Bab 11

32.9K 1.2K 17
                                    

Firash melepaskan keluhan perlahan. Songkok dikepala ditanggalkan lalu diletakkan ke atas meja.Dia buntu pada waktu ini. Dia tidak tahu apa yang perlu dia lakukan. Demamnya semakin pulih tapi kepalanya masih sakit. Sakit memikirkan keadaan wanita yang menjadi mangsa kecuaiannya. Apa khabar agaknya dia?

Selepas dihubungi Dr Hisham pada hari Jumaat lepas, Firash mengambil keputusan untuk pulang ke rumah ibubapanya di Selayang. Dia diberi cuti sakit selama dua minggu. Terkejut juga dia semasa ketua jabatannya itu memberitahu dia mendapat cuti sakit dua minggu. Sangkanya dia mendapat cuti sakit kerana demam yang dihidapinya tetapi rupanya cuti itu adalah dari Jabatan Psikiatrik. Cuti untuk membantu dia menenangkan fikiran. Tapi hatinya tetap tidak akan tenang selagi tidak bersua muka dengan wanita itu. Terbayang-bayang dimatanya wajah sugul wanita itu kali terakhir dia melihatnya.

Ketukan perlahan di pintu biliknya menyedarkan Firash dari lamunan.
Mamanya, Datin Rohaya memberikan senyuman seraya melabuhkan punggung di sisi Firash.

"Abang, kenapa mama tengok sejak abang balik ni, abang asyik termenung je? Abang ada masalah ke? Ada apa-apa nak kongsi dengan mama?" Diusap belakang kepala anak sulungnya itu. Hati ibu mana yang tidak risau. Sejak pulang ke rumah mereka, anaknya itu asyik termenung jauh dan kadang-kadang dia perasan anaknya itu akan melepaskan keluhan berat seperti menanggung masalah besar. Dan masa cutinya pula banyak dihabiskan di dalam bilik kali ini. Terkejut juga apabila anaknya itu memberitahu dia mendapat cuti sakit selama dua minggu.

Firash hanya tersenyum pahit mendengarkan soalan ibunya. Ditenung lama wajah itu. Wajah yang memberi ketenangan dan kekuatan padanya.

"Ma, abang ada sesuatu nak beritahu pada mama dan papa" perlahan Firash mencapai tangan ibunya.

***************************************

Firash merenung wajah Dato Farid dan Datin Rohaya yang memandangnya dengan penuh tanda tanya. Firash yang meminta mereka sekeluarga berkumpul di ruang tamu itu. Ada satu pengakuan yang perlu dibuat. Adiknya, Farisha tidak kelihatan. Mungkin belum pulang dari pejabat. Firash melepaskan keluhan perlahan. Dia menarik nafas dalam. Firash tahu, dia perlu bertanggungjawab. Dan untuk bertanggungjawab, dia memerlukan sokongan dari keluarganya.

"I've raped someone.." hanya ayat itu sahaja yang mampu Firash hamburkan. Perlahan sahaja ayat itu keluar dari mulutnya.

"Astaghfirullahalazim" serentak Dato Farid dan Datin Rohaya beristighfar. Dato Farid mengurut dadanya. Datin Rohaya pula sudah tergamam. Tapi mereka tidak mahu cepat melatah. Suasana diam. Kedua-duanya menanti ayat seterusnya yang bakal keluar daripada mulut anak teruna mereka itu.

"She's a nurse. Nurse yang berkerja sama-sama dengan abang dekat klinik. Dia tak bersalah. She was at the wrong place, at the wrong time" Firash meraup mukanya.

"Abang tak tahu macam mana benda ni boleh jadi, ma. Abang tak sedar" sambung Firash lagi. Dia memandang wajah ibunya. Segera Datin Rohaya bangun dari duduknya dan melabuhkan punggung disisi anaknya. Tubuh anaknya ditarik ke pelukan.

"Mama taknak judge anak mama selagi mama tak dengar cerita sebenar dari abang. Jadi, mama nak abang cerita semuanya pada papa dengan mama. Apa yang dah jadi sebenarnya?" Pujuk Datin Rohaya perlahan. Dia tidak mahu melatah. Dia kenal anaknya. Tiga puluh dua tahun dia membesarkan anaknya itu. Dia lebih tahu anaknya lebih dari orang lain. Anaknya itu bukan seorang yang jenis suka-suka merosakkan anak dara orang. Walaupun dia sering mengelak daripada soal perkahwinan, tapi anaknya itu tidak pernah mengusung mana-mana perempuan kehulu kehilir. Kalau bercuti pun hanya duduk di rumah sahaja.

Firash yang mendengar kata-kata mamanya itu mengangkat kepala memandang kedua-dua wajah dihadapannya itu. Dato Farid hanya mengangukkan kepala memandang Firash. Memberi seamangat kepada anaknya untuk terus bercerita.

Firash menarik nafas dalam untuk kesekian kalinya. Dia menceritakan kejadian yang sudah menghantuinya itu daripada mula hingga akhir kepada kedua-dua orang tuanya. Dari bagaimana wujudnya pil itu sehinggalah bagaimana Maira masuk ke biliknya dan menjadi mangsa. Sesekali Dato Farid menganggukkan kepala, manakala Datin Rohaya hanya menutup mulut. Mendengar dengan penuh perhatian.

"Jadi, apa yang abang nak buat sekarang?" Dato Farid.

Firash mengeluh lagi. Perbualannya bersama Raihana di telefon semalam kembali terlayar di difikiran.

Flashback

Telefon bimbit yang berdering itu terus dicapai oleh Firash. Melihatkan pemanggilnya, segera ikon hijau itu ditolak.

"Assalamualaikum Dr Firash, Kakrai ni" ujar pemanggil di sebelah sana.

"Waalaikumussalam Kakrai" perlahan Firash menjawab salam. Sesungguhnya dia masih malu dengan Raihana. Kerana wanita tahu semua yang berlaku antara dia dan Maira.

"Doktor dah sihat? Ke demam lagi?"

"Alhamdulillah, makin okay Kakrai"

Seketika keadaan menjadi senyap, kedua-duanya seperti mati kata.

"Err.." Firash garu kepala yang tidak gatal. Tidak tahu bagaimana mahu memulakan ayat.

"Kakrai dah dapat contact dia?" Tanya Firash perlahan. Dia tahu, gadis itu memutuskan untuk tidak berhubung dengan sesiapa sejak kejadian itu.

"Belum doktor, Kakrai pun risau sangat ni" ujar Raihana. Gadis itu tidak dapat dihubungi. Apabila Raihana atau Anis pergi kerumahnya, tiada siapa yang keluar walaupun keretanya elok terpakir di dalam garaj.

Firash yang mendengar melepaskan keluhan perlahan.

"Apa yang Dr Firash nak buat lepas ni?" Ya, itu yang Raihana perlu tahu. Itu tujuan dia menelefon jejaka itu. Dia mahu tahu apa perancangan jejaka itu selepas ini. Dia mahu tahu adakah jejaka itu mahu bertanggungjawab atau hanya mahu melepaskan tangan.

"Saya tak tahu Kakrai, saya buntu. Kakrai rasa apa patut saya buat? Saya nak bertanggungjawab atas kesalahan saya" Ya, dia perlukan nasihat Raihana. Dia buntu. Dalam hatinya dia memang ingin bertanggungjawab ke atas wanita itu walaupun perkahwinan tidak pernah ada dalam kamus hidupnya . Tapi akalnya dapat merasakan tidak mungkin wanita itu sudi menerima.

"Kakrai rasa, seeloknya Dr Firash kahwin dengan Maira. Kalau Maira mengandung macam mana?"

Bammm!!!!

Pertanyaan Raihana itu menyentak tangkal hati Firash. Hampir terlepas telefon bimbit di tangan. Sungguh, dia tidak terfikir sehingga ke situ. Kalau perkara itu berlaku, dia tidak boleh bayangkan kesakitan dan penderitaan yang akan dialami oleh wanita itu kelak.

"Abang.." panggil Dato Farid sekali lagi apabila melihat anak terunanya itu terus termenung.

Firash yang tersentak dengan panggilan itu perlahan-lahan mengangkat kepala. Kedua-dua tangannya digenggam erat.

"Abang akan bertanggungjawab.I will marry her."

Terus Datin Rohaya memeluk anaknya sekali lagi.

"Mama bangga dengan abang" ujar Datin Rohaya perlahan sambil mengusap belakang anak terunanya itu. Dia tahu anaknya tidak akan melepaskan tanggungjawab. Nasib gadis itu perlu dibela. Gadis itu tidak bersalah. Anaknya juga tidak bersalah. Mungkin ada hikmah di sebalik semua yang berlaku.

Firash yang masih dalam pelukan ibunya mengalihkan pandangan ke arah Dato Farid yang sudah tersenyum memandang ke arahnya.

"That's my son.."

CINTA TAK BERSYARAT (COMPLETED)Where stories live. Discover now