Bab 27

42.6K 1.6K 43
                                    


               "Hah? Dr Firash tak payah nak buat lawak kat sini" Maira sudah membesarkan mata.

"Aku tak buat lawak, staff nurse! Aku dah cakap kan. Aku akan jaga kau sampai kau bersalin" Tegas Firash menuturkan. Tajam anak mata itu menikam mata Maira.

"Ya Allah, saya tak perlukan doktor untuk jaga saya pun!" Maira sudah memicit dahi. Sakit kepala melayan lelaki di hadapannya ini.

"Kita dah setuju kan? Aku akan jaga kau" mendatar sahaja suara Firash membalas.

"Tapi saya tak pernah setuju pun untuk kita tinggal serumah macam ni!" Maira sudah bengang. Sesuka hati sahaja lelaki ini membuat keputusan sendiri.

"Macam mana aku nak jaga kau kalau aku duduk jauh daripada kau, staff nurse?"

"Saya tetap taknak tinggal serumah dengan doktor! Dr Firash tolong balik sekarang!" Maira sudah meninggikan suara. Tangannya ditunjukkan ke arah pintu. Matanya melawan anak mata Firash tajam.

"Jangan degil boleh tak, staff nurse. Kau nak kejadian semalam berulang lagi ke? Itu mujur Kak Ramlah ada. Kalau kau pengsan sorang-sorang dalam rumah ni macam mana? " Firash merendahkan suaranya. Berlawan suara siapa paling tinggi pun tak guna juga.

Maira mendengus perlahan.

"Kenapa doktor nak sibukkan sangat ye pasal saya? Kalau doktor ceraikan saya je terus kan senang?" Turun naik nafas Maira. Matanya masih tajam memandang ke arah Firash.

"Kan aku dah cakap, aku akan ikut segala kemahuan kau lepas kau bersalin. For now, bagi aku jalankan tanggungjawab aku. Biar aku jaga kau" balas Firash tenang.

"Tak ada beza pun doktor. Kita cerai sekarang atau lepas saya bersalin pun sama je" kuat suara bergema dalam rumah itu.

Firash hanya diam. Malas nak menambah kemarahan wanita itu. Dia juga sedang cuba untuk bertenang ketika ini. Api kalau dilawan api tetap tak selesai jugak masalah.

Maira yang hanya melihatkan lelaki itu hanya diam terus berlalu masuk ke dalam biliknya. Pintu dihempas kuat tanda protes.

Firash hanya mengeluh perlahan. Kalau ikutkan hati, dia ingin membawa Maira balik kerumahnya tapi rumahnya itu bertangga. Pasti akan menyukarkan pergerakan wanita itu nanti. Kerana itulah dia mengambil keputusan untuk tinggal di rumah Maira sehingga wanita itu melahirkan.

Maira yang baru masuk ke dalam biliknya itu terus menutup hidung. Ya Allah, macam mana dia boleh terlupa tentang botol perfume yang pecah semalam. Kepalanya sudah pening. Tekaknya dah jadi loya. Bau perfume itu sudah semerbak memenuhi bilik. Maira sudah tidak tahan. Tekaknya semakin kembang.Segera tangan memulas semula tombol pintu biliknya.

Firash yang mendengar pintu bilik yang dikuak dari dalam itu berpaling. Berkerut dahinya melihatkan Maira yang terkocoh-kocoh menuju ke bilik air belakang. Langkahnya turut diatur laju mengikut wanita itu.

"Uwekkk...uwekkk" habis dimuntahkan segala isi perut. Tangan yang naik mengusap perlahan dibelakang tubuhnya hanya dibiarkan Maira.

"Uwekk...uwekk" tangan itu naik pula membantu mengurut tengkuknya perlahan. Juga hanya dibiarkan oleh Maira. Tiada tenaga untuk membantah.

Maira sudah terduduk dalam bilik air itu. Letih. Habis keluar semula nasi kandar yang dia makan tadi.

Melihatkan Maira yang sudah lembik, Firash terus mencempung wanita itu.

"Ish, tak payahlah doktor, saya boleh jalan sendiri la" Maira sudah meronta perlahan.

Tangan Firash semakin memaut kemas pinggang Maira apabila wanita itu mula meronta. Bimbang terlepas daripada cempungannya.

CINTA TAK BERSYARAT (COMPLETED)Where stories live. Discover now