elisa mengangguknya, pertanda tidak apa-apa. Baginya jika berlaku kecemasan tidak akan berdosa disisi Allah. Hukum berniqab juga adalah sunnah. Elisa kembali memakai niqabnya itu tanpa banyak cakap.

Ara memaksa Elisa memberitahu semua kepadanya. Elisa mula menceritakan semuanya, dari kedua orang tuanya yang sudah tidak peduli pada dirinya dan dia juga memberitahu Ara, jika madunya sudah mengandung. Ara sempat terkejut jika Alara sudah mengandung.

Sebenarnya Ara sudah memeriksanya, benar sekali jika yang merosakkan rumah tangga Elisa itu adalah Alara.

Ara sudah merancang sesuatu untuk menyelesaikan masalah ini. Dia akan menjalankan misi rahsianya itu ketika Elisa sudah sihat.

Elisa menyuruh Ara untuk pulang kerana dia sudah terbiasa sendiri. Tidak lupa Ara menyuruh Dokter Arlan untuk sentiasa memperhatikan Elisa.

Arlan mengiyakan permintaan Ara. Kemudian Ara pulang ke rumahnya.

Sampai di rumah, Ara naik ke atas untuk membersihkan diri. Kemudian, dia kembali turun ke bawah untuk menyiapkan makan malam.

Ara juga sedang haid jadi dia memutuskan menunggu Zayn siap sembahyang sebelum mereka makan bersama.

Selesai solat, Zayn turun ke bawah. Dia mendapati isterinya sudah pulang. Zayn menarik kerusi dan duduk di depan Ara.

"Dari mana?" Tanya Zayn ke Ara yang sedang mencedok nasi untuknya.

"Dari hospital. Elisa pengsan dekat rumah. Itu yang saya bawa terus ke hospital." Balas Ara jujur.

"Hm," balasnya. Kemudian mereka mula makan dengan senyap. Ara cuba beranikan diri untuk bertanya satu soalan.

"Hm saya nak ajak awak menginap dekat rumah saya boleh? "

"Saya tak tahu bila saya, free."

"Tapi nanti Alara pun ada sekali." Ujar Ara cuba menarik perhatian Zayn.

Ara mengetahui dari Airel jika Alara akan datang bersama Syafiq untuk meminta restu dari abi dan umi. Ara tentu tidak ingin melepaskan kesempatan ini.

Dia ingin memberi pelajaran ke kedua mahkluk itu. Dia tidak sabar untuk melihat reaksi pasangan itu. Ara begitu teruja untuk berjumpa dengan si ninja dan suami idamannya.

"Boleh. Bila?" Tanya Zayn dengan cepat. Ara memaksa bibirnya untuk tersenyum.

Suaminya itu masih belum dapat menerima takdir jika Alara memang bukan untuknya.

"Tiga hari lagi," jawab Ara.

Kemudian mereka pun sambung makan. Zayn begitu senang kerana dia akan bertemu dengan perempuan yang dirinduinya selama ini. Berbanding terbalik dengan Ara yang merasa sedih bercampur senang.

***

 Tiga hari akhirnya berlalu cepat, Zayn begitu teruja untuk ke rumah Roshan. Ara menyuruh suaminya itu untuk pergi dulu dan dia akan menyusul nanti.

Dia Aralia! Where stories live. Discover now