Bab 2

37.1K 1.2K 41
                                    

Firash hanya tersenyum sinis mendengar jawapan yang keluar daripada mulut jururawat yang sedang mendongak memandangnya itu.

"Kau tanya aku bila? Kau tak tengok ke medication chart tu. Aku order STAT so maknanya aku nak STAT. Ke kau tak faham maksud STAT? Nak aku ajar semula ke apa maksud STAT? STAT tu maksudnya segera. So bila aku order STAT, maknanya aku nak ubat tu diberi segera." Tajam mata Firash menikam anak mata jururawat di hadapannya itu.

Beberapa orang houseman yang berada bersama Dr Firash itu hanya menelan air liur. MO (medical officer) sorang ni memang agak tegas. Pantang betul kalau plan perawatan yang diarahkan tak dibuat mengikut arahannya. Mereka hanya memandang kesian ke arah jururawat yang sudah membesarkan mata akibat dimarah Dr Firash itu.

Maira yang terkejut dengan jerkahan Firash itu sudah merah mukanya.. Mata tak payah cakap, dah besar macam ikan lolong dah akibat terkejut.

'Wah, ini sudah lebih.. dia ingat kalau dia tu MO dia boleh suka-suka hati nak tengking-tengking nurses ke? ' detik hati Maira. Memang pantang betul keturunan dia bila kita tanya baik-baik tapi dijawab tengking-tengking macam ni. Tengking depan orang pulak tu. Lagilah rasa tersakiti.. Auchh..

" Laa STAT ke Dr Firash? Tak tahulah pulak saya.. iya la kan.. saya ni memang takde kerja lain.. Asyik duduk je depan PC tu duduk tenung medication chart.. Duduk je membesarkan punggung tak payah buat kerja lain." Maira sudah tersenyum sinis.

"Lagi satu, Dr Firash tadi order ubat ni masa bila? Kenapa tak noted dekat nurses kalau dah tahu nak STAT? Apa doktor ingat kalau doktor order STAT, PC tu berjalan pergi bisik dekat telinga saya ke? Macam tu? " Sembur Maira lagi. Houseman yang berada di situ sudah terkebil kebil macam cicak tertelan telur sendiri apabila melihat muka Dr Firash yang sudah merah padam.

Firash memandang tajam ke arah jururawat tersebut. Tak pernah ada orang yang berani mempertikaikannya setiap kali dia marah. Ini yang pertama. Kalau orang lain dah menunduk je kepala tu. Tapi jururawat sorang ni berani tenung muka dia. Siap pakej jeling lagi.

'Ceh, ini ke nurse yang makcik-makcik duk puji melambung, baik, lemah lembut bagai tadi. Jauh sangat ni dari lemah lembut' detik hati Firash.

Sememangnya dia memang terlihat situasi Puan Halimaton memuji jururawat itu tadi kerana dia sedang berada di PC di kaunter Kubikel D ketika itu untuk order ubat potassium STAT kepada pesakit di hadapannya sekarang. Betul juga apa yang jururawat ni cakap. Bukannya tak ada jururawat berhampirannya tadi semasa dia memesan ubat tersebut. Boleh je dia beritahu terus pada jururawat itu tadi.

Maira yang melihat doktor tinggi lampai itu hanya diam terus memandang houseman yang berada di sebelahnya.

"1 gram kan? Over 2 hours?" Maira bertanya lagi untuk kepastian. Laju dia meninggalkan tempat itu setelah salah seorang houseman itu menganggukkan kepala. Sikit pun dia tak pandang muka doktor kerek tu. Malas dia berada di situ lama-lama. Buat sakit hati je.

***************************************

"Eh Maira, kau bertinju apa pulak dengan Dr Firash tadi tu? " Tanya Fiffy apabila melihat Maira masuk ke dalam bilik rawatan yang menjadi tempat penyimpanan ubat itu. Cuak juga dia bila dengar Dr Firash tu marah-marah Maira. Kesian Maira, dah lah baru masuk kerja harini lepas naik MC, tak pasal-pasal bergaduh pulak dengan MO dari jabatan lain.

"Entahlah mamat kerek tu.. Menyampah aku.. bukannya tak boleh tanya baik-baik.. ni nak main jerkah-jerkah pulak.. memang mendapat la dengan aku.. ingat aku ni kuli dia ke apa.. suka hati nak tengking-tengking aku depan orang.. eh ibu dengan abah aku pun tak pernah nak tengking-tengking aku depan orang kau tahu tak.. muka kalau handsome takpelah jugak.. ini handsome sikit je dari cipan" laju macam popcorn ayat-ayat itu keluar daripada mulut Maira . Tangan sama laju menyediakan ubatan yang Dr Firash mahukan tadi.

CINTA TAK BERSYARAT (COMPLETED)Where stories live. Discover now