Bab 36

42.9K 1.3K 104
                                    

           Perlahan-lahan Firash melabuhkan punggung di atas katilnya. Tangan naik meraup wajah. Dia tahu dia tidak patut memperlakukan Maira seperti tadi. Tapi dia buntu. Dia serabut. Jauh di lubuk hatinya, dia tahu Maira tidak bersalah. Dia tahu Maira bukan seperti yang Syakira katakan. Dia tahu Maira wanita yang bagaimana.

Firash melepaskan keluhan perlahan. Maira tidak memerangkapnya. Dia tahu kenyataan itu. Kalau tidak takkanlah wanita itu menolak sekeras-kerasnya untuk berkahwin dengannya dulu. Wanita itu juga cuba merahsiakan kandungannya daripada Firash. Malah wanita itu sanggup meminta cerai daripadanya walaupun dalam keadaan diri sedang mengandung.

Firash mencengkam perlahan rambutnya. Tergamak Syakira menuduh Maira memerangkapnya sedangkan Firashlah orang yang bertanggungjawab merosakkan hidup wanita itu.

Firash segera bangun. Langkah diatur perlahan ke bilik wanita itu. Dia rasa bersalah melayan wanita itu seperti itu tadi. Bukan kerana dia percaya dengan kata-kata Syakira. Tidak sama sekali. Tapi moodnya memang kelaut tadi.

Dia bengang sebenarnya. Dia pening memikirkan dari mana Syakira tahu mengenai hal ini. Dia tidak boleh terima tuduhan Syakira kepada Maira siang tadi.

Tangan naik memulas tombol pintu bilik itu dengan berhati-hati. Bimbang mengejutkan wanita itu daripada tidur.

Perlahan-lahan langkah diatur menuju ke katil.

Firash terpana. Wanita itu tidur sambil memeluk sweater hitam miliknya. Sweater hitam yang dipakaikan pada wanita itu dulu. Perasaan bersalah mencengkam kuat hatinya ketika ini. Dia tahu dia tidak patut melayan Maira seperti itu tadi.

Melihatkan wajah yang sembab itu Firash mengeluh perlahan. Dia tahu pasti wanita itu menangis tadi. Dia memang bodoh. Sanggup dia melukakan hati wanita yang tidak bersalah itu.

"Princess, i'm sorry, okay? Daddy dah buat mommy sedih.." Perut besar wanita itu diusap perlahan sebelum dikucup lembut.

"I'm sorry, staff nurse" dahi Maira diusap sebelum satu kucupan singgah di dahi wanita itu. Saat itu Firash sudah berjanji dalam hatinya. Dia akan menjaga isteri dan anaknya ini sampai dia mati. Dia akan jaga hubungan ini. Dia akan mempertahankan perkahwinan mereka ini.

Perlahan-lahan Firash merebahkan badannya di sebelah Maira. Wajah tenang yang sedang tidur itu ditatap lama.  Dengan penuh berhati-hati Firash menarik sweater hitamnya daripada pelukan wanita itu. Tubuh Maira ditarik perlahan ke dalam pelukannya. Terus berkerut wajah wanita itu apabila terasa tidurnya diganggu. Segera tangan Firash naik menepuk belakang tubuh Maira. Mahu wanita itu kembali lena.

*************************************** 

Maira terjaga dari tidur apabila merasakan tubuhnya seperti dipeluk seseorang. Perlahan-lahan dia membuka mata. Jelas di matanya ketika ini wajah lelaki yang langsung tidak mempedulikannya semalam. Wajah Firash yang sedang lena itu ditatap lama. Air mata sudah bergenang. Dia rindukan bau ini. Dia rindukan pelukan ini. Dia rindukan lelaki ini. Pelik kan? Padahal tak sampai sehari pun lelaki itu melayannya dingin seperti itu. Tetapi dia sudah rindu. Air mata yang mengalir laju itu terus berubah menjadi esakan kecil. Maira memeluk kemas tubuh lelaki itu. Bagaimana dia mahu hidup tanpa lelaki itu nanti?

Esakan tangis Maira yang kedengaran perlahan di telinga membuatkan Firash membuka mata. Terkejut Firash apabila melihatkan wanita di dalam pelukannya itu sedang menangis.

"Staff nurse" panggil Firash perlahan.

Maira tidak menghiraukan panggilan Firash. Esakannya semakin kuat ketika ini. Terhinggut-hinggut bahunya yang berada dalam pelukan Firash itu.

Firash mengeluh perlahan. Rasa bersalah yang amat sangat mencengkam hatinya ketika ini.

"Kenapa kau nangis? Hmm?" Tanya Firash perlahan. Tangan naik mengelap air mata yang berjuraian di pipi wanita itu.

CINTA TAK BERSYARAT (COMPLETED)Where stories live. Discover now