Bab 14

32.3K 1.1K 8
                                    

      Maira merenung hantaran yang sudah siap digubah oleh adiknya, Maisara. Dua minggu lepas, ibu bapa Firash ada datang ke rumahnya untuk masuk meminang. Pada mulanya, Encik Saiful dan Puan Norishah pelik dengan pinangan yang tiba-tiba itu. Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba anak dara mereka itu dipinang oleh keluarga yang bukan calang-calang orangnya. Yang lebih memeranjatkan mereka, Dato Farid dan Datin Rohaya meminta agar pernikahan itu dilakukan secepat mungkin kerana berkemungkinan anak mereka, Firash mungkin terpaksa berhijrah ke luar negara dalam tempoh yang belum diketahui.

Prasangka yang terbit di hati mereka terus terpadam apabila Maira sendiri menerima pinangan tersebut dan bersetuju untuk dinikahkan dalam tempoh yang singkat itu. Jadi mereka menyangkakan mungkin Maira sudah mengenali keluarga itu. Melihatkan kesungguhan Dato Farid dan Datin Rohaya akhirnya Encik Saiful dan Puan Norishah mengalah dan bersetuju untuk mereka dinikahkan selepas dua minggu dari tarikh pinangan itu. Segala dokumen, bayaran, perbelanjaan semua diuruskan oleh pihak lelaki.

Maira melepaskan keluhan kecil. Dan esok, masanya akan tiba. Dia hanya memohon cuti lima hari sahaja bagi membantu ibunya melakukan persiapan. Itupun akak-akak di klinik dah bising kerana cuti kahwin hanya lima hari sahaja. Tapi Maira hanya berdalih mengatakan semasa dia cuti sakit dua minggu sebelum itu sudah banyak persiapan telah disiapkan.

Soal cuti sakit dua minggu haritu pun akak-akak di klinik tu dah kecoh. Sibuk bertanya itu ini. Nasib baik kak Raihana pandai berdalih mengatakan Maira MC kerana lututnya sakit.

Bagi Mairapula sudah cukup cuti lima hari. Lagipun tak banyak persiapan yang perlu dilakukan kerana mereka hanya melangsungkan majlis akad nikah yang melibatkan saudara mara sahaja.

"Eh, Kak Fea.. mengeluh pulak dia. Orang kalau nak kahwin ni, muka kena happy-happy tau.." teguran Maisara itu membuatkan Maira tersedar dari lamunan.

"Mana ada mengeluh. Kak Fea nervous je la" dalih Maira. Ya, memang keluarganya tidak tahu apa-apa. Maira awal-awal lagi meminta supaya Dr Firash merahsiakanperistiwa hitam itu daripada pengetahuan keluarganya. Kerana itu kedua ibu bapa Firash terpaksa mereka alasan lain untuk mempercepatkan pernikahan mereka itu.

"Tapi kan, Sara tengok baik betul bakal mertua Kak Fea tu. Tak sombong. Biasanya kalau Dato Datin ni, mesti sombong. Bertuah betul Kak Fea dapat family mertua baik macam tu.." Maira hanya tersenyum tawar. Malas mahu komen lebhi-lebih. Lagipun dia belum pernah berjumpa dengan bakal mertuanya itu. Kalaulah Maisara tahu, mesti adiknya itu pelik. Mana tidaknya, esok dah nak kahwin tapi tak pernah jumpa bakal mertua.

"Tak sangka kan, akhirnya Kak Fea kahwin jugak. Dari haritu lagi Sara dengan Syaqif tertanya-tanya, siapa la agaknya yang dapat tawan hati Kak Fea ni. Rupanya nak tunggu doktor handsome ala-ala model tu rupanya.." usik Maisara lagi. Maira yang mendengar hanya mencebik.

"Handsome apanya, Sara. Kak Fea tengok biasa je. Eh, tapi bila pulak Sara tengok dia ni? "

" Eh,takda biasa-biasa.. yang ini memang handsome betul. Hehe. Sara tengok waktu abang Firash hantar barang hantaran kelmarin". Maira mengerutkan dahi. Bila masa pula lelaki itu datang? Rajin betul nak datang jauh-jauh macam ni.

Maisara yang melihat dahi kakaknya yang sudah berkerut itu hanya ketawa kecil. Mesti kakaknya itu pelik kenapa bakal suaminya tidak berjumpa dengan bakal isteri sendiri.

"Abang Firash dengan family bakal mertua Kak Fea kan dah ada dekat sini dari kelmarin. Waktu Abang Firash hantar haritu, Kak Fea tengah sibuk tolong ibu dekat dapur. Sara nak panggilkan akak tapi Abang Firash tak bagi. Dia cakap takut nanti tak naik seri". Ujar Maisara smbil tersengih. Lucu pula teringatkan kata-kata bakal abang iparnya itu.

"Ooo" hanya itu sahaja balasan dari Maira. Takut kantoi yang dia tidak tahu apa-apa tentang keberadaan keluarga lelaki itu. Sememangnya dia tidak pernah berhubung dengan Firash selepas daripada peristiwa di Taman Tasik itu tempoh hari. Kak Raihanalah yang banyak memainkan peranan sebagai orang tengah sehinggalah sedar tak sedar esok merupakan hari pernikahan mereka.

