Bab 38

41.8K 1.2K 30
                                    

"Staff nurse.." panggil Firash perlahan. Tangan sudah letih mengetuk pintu bilik itu dari petang tadi. Wanita yang berada di dalam bilik itu sikit pun tidak menghiraukan ketukannya.

"Aku ada buat salah ke?" Tanya Firash. Dia sudah buntu. Tidak tahu mengapa Maira berkelakuan seperti ini. Wanita itu tidak keluar-keluar dari bilik sejak petang tadi.

"Staff nurse..bukaklah pintu ni" Firash mengendurkan suara.

"Kau kan nak makan shell out? Jom lah" pujuk Firash lagi.

Sunyi. 

Tiada jawapan daripada wanita itu.

Dia tahu wanita itu dengar. Dia ada terdengar wanita itu keluar masuk ke bilik air di dalam bilik utama itu. Tapi sekarang ini, wanita itu memilih untuk terus berdiam diri.

Firash melangkah menjauh daripada pintu bilik Maira. Langkah dihayun ke dapur. Susu untuk wanita itu dibancuh seperti biasa.

"Staff nurse, kalau kau taknak pergi keluar makan, takpelah.. at least, minum susu ni, please.." ujar Firash sambil mengetuk pintu bilik. Tangan memegang segelas susu untuk isterinya itu.

"Staff nurse, kalau aku ada buat salah, aku minta maaf. Tapi please, minum susu ni dulu" Firash masih belum mengalah. Masih cuba memujuk wanita itu untuk membuka pintu.

"Aku tinggal dekat depan pintu ni.. ada susu dengan biskut. Makanlah.. Nanti kau lapar. Dari petang tadi kau tak makan kan?" Firash mengetuk lagi untuk kesekian kali.

Akhirnya Firash mengalah. Membiarkan Maira bertenang dahulu. Esok dia akan cuba memujuk wanita itu lagi.

Perlahan-lahan dia melangkah masuk ke dalam biliknya.

***************************************

          Maira memejamkan mata. Air matanya sudah kering. Sudah tidak berdaya lagi hendak menangis. Bukannya dia tidak dengar lelaki itu mengetuk pintu daripada tadi. Tapi dia sudah tiada hati. Dia sudah tiada hati untuk melihat muka lelaki itu. Lelaki yang paling dibencinya ketika ini.

Tangan naik mengusap perutnya yang sudah besar. Dia melepaskan keluhan berat.

"Mommy boleh jaga sayang sorang-sorang. Kita tak perlukan lelaki tu dalam hidup kita" ujar Maira perlahan. Air mata mengalir lesu. Dia takkan maafkan lelaki itu. Dia takkan terima lagi lelaki itu dalam hidupnya semula!

Maira sudah nekad. Dia sudah tidak mahu berada dalam ikatan perkahwinan ini.

***************************************

"Staff nurse! Tunggu!" Firash cuba menggapai tangan Maira yang baru keluar dari bilik itu. Dari tadi dia sudah menunggu wanita itu keluar untuk berkerja.

"Lepaslah!" Maira menepis kasar tangan Firash yang cuba memegang tangannya.

"Jangan sentuh saya!" Tajam anak mata Maira menikam wajah lelaki di hadapannya itu.

Firash tergamam. Matanya sempat mengerling ke arah susu dan biskut semalam yang sikitpun tidak disentuh oleh wanita itu.

"Staff nurse, kau okay tak ni?" Tanya Firash perlahan. Cuba menenangkan Maira. Wajah wanita itu jelas sembab.

Maira hanya mendengus kasar. Benci dengan lakonan lelaki itu ketika ini. Dia meluat! Segera dia berpaling. Kunci keretanya yang tergantung di dinding dicapai sebelum dia melangkah keluar.

"Aku ada buat salah ke staff nurse? Kalau aku salah, aku mintak maaf" Firash cuba lagi mencapai tangan Maira. Ingin menghalang Maira keluar dari rumah.

"Saya kata jangan sentuh saya kan! Doktor tak faham bahasa ke?!" Tinggi nada suara Maira ketika ini. Turun naik dadanya. Tidak dihiraukan jika ada jiran yang mendengar.

CINTA TAK BERSYARAT (COMPLETED)Where stories live. Discover now