Bab 28

42.7K 1.5K 157
                                    

Dr Ahmad Firash
Assalamualaikum
Nak makan apa lunch ni?

SN Maira Sofea
Waalaikumussalam
Doktor nak orderkan grab lagi ke?

Dr Ahmad Firash
Taklah. Kejap lagi aku balik.

SN Maira Sofea
Eh, tak payah la doktor.
Pandai-pandai la saya masak atau order grab sendiri.

Dr Ahmad Firash
Nak makan apa staff nurse?
Cepatt..

SN Maira Sofea
Takpeee Dr Firash..

Dr Ahmad Firash
On the way
Cepatt!

SN Maira Sofea
Nasi goreng USA
Tapi..
Nak yang dari Restoran Selera Anita..
Boleh ke?

Dr Ahmad Firash
Okay

Maira kembali meletakkan telefon di atas meja. Siapa suruh lelaki itu tanya. Kalau ikutkan, dia hanya mahu menggoreng nasi sahaja. Malas mahu masak beria..

Tapi itulah, setiap kali lelaki itu bertanya, mesti tekak terus nakkan sesuatu. Tadi pun sama, automatik teringat nasi goreng USA semasa dia makan bersama Fiffy tempoh hari.

Pagi tadi pun terkejut juga Maira apabila adik grab menelefon nombornya mengatakan makanan sudah disangkut di pagar. Rupanya lelaki itu dah orderkan sarapan untuk Maira melalui grab. Kenyang dia makan Nasi Lemak pagi tadi. Biasanya roti sahaja dua keping berserta secawan air milo.

Maira melepaskan keluhan perlahan.Pelik dengan perangai lelaki sorang tu. Tiba-tiba je jadi terlebih caring.

***************************************
                 "Bro, lunch hour ni aku balik rumah jap" ujar Firash kepada Aliff selepas mereka selesai melakukan round di Wad 8A itu. Pesakit penuh, full house! Jadi ward round dari mula masuk kerja sampai sekarang, dah nak masuk lunch hour baru habis tengok semua pesakit. Perut pun dah berbunyi mintak diisi.

"Aikk.. sejak bila pulak kau balik rumah time lunch hour ni?" Aliff sudah memandang pelik. Berkerut dahinya memandang lelaki yang sudah bersiap-siap untuk keluar dari wad itu. Aliff turut mengiringi langkah Firash. Dia pun mahu turun ke kafe. Mahu mencari makan tengah hari.

"Sejak ada orang tunggu aku untuk makan sekali dekat rumah" jawab Firash selamba. Aliff semakin pelik.

"Mama kau ada kat rumah ke?"

Firash menggeleng.

"Habis tu Farisha?"

"Takla.."

"Habis tu, siapa.. nak kata bini, bini pun takde" ujar Aliff sambil ketawa. Lambat lagi kawan dia yang seorang ni nak beristeri. Bukannya dia tak kenal si Firash ni. Bila cakap soal kahwin je, panjang lebar la nanti hujah lelaki itu tentang komitmen, tanggungjawab, fokus bla bla bla.. sampai tiada siapa dah antara rakan-rakan mereka mahu bertanya tentang soal itu kepada Firash lagi.

"Siapa kata takde?" Firash berpaling memandang Aliff dengan wajah tidak beriak.

Aliff sudah ketawa besar di dalam lif itu.

"Aku berani kerat jari kalau Ahmad Firash Dato Farid ni ada isteri"

Firash hanya menggeleng perlahan sambil tersenyum nipis.

"Okaylah aku gerak dulu" Laju langkah Firash dihayun keluar dari lif itu. Baru beberapa langkah, Firash berpaling semula memandang ke arah Aliff.

"Makan puas-puas pakai jari harini. Takut esok lusa jari kena kerat!" Laung Firash bersama senyuman sinis.

CINTA TAK BERSYARAT (COMPLETED)Where stories live. Discover now