***************************************

"Fea .." Maira yang sedang melihat jarinya yang sudah diinai mengangkat wajah memandang ke arah ibunya.

"Ye, bu " senyuman kecil dihadiahkan buat ibunya itu. Puan Norishah sudah melabuhkan punggung disebelah Maira di birai katil. Rambut anak daranya itu diusap perlahan.

"Maira happy dengan perkahwinan ni?" Soalantiba-tiba daripada ibunya itu menyentak tangkai hati Maira.

"Eh, kenapa ibu tanya macam tu?" Dahi Maira sudah berkerut. Adakah Ibunya dapat menangkap sesuatu?

"Takdelah, ibu saja tanya. Ibu nak anak ibu ni happy walau apa pun keputusan yang Fea buat.." balas Puan Norishah lagi. Wajah ayu itu ditatap penuh kasih.

"Lagipun, ibu tahu Fea dah fikir masak-masak kan sebelum buat keputusan ni..ibu yakin mesti Firash tu mampu jaga anak ibu ni sebab tu Fea pilih dia kan untuk jadi suami Fea?" Sambung Puan Norishah lagi.

Maira yang mendengar hanya tersenyum menutup rasa di dada. Segera ibunya ditarik ke dalam pelukan. Kalaulah ibu tahu sebab mereka berkahwin mesti ibu kecewa.

"InsyaAllah,bu .. ibu doakan Fea ye"

"Ibu ni sentiasa doakan anak-anak ibu. Tak pernah ibu lupa doa. Tapi satu ibu nak pesan. Lepas Fea dah jadi isteri orang nanti, kehidupan Fea dah tak sama macam dulu tau. Suami mesti jadi keutamaan. Apa-apa mesti dahulukan suami dulu. Minta izin suami kalau nak kemana-mana, kalau nak buat apa-apa. Kalau suami tak reda, Allah pun tak reda" sambung Puan Norishah lagi.

Maira yang mendengar hanya menelan liur yang terasa pahit.

***************************************

"Abang, abang taknak angkat ke call tu? Dari tadi dah berbunyi" tegur Farisha. Berapa kali dah telefon itu berdering tapi abangnya itu hanya termenung jauh. Orang nak kahwin patut muka happy, ni muka dah macam kucing hilang anak.

Firash yang mendengar terus tersentak. Segera telefonnya dicapai. Apabila melihat nama Syakira tertera di skrin, ikon hijau itu ditolak.

"Hello assalam.."

"Firash! Finally, you angkat pun call i" belum sempat Firash menghabiskan salam, terus suara itu memotong dengan nada yang tinggi.

"Aikk you ni dah kenapa ni terjeri- jerit ni?" Balas Firash sambil ketawa kecil.

"You tu lah.. Dah lama tak contact i..i call susah betul nak angkat. Dekat hospital pun susah betul nak nampak..". Ujar Syakira dengan nada berjauh hati. Sudah beberapa minggu dia cuba menghubungi lelaki itu tapi tidak pernah berjaya. Lelaki itu pula seolah-olah sukar dijejak.

"I busy sikit la lately ni" balas Firash sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

"Kalau busy pun takkanlah nak contact i pun tak boleh?" Firash yang mendengar sudah menghamburkan nafas panjang. Dah kenapa pulak kawannya yang sorang ni. Soalan mengalahkan Firash tu kekasih hatinya pulak.

"Ni you kat mana ni?" Soal Syakira lagi apabila Firash hanya diam tidak menjawab soalannya.

"Johor" pendek sahaja jawapan yang diberi oleh Firash.

"Hah, Johor? You buat apa pulak kat sana?".

"Kahwin"

"Firash!!! You jangan main-main boleh tak?" Firash menjauhkan sedikit telefon dari telinganya mendengarkan jeritan wanita itu.

"Laa.. kalau betul-betul pun apa salahnya.. I bukannya suami orang" Firash menjawab dengan tawa perlahan.

"Firash! I tak suka la you main-main macam ni!" Nada wanita di talian masih lagi tinggi.

Firash sudah mengerutkan dahi. Dah kenapa pulak dengan dia ni?

"Bila you balik sini?" soal Syakira apabila tiada sahutan dari Firash.

"Not sure. Maybedua tiga hari lagi"

"Oo okay.. See you soon. Miss you" Syakira segera memutuskan talian. Dada terasa hendak pecah apabila menuturkan dua perkataan itu. Mana pernah dia meluahkan rasa rindu atau sayang pada lelaki itu. Tapi kali ini dia nekad. Dia akan mengikat lelaki itu dengan perhubungan. Tidak mahu lagi berada dalam keadaan yang tidak pasti seperti sebelum ini.

Firash meletakkan telefon bimbitnya ke atas meja setelah gadis itu memutuskan talian . Dia meraup muka sambil keluhan berat dilepaskan.

'Bala apa pulak ni..'

CINTA TAK BERSYARAT (COMPLETED)Where stories live. Discover now