Bab 10

37.1K 1.1K 15
                                    

            "KakRai, macam lama sangat je Maira ni. Kita dah siap makan dah pun tapi dia tak balik-balik lagi. Risau pulak Anis". Ujar Anis sambil membasuh tangan. Risau pula dia.Perut mereka sudah kenyang tapi kelibat Maira masih belum kelihatan. Raihana yang turut merasa risau segera bangun dari duduknya.

" Jomlah Anis kita pergi tengok. Buatnya pengsan ke apa si Maira tu" ajak Raihana. Dia segera menarik tangan Anis sebelum melangkah keluar dari bilik rehat itu.

"KakRai ada master key klinik kan?" Raihana hanya mengangguk mendengar pertanyaan Anis. Sememangnya dia yang dipertanggungjawabkan untuk memegang master key yang boleh membuka semua pintu di klinik itu. Terus Raihana menyeluk poket uniformnya untuk mengeluarkan master key itu namun tangannya terhenti apabila terpegang sepapan ubat PCM.

" Eh, akak lupa bagi PCM dekat Dr Firash tadi. Kesian dia. Mesti dia duk tunggu-tunggu PCM ni". Ujar Raihana perlahan sambil menunjukkan sepapan PCM itu kepada Anis. Anis yang melihat terus mengerutkan dahi. Habis tadi ubat apa yang dia hulurkan kepada Dr Firash?

"Aikk..tadi depan mata Anis Dr Firash makan ubat yang Kak Rai letak atas meja"

"Eh yeke? Akak takde bagi lagi. Orang lain kot yang bagi"

Sampai sahaja di tandas staff, Raihana dan Anis segera mengetuk pintu berwarna putih itu. Apabila tiada jawapan dari dalam, terus pintu itu ditolak oleh Anis. Tiada orang. Anis sudah memandang Raihana.

"Mana pula Maira ni KakRai?"

Jeritan seseorang yang sayup-sayup