Bab 30

51.3K 1.4K 59
                                    

"Firash, aku nak tanya something boleh?" Tanya Aliff perlahan. Ketika itu dia dan Firash berada di Unit Rawatan Jantung kerana ada seorang pesakit perlu dimasukkan intrajugular catheter (catheter sementara yang digunakan untuk prosedur hemodialysis).

"Apa dia tu?" Firash yang sedang memakai apron untuk melakukan prosedur itu mengangkat kening.

"Err, macam mana ek nak cakap" Aliff menggaru kepala. Serba salah hendak bertanya.

"Kau dah kenapa?" Firash mengerutkan dahi memandang ke arah rakannya itu. Tangan sudah memakai sarung tangan.
Houseman yang ditugaskan untuk membantunya melakukan prosedur sudah mendekatkan troli ke arah Firash.

"Semalam aku nampak ada staff nurse naik kereta dengan kau, siapa tu?" Firash yang mendengarkan pertanyaan Aliff terkedu. Tangannya yang sedang membersihkan kawasan leher pesakit yang ingin dimasukkan catheter itu terhenti. Matanya sempat mengerling sekilas ke arah houseman yang turut memandang ke arahnya.

'Mamat ni memang tak kena tempat nak tanya. Time aku nak cucuk leher pesakit ni jugak lah dia nak tanya'

Firash hanya mendiamkan diri. Tidak menjawab. Dia hanya fokus kepada pesakit dihadapannya.

Aliff yang tidak menerima sebarang jawapan daripada Firash, hanya mendiamkan diri. Dari semalam lagi dia tertanya-tanya. Kebetulan semalam dia menggunakan mesin thumbprint yang terdapat di laluan Klinik Pakar. Terkejut juga dia apabila melihat Audi Rs7 milik lelaki itu memasuki kawasan Klinik Pakar itu. Sangkanya Firash mahu menggunakan mesin thumbprint yang terdapat di Klinik Pakar tetapi sangkaannya meleset apabila melihat seorang jururawat yang sedang menunggu di hadapan Klinik Pakar itu terus masuk ke dalam kereta Firash apabila lelaki itu memberhentikan kereta dihadapannya.

Beberapa kali juga Aliff berpaling melihat kereta itu takut tersalah pandang. Tapi nombor plat kereta itu memang milik Firash. Dan yang lebih menghairankan Aliff, jururawat itu sedang mengandung!

Firash hanya diam. Dia tahu lambat laun akan ada yang bertanya. Lagipun sudah hampir tiga minggu dia memaksa Maira menaiki keretanya setiap kali pergi kerja melainkan jika dia oncall. Wanita itu pun sudah tidak melawan. Sudah pasrah. Hanya menurut sahaja. Setiap pagi dah tak perlu nak bergaduh.

"Send patient to xray first. Kalau okay, baru boleh proceed dengan HD" Arah Firash kepada houseman yang membantunya melakukan prosedur sebentar tadi.

"Okay.. thank you, bos" ujar houseman itu. Firash hanya membalas dengan anggukan. Langkah diatur ke singki berhampiran untuk membasuh tangan. Sempat dia mengerling ke arah Aliff yang masih memandangnya dengan pandangan ingin tahu. Haih.. dia pun tak tahu apa function lelaki itu turun mengikutnya ke sini. Nak kata membantu pun tidak. Hanya tercegat di tepi sahaja menjadi penonton.

"She's my wife" perlahan sahaja Firash bersuara apabila hanya tinggal mereka berdua sahaja di dalam bilik prosedur itu.

"Ooo.." Aliff mengangguk beberapa kali.

"Hah?!!!!" Bila otak dah berjaya menghadam apa yang didengarinya barulah mata Aliff terbeliak.

"Serious la bro!" Aliff segera merapati Firash yang baru selesai membasuh tangan itu.

"Hmm.. takkan aku nak tipu pulak" jawab Firash mendatar.

"But how? When? Maksud aku who?" Bertalu-talu soalan daripada Aliff. Mengalahkan makcik bawang.

Firash hanya mengabaikan.Kaki dihayun melangkah keluar dari bilik itu.

***************************************

CINTA TAK BERSYARAT (COMPLETED)Where stories live. Discover now