Bab 20

40K 1.2K 28
                                    

             Maira melangkah masuk ke dalam klinik pakar itu dengan perasaan berdebar. Dah rasa macam hari pertama kerja pula. Harini hari pertama dia masuk kerja selepas cuti kahwin. Bukan berdebar sebab apa. Dia tahu akak-akak kepochi dekat klinik ni akan sibuk nak tengok gambar majlis nikah dia haritu. Tiga bulan bekerja dekat sini, dia tahu mereka takkan berhenti memaksa selagi tak tengok gambar pernikahan Maira dengan mata mereka sendiri. Haritu tak jemput majlis pun diorang dah bising. Tapi bila Maira cakap majlis itu hanya didatangi saudara mara sahaja barulah mereka diam. Tapi Maira sudah berjanji akan menjemput mereka semasa majlis resepsi nanti. Majlis resepsi yang Maira tahu tak akan pernah ada pun.

Baru sahaja menjejak kaki ke dalam klinik, terus kecoh suasana di kaunter klinik tu.

"Wah.. pengantin baru dah sampai" tegur Salasiah. Semua yang ada di situ sudah berpaling.

"Kompang dipalu~ pengantin malu~" suara Encik Roslan pun berkumandang di satu klinik itu. Wajah Maira dah merah padam. Ya Allah, sabar je laa..

"Wah, makin berseri-seri ya pengantin baru kita ni" Usik Hidayu pula sambil senyum mengusik.

"Takdelah Kak Ayu. Sama je. Bukan dari dulu memang dah berseri ke?" Balas Maira sambil ketawa kecil.

"Awal-awal tu memang la berseri kamu tu Maira.. pastu tiba-tiba hilang sekejap seri tu.. masam je muka tu. Asyik diam aje.. kami nak menegur pun takut" balas Rosnani. Bukan dia seorang sahaja beranggapan begitu. Semua orang di klinik pun sama. Tiba-tiba sahaja gadis itu berubah menjadi seorang yang pendiam selepas naik daripada cuti sakit dua minggu tu. Hampir dua minggu juga lah gadis itu berkelakuan begitu. Round bersama Dr Chan dan Dr Firash pun Maira tak ikut.. Tup-tup tiba-tiba mintak cuti nak kahwin. Mana mereka tak terkejut.

"Biasalah tu Kak Nani. Kita dulu pun nak kahwin gitu jugak. Termenung je, masam je muka. Dah kahwin ni baru ada seri semula. Macam Maira ni" Raihana mempertahankan Maira apabila melihat wanita itu sudah terkedu dengan ayat yang keluar dari mulut Rosnani itu. Mereka semua tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Rahsia itu memang disimpan kemas oleh Anis dan Raihana atas permintaan Maira sendiri.

"Iya lah. Dah tak payah cakap banyak. Tunjuklah gambar nikah kamu haritu. Kami nak juga tengok lelaki yang dah berjaya curi hati adik bongsu kami ni" Ujar Rosnani lagi.

Maira sudah menelan air liur. Tapidia masih berlagak tenang. Seperti yang dia jangka.
Anis dan Raihana juga turut gelisah. Mengalahkan Maira pula. Mereka sudah saling berpandangan.

Maira mengeluarkan telefon bimbit dari poket uniformnya. Segera ikon galeri ditekan. Dihulurkan telefon bimbit itu kepada Rosnani yang berada di hadapannya. Salasiah, Hidayu dan Encik Roslan segera mengerumuni Rosnani. Semua tak sabar ingin melihat wajh pemilik hati Maira itu.

"Uishh handsome betul ya" - Salasiah
"Ada iras muka kamu la Maira" - Hidayu
"Macam pinang dibelah dua, sama cantik sama handsome" - Rosnani
"Selamat pengantin baru~" Roslan

Serentak Anis dan Raihana mengerutkan dahi. Aikk. Takkan mereka tak cam Dr Firash? Serentak mereka berpaling ke arah Maira yang hanya tersenyum nipis.

Perlahan-lahan Anis dan Raihana melangkah ke arah Rosnani. Telefon di tangan Rosnani diambil. Puas mereka menilik gambar pernikahan Maira itu.
Itu bukan gambar Dr Firash. Takkan Maira kahwin dengan orang lain?

Maira yang melihatkan wajah Anis dan Raihana yang terpinga-pinga itu hanya tersenyum lucu. Namun senyumannya itu terus mati apabila melihat susuk tubuh tinggi lampai yang sedang melangkah ke arah kaunter itu. Ahh sudahh.

"Eh Dr Firash. Awal datang klinik pagi ni". Tegur Roslan apabila Firash melepasi kaunter itu untuk ke bilik rawatan. Firash yang mendengar hanya tersenyum nipis.

CINTA TAK BERSYARAT (COMPLETED)Where stories live. Discover now