Bab 13

32.3K 1.1K 11
                                    

           Firash merenung tasik dihadapannya dengan penuh debaran. Tenang air tasik itu tidak mampu menenangkan hatinya ketika ini. Sejak menerima panggilan telefon daripada Raihana semalam, dia sudah tidak senang duduk. Wanita itu sudi untuk bertemu dengannya! Ya, itulah yang Raihana khabarkan dalam perbualan mereka semalam.

Dan sekarang, masa yang dijanjikan sudah pun tiba. Bila-bila masa saja mereka akan bertemu empat mata. Firash menghembus nafas berat. Wajahnya diraup. Sejujurnya dia bimbang akan reaksi wanita itu sebentar nanti dengan keputusan yang bakal diambil. Sedangkan dia sendiri pun tidak yakin dengan keputusan yang bakal diambilnya, apatah lagi wanita itu.

"Assalamualaikum Dr Firash" ucapan salam yang dihulurkan membuatkan Firash mengangkat kepala. Matanya menangkap susuk tubuh Raihana bersama seorang wanita yang sedang bersembunyi di belakangnya. Tangannya kemas menggenggam tangan Raihana. Wanita itu seolah-olah takut dengannya.

Raihana membalas genggaman Maira itu, memberi semangat. Dia tahu wanita itu masih trauma.

"Waalaikumussalam. Jemput duduk". Perlahan Firash menjawab salam yang dihulurkan sambil tangan menunjuk kerusi di hadapannya. Sengaja Firash mencadangkan agar mereka bertemu di Taman Tasik itu. Lebih tenang dari restoran-restoran yang tidak menjanjikan sebarang privasi. Kebetulan hari ini hari berkerja jadi tidak ramai pengunjung yang datang ke Taman Tasik itu.

Segera Raihana menarik Maira untuk duduk di sebelahnya. Gadis itu hanya menunduk. Kedua-dua tangannya yang menggigil kecil digenggam kemas oleh Raihana.

Firash hanya merenung wajah sugul yang menunduk itu. Hilang sudah wajah ceria yang sering dipamerkan dulu. Firash menggigit bibirya. Rasa bersalah mencengkam kuat tangkai hatinya kala terpandang wajah itu.

Firash berdehem kecil sebelum memulakan bicara. Sengaja memancing wanita itu untuk mengangkat wajahnya tapi sia-sia. Wanita itu lebih memilih untuk merenung tanah.

"Err.. staff nurse, aku nak minta maaf atas apa yang aku dah buat pada kau" perlahan suara Firash menampar gegendang telinga Maira. Maira hanya mendiamkan diri. Tidak sanggup mengangkat wajahnya memandang lelaki yang saban malam sering datang dalam mimpi ngerinya itu.

"Aku tak sedar masa tu. Aku minta maaf. Aku tahu beribu kata maaf pun takkan dapat kembalikan apa yang aku dah rampas daripada kau" Maira mengesat perlahan air mata yang mengalir mendengar kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu. Puas dia ingatkan diri sendiri yang bukan dia seorang sahaja mangsa dalam hal ini. Lelaki itu juga mangsa keadaan.

Melihatkan tangisan wanita itu, Firash menarik nafas dalam.

"Aku akan bertanggungjawab. Aku takkan lepas tangan lepas apa yang aku dah buat pada kau. Jadi aku dah buat keputusan.." Firash sudah memejamkan mata. Dia tahu keputusan yang bakal diambil ini akan merubah segalanya.

Maira yang mendengar terus tergamam.

'Keputusan apa pulak ni?'

"Aku akan kahwin dengan kau"

Bammm!!

Maira rasa kepalanya seperti dihempap dengan batu. Segera dia mengangkat wajah yang ditunduk dari tadi. Wajahnya sudah memerah. Anak mata jejaka dihadapannya dicari dan ditenung tajam.

"No!!!" Jerit Maira perlahan. Tangannya di atas peha semakin menggigil.

" Saya tak nak!!" Jerit Maira lagi.

Firash sudah meraup muka perlahan. Sudah menjangka reaksi wanita itu.

"Kahwin dengan doktor? Tolong jangan buat lawak dekat sini ye Dr Ahmad Firash" sinis Maira menutupkan ayat tersebut.

" Kalau boleh, saya nak mintak tolong dengan doktor, tolong jangan tunjuk muka doktor depan saya lagi" sambung Maira lagi dengan tangisan yang semakin kuat.

"Saya tahu Dr Firash tak salah, saya tahu tu. Tapi maaf, hati saya tetap sakit setiap kali tengok muka doktor. Kejadian hitam tu masih terbayang-bayang dekat mata saya". Maira mengelap air matanya dengan rakus. Dia memandang jejaka di hadapannya yang sedang menunduk itu.

"Maaf saya tak boleh nak kahwin dengan doktor. Saya tak sanggup". Maira sudah berdiri. Dia mahu pergi dari situ. Dia sudah tidak mahu melihat wajah jejaka itu. Tiba-tiba tangannya dicapai oleh Raihana. Segera Maira berpaling memandang Raihana.

" Maira ada terfikir tak, kalau Maira mengandung macam mana?" Tanya Raihana perlahan. Maira yang mendengar sudah membuntangkan mata. Laju kepalanya menggeleng. Ingin menafikan kata-kata Raihana itu. Tidak sanggup membayangkan jika perkara itu terjadi. Lagipun, awal-awal lagi dia sudah menyemak kalendar periodnya. Semasa peristiwa itu berlaku, dia bukan dalam keadaan subur. Jadi tidak mungkin.

"Tak, Maira yakin Maira takkan mengandung KakRai" ujar Maira sambil cuba merungkaikan genggaman Raihana yang menghalang dia dari melangkah namun Raihana semakin mengemaskan genggamannya.

"Siapa kita nak buat kerja Tuhan Maira? Itu kerja Dia, bukan kerja kita" tegas suara Raihana. Dia perlu menyedarkan gadis itu. Seseorang perlu tegas untuk berhadapan dengan kedegilan seseorang yang bernama Maira Sofea ketika itu. Melihatkan Maira yang sudah terdiam, perlahan-lahan Raihana menarik Maira untuk kembali duduk di sebelahnya.

"KakRai nak kamu berdua bincang elok-elok. Kalau Maira tak mengandung takpelah, tapi kalau mengandung? Apa nak jawab dengan semua orang?" Raihana bersuara lagi sambil memandang kedua-dua wajah yang hanya mendiamkan diri.

"Dan Kakrai tahu, kamu berdua pun belajar agama. Kamu berdua mesti tahu, andai kata Maira mengandung dan anak tu nanti lahir kurang dari tempoh enam bulan pernikahan, anak tu akan jadi anak tak sah taraf. Tak kesian ke dekat anak tu nanti? Sanggup ke Maira? " Maira yang mendengar sudah terbungkam. Dia sudah menggeleng perlahan.

"Dan KakRai harap, Dr Firash cepat-cepat selesaikan urusan pernikahan ni. Jangan lambat-lambat kan". Firash menganguk perlahan. Dia bersyukur sebenarnya Raihana ada bersama. Kalau tidak, pasti awal-awal lagi dia sudah kalah dengan kedegilan wanita itu.

"Nanti aku akan minta family aku untuk jumpa family kau secepat mungkin" ujar Firash sambil mencari anak mata wanita itu.

Maira yang mendengar sudah memejamkan mata. Bukan ini yang dia mahukan. Dia tidak mahu berkongsi hidup dengan lelaki yang merogolnya itu. Dia tidak sanggup.

"Lima bulan je..". Raihana dan Firash yang mendengarkan ayat yang keluar dari mulut Maira itu memandangnya dengan pandangan hairan.

"Cukup lima bulan, kalau saya tak mengandung, saya nak doktor ceraikan saya.." ujar Maira lagi. Raihana sudah ternganga.

Firash yang mendengar hanya mengangguk perlahan.

"Your wish is my command.." Jawab Firash perlahan.

Raihana sudah membuntangkan mata. Dia sudah menepuk dahi. Makin lama dia disini, boleh jadi gila agaknya melayan dua orang manusia di hadapannya ini.

Firash merenung wajah sugul wanita di hadapannya.Sejujurnya dia terkejut dengan cadangan yang diberikan oleh wanita itu tetapi bila difikirkan semula, itu adalah jalan terbaik. Takkan selamanya mereka mahu hidup dalam hubungan yang diwujudkan atas dasar tanggungjawab. Daripada terseksa hidup bersama dengan orang yang mereka tidak cintai dalam hubungan yang merimaskan, lebih baik mereka berpisah.

Firash menarik nafas dalam, dia akan bertanggungjawab dan sekiranya wanita itu tidak mengandung, mereka akan bebas dari perhubungan itu.

"Dan sepanjang tempoh lima bulan nanti, saya nak kita teruskan kehidupan macam biasa. Takde apa yang akan berubah. Saya takkan masuk campur urusan doktor dan doktor jangan masuk campur urusan saya. Dan tolong rahsiakan perkahwinan ni daripada sesiapa pun" Maira memyambung apabila mendengar jawapan Firash.

"As you wish.."

Raihana yang mendengar jawapan Firash melepaskan keluhan berat.

"Terpulanglah pada kamu berdua, KakRai dah tak tahu nak cakap apa lagi. Ini hidup kamu berdua.. Kamu tahu apa yang terbaik.." akhirnya Raihana mengalah.

CINTA TAK BERSYARAT (COMPLETED)Where stories live. Discover now