Bab 15

34.6K 1.2K 22
                                    

"Ahmad Firash bin Ahmad Farid"

"Saya"

"Aku nikahkah dikau dan aku kahwinkan dikau dengan anakku Maira Sofea binti Mohd Saiful dengan mas kahwinnya RM 22.50 tunai" serentak tangan pengantin lelaki itu dijabat kemas.

"Aku terima nikah Maira Sofea binti Mohd Saiful dengan mas kahwinnya RM 22.50 tunai"

"Sah?"

"Sah.." serentak suara beberapa orang lelaki yang menjadi saksi kedengaran.

"Alhamdulillah" riuh rendah suasana di ruang tamu Encik Saiful itu apabila dengan sekali lafaz sahaja anaknya telah menjadi isteri kepada jejaka dihadapannya itu.

"Alhamdulillah. Firash jaga anak abah elok-elok, ya. Sayang dia, bimbing dia sepertimana abah dan ibu sayangkan dia". Ujar Encik Saiful. Air matanya sudah bergenang. Segera menantunya itu ditarik ke dalam pelukan. Firash membalas pelukan ayah mertuanya itu sambil menganggukkan kepala.

"InsyaAllah, abah.."

Maira yang menyaksikan perlakuan ayahnya bersama lelaki itu mengalirkan air mata. Rasa bersalah pada keluarganya begitu kuat mencengkam hati ketika ini.

Maira yang merasakan tangannya disentuh lembut memalingkan wajah. Segera tangan dihulurkan untuk menyalami wanita itu. Namun tubuhnya terlebih dahulu ditarik ke dalam pelukan.

"Maira, mama tahu besar salah anak mama pada Maira.. tapi mama harap Maira maafkan anak mama ya, nak" ucap Datin Rohaya perlahan semasa Maira masih berada dalam pelukannya. Perlahan-lahan dileraikan pelukan itu. Terus pipi menantunya itu dicium penuh kasih.

"Mama harap Maira dapat jadi isteri yang baik untuk anak mama. Semoga hubungan kamu berdua sentiasa berada dalam rahmat Allah dan berkekalan hingga ke syurga Allah" sekali lagi wanita itu bersuara.

"InsyaAllah, ma " Maira hanya mampu memberikan senyuman tawar. Tidak mampu memberikan sebarang harapan. Kerana disebabkan perjanjian lima bulan itu, Maira bakal mengkhianati seluruh ahli keluarganya termasuk ibu mertuanya itu.

Firash yang baru selesai menunaikan solat sunat datang menghampiri Maira untuk upacara pembatalan air sembahyang. Lama dia merenung wajah cantik manis yang ayu memakai jubah berona putih gading itu. Sedondon dengan baju melayu yang sedang dipakainya.

Tangan yang dihulur disambut perlahan-lahan oleh Maira. Sikit pun dia tidak mengangkat muka untuk melihat lelaki yang sudah bergelar suaminya itu. Laju sahaja tangan itu dikucup sebelum Maira segera mengalihkan wajah.

"Ehh.. apa sekejap sangat kak.. saya tak sempat lagi nak snap moment tu" ujar photographer yang telah dipertanggungjawabkan untuk merakam moment-moment pada hari pernikahan ini.

Sekali lagi Maira mencapai tangan Firash. Dalam hati sudah menyumpah apabila melihat lelaki itu menahan senyum. Tangan itu dikucup sekali lagi. Kali ini lebih lama bagi memuaskan hati si photographer.

Apabila si photographer sudah berpuas hati, laju sahaja Maira menarik kembali tangannya. Terus membulat matanya apabila satu kucupan lembut hinggap di dahinya ketika itu. Lama. Sebelum bibir itu beralih pula ke ubun-ubunnya. Cahaya dari flash kamera menghalang Maira melihat wajah lelaki itu dengan jelas. Merah mukanya ketika ini. Malu? Mungkin. Marah? Ya, Maira rasa marah kerana lelaki itu sewenang-wenangnya memperlakukannya sebegitu. Namun riak mukanya seboleh-boleh dikawal. Apabila matanya menemui anak mata lelaki itu, segera Maira menjegilkan mata dan menjeling. Firash hanya menggeleng perlahan dengan senyuman.

'She's back'..

Selesai upacara pembatalan air sembahyang, Firash dan Maira bangun untuk bersalam-salaman dengan sanak saudara yang datang.

CINTA TAK BERSYARAT (COMPLETED)Where stories live. Discover now