Bab 22

36.1K 1.1K 21
                                    

               Maira sudah terduduk didalam bilik air rumahnya. Mulutnya ditekup bagi menahan tangisan yang tidak berbunyi itu. Terketar tangannya memegang ujian kehamilan yang diberikan Raihana semasa di klinik tadi.

Dua line. Positif!

Dia mengandung! Dan dia sikit pun tidak pernah sedar sudah tiga bulan ada nyawa yang sedang menumpang dalam rahimnya.

"Ya Allah. Ujian apa lagi yang aku perlu hadap ni?" Bisik Maira perlahan. Bukan tidak reda. Tapi dia juga manusia. Kekadang mempertikaikan takdir tanpa sedar.

Lama Maira meratap di dalam bilik air itu. Tangisan dilepaskan perlahan. Apa yang dia paling takuti telah terjadi. Selama ini dia yakin dia tidak akan mengandung tapi benarlah kata Kak Raihana. Siapa kita nak buat kerja Tuhan? Bila Allah sudah berkehendak, maka jadilah. Tiada siapa boleh mempertikaikan. Tiada siapa boleh menghalang.

Perlahan-lahan Maira bangun. Langkah diatur keluar dari bilik air menuju ke katil. Perlahan-lahan kepala diletakkan di atas bantal. Kepalanya masih pening. Termasuk yang di klinik tadi, sudah tiga kali dia muntah. Sangkanya hanya disebabkan bau perfume Hidayu itu tadi. Rupanya ada sebab lain.

Maira buntu ketika ini. Tidak tahu apa yang harus dilakukan. Tidak tahu pada siapa harus dikhabarkan. Telefon bimbit di atas meja sisi katil. Perlahan nombor telefon Fiffy didail. Hanya nama itu yang terlintas di fikiran.

"Hello, assalamualaikum Puan Maira Sofea, mimpi apa telefon saya ni? " Ceria sahaja suara di hujung talian.

Maira sudah tidak mampu menahan tangis. Esakan kecil yang kedengaran membuatkan Fiffy terdiam seketika.

"Maira, kau okay tak ni?" Tanya Fiffy perlahan.

"Fy, tolong aku Fy..Aku tak tahu apa patut aku buat sekarang"

"Okay, aku nak kau bertenang. Cerita dekat aku apa dah jadi" Fiffy sudah tidak senang duduk. Resah menanti ayat yang bakal keluar dari mulut sahabatnya itu.

"Aku mengandung, Fy" Air mata yang mengalir, diseka perlahan oleh Maira.

"Alhamdulillah. Rezeki Allah bagi tu. Habis tu kenapa kau nangis?" Fiffy menarik nafas lega. Ingat apa la tadi.

"Aku tak tahu apa yang aku rasa sekarang. Aku happy, terkejut, risau, aku takut .. Semua jadi bercampur baur"

"Okay.. sekarang aku nak kau explain dekat aku. Kenapa kau happy?"

"Aku happy sebab aku akan dapat anak, aku akan jadi ibu. Aku happy" balas Maira sambil teresak-esak.

"Habis, kenapa kau terkejut?" Tanya Fiffy lagi. Mahu memujuk sahabatnya itu.

"Aku terkejut sebab aku tak expect aku mengandung. Kau kan tahu kan. Aku tak subur masa tu"

"And the reason kau risau?"

"Aku risau kalau Dr Firash tahu macam mana? Macam mana dengan perjanjian kitorang tu? Aku nak dia ceraikan aku, Fy..tapi aku mengandung" Esakan Maira semakin menjadi-jadi. Itu yang dia risaukan. Dia sudah tidak mahu ada apa-apa kaitan dengan lelaki itu.

"Dan sebab tu kau takut?" Tanya Fiffy lagi. Ya, dia tahu semuanya. Dari A sampai Z. Tak ada yang tertinggal. Maira dah ceritakan segala-galanya pada dia.

"Aku takut Fy. Aku kalau boleh nak cepat-cepat putuskan hubungan ni. Dia dengan aku sama-sama taknak berada dalam ikatan ni. Tapi aku tahu, kalau dia tahu aku mengandung, mesti dia takkan ceraikan aku... Macam mana ni?"

Fiffy sudah menggaru kening yang tidak gatal.

"Okay takpe, macam ni. Esok hari Sabtu. Kau cuti kan?"

"Haah" Maira mengangguk perlahan walaupun Fiffy tidak nampak akan anggukan itu.

CINTA TAK BERSYARAT (COMPLETED)Where stories live. Discover now