Bab 42

49.8K 1.3K 77
                                    

Maira membuka mata perlahan. Matanya meliar memerhatikan keadaan sekeliling. Dahinya dikerutkan. Dia sedang terbaring di atas katil pesakit. Di tepi katilnya tergantung botol drip normal saline yang bersambung ke jarum di tangannya. Eh, kenapa aku kat sini?

"Fea dah bangun?" Tanya Puan Norishah. Wajah wanita itu nampak sayu memandang ke arah anak perempuannya itu.

"Kenapa Fea ada dekat sini, ibu?" Maira sudah mengerutkan dahi. Pelik. Seingatnya tadi dia berada di rumah. Sedang menanti Dr Firash pulang. Dr Firash! Maira memandang ke sekelililing. Mencari wajah yang paling dirinduinya. Maira melepaskan keluhan perlahan.

Hampa.

"Ibu, sekarang dah pukul berapa?" Tanya Maira lagi apabila pertanyaannya tadi tidak dijawab.

"Pukul sepuluh malam, Fea" jawab Puan Norishah perlahan.

"Kenapa abang Firash tak sampai lagi?" Maira sudah risau. Dia tidak pasti sama ada suaminya itu belum sampai atau lelaki itu tidak sudi menjenguknya di sini.

Puan Norishah tergamam.

"Maira tak ingat apa dah jadi?" Tanya Puan Norishah perlahan. Dia sudah tidak dapat menahan sebak.

Mendengarkan soalan Puan Norishah itu, Maira sudah rasa tidak sedap hati. Tiba-tiba peristiwa petang tadi bermain semula di fikiran.

Flashback

Maira masih merenung telefon bimbit di tangan. Mana tahu tiba-tiba Firash berubah fikiran mahu membalas mesejnya. Jam di dinding dikerling lagi. Jam sudah menunjukkan pukul 6.00 petang. Ameera yang sedang lena itu dipandang dengan senyuman nipis.

"Nanti bila daddy dah sampai, bagi daddy dekat mommy dulu tau. Lepastu baru turn Ameera" hidung anak kecil yang sedang lena itu dicuit perlahan.

Telefon bimbit yang berbunyi di tangannya itu dipandang. Lebar terus senyuman Maira melihatkan nama si pemanggil. Nafas dalam ditarik. Mahu menghilangkan debaran di dada. Takut lelaki itu belum memaafkannya. Laju ikon hijau di skrin telefon bimbit itu ditolak.

"Hello, assalamualaikum, doktor.." perlahan sahaja Maira menuturkan salam.

"Err waalaikumsalam.. sorry.. saya Dr Aliff..kawan Firash.. Ni Staff Nurse Maira ke?" Suara di hujung talian membuatkan Maira mengerutkan dahi. Dia kenal Dr Aliff. Tapi kenapa Dr Aliff menelefonnya menggunakan telefon Firash?

"Ya saya, ada apa ya Dr Aliff?" Maira sudah berdebar. Adakah Dr Firash sudah tidak sudi untuk berbicara dengannya?

"Err.. saya mintak maaf staff nurse, saya terpaksa sampaikan berita ni dekat staff nurse. Saya harap staff nurse bersabar banyak-banyak" Maira semakin berdebar.

"Petang tadi Firash terlibat dengan kes langgar lari dekat dalam kawasan HSJ ni.." sambung Aliff dengan berhati-hati.

Diam. Tiada sebarang suara yang keluar daripada mulut Maira. Dia cuba nak hadam ayat yang keluar daripada mulut Dr Aliff itu.

"Staff nurse?" Panggil Aliff apabila tiada suara yang keluar dari talian seberang sana.

"Err.. Dr Firash langgar orang ke atau...." Maira tidak dapat meneruskan ayat. Dia takut. Dia takut dengan apa yang sedang bermain dalam fikirannya sekarang.

"Firash yang kena langgar staff nurse.." Aliff memejamkan mata. Berat hati hendak sampaikan. Tapi dia terpaksa.

Diam. Maira dah tak tahu nak buat apa.

CINTA TAK BERSYARAT (COMPLETED)Where stories live. Discover now