Special Chapter ♥️

59.1K 1.9K 219
                                    

Maira hanya menjeling Firash yang sedang mendodoikan Ameera di sudut bilik itu.

"Kenapa sayang pandang abang macam tu?"

"Tak ada apalah.." Maira memeluk tubuh. Tumpuannya kembali dialihkan ke skrin televisyen yang terpasang di bilik mereka itu.

Firash hanya menggelengkan kepala perlahan sambil sembunyi senyum. Bukannya dia tidak tahu kenapa isterinya berkelakuan seperti itu.

Ameera yang sudah terlena dalam dakapannya diletakkan ke dalam baby cot dengan penuh berhati-hati. Tubuh anak kecil itu diselimut dengan selimut kegemarannya sebelum satu kucupan dihadiahkan ke kedua-dua belah pipi kanak-kanak itu.

"Sweet dream, princess daddy.." ujar Firash perlahan sebelum dia mengatur langkah menghampiri Maira yang sedang bersandar di kepala katil. Punggung dilabuhkan ke birai katil. Perlahan-lahan dia menarik tangan Maira.

"Kenapa ni, hmm? Abang ada buat salah ke?" Firash mengelus perlahan tangan Maira yang berada di dalam genggamannya itu.

Maira hanya diam. Sikit pun dia tidak menoleh ke arah Firash. Bukannya suminya itu tidak tahu apa yang dia mahukan.

"Mesti sayang lapar kan? Dinner tadi sayang tak makan sangat pun.."

Melihatkan Maira yang masih tidak menghiraukannya, Firash menarik nafas dalam.

"Sayang.. Abang bukan tak nak masakkan untuk sayang.. Tapi sayang tahukan maggie tu tak baik untuk baby?"

Maira yang mendengar soalan Firash itu mendengus perlahan.

"Abang, Maira bukan nak makan lima bungkus pun, Maira nak makan sikit je.." Maira sudah menarik muka masam.

"Sikit ke banyak ke, maggie tetap maggie sayang.." Lembut sahaja Firash cuba memujuk. Dari petang tadi sebenarnya wanita itu meminta dia masakkan mi segera perisa asam laksa selepas menonton cerita Istanbul Aku Datang. Semua salah Beto Kusyairy dan Lisa Surihani. Tak boleh ke berebut benda-benda yang berkhasiat sikit? Ini maggie asam laksa jugak yang direbutkan. Mak buyung sorang ni bukannya boleh. Semua benda dia teringin.

"Tapi bukan Maira yang nak.." perlahan sahaja suara itu menyapa pendengaran Firash.

"Abang masakkan benda lain boleh? Sayang cakap je nak abang masakkan apa, abang sanggup google resepi untuk sayang.."

Maira hanya menundukkan wajah. Entahlah kenapa, kandungannya kali ini memang lebih mencabar daripada kandungan sebelum ini. Morning sickness, alahan dan keinginannya terlalu pelik-pelik. Kalau dulu tidaklah seteruk ini.

"Sayang nak makan spaghetti? Pizza ke? McDonald?"

Maira hanya mendiamkan diri. Sikitpun dia tidak berpaling ke arah Firash.

Firash menggaru kening yang tidak gatal sebelum tangan mencapai telefon bimbit yang terletak di atas meja tepi katil. Nombor telefon mamanya didail sambil kaki menghayun langkah keluar daripada bilik tidur mereka itu.

"Hello, Assalamualaikum mama.."

"Waalaikumussalam, abang. Ada apa telefon mama malam-malam ni? Maira dengan Ameera okay ke?" Cemas sahaja nada Datin Rohaya yang berada di hujung talian.

"Okay je, ma. Abang yang tak okay sekarang ni.."

"Laa.. Kenapa pulak?"

Firash melepaskan keluhan perlahan.

"Maira request nak makan maggie asam laksa.."

"Habis tu? Abang buatkan tak?"

"Tak.. tu yang dia tengah merajuk dengan abang tu.." Firash mengurut pelipis. Pening dengan perangai isterinya itu.

CINTA TAK BERSYARAT (COMPLETED)Where stories live. Discover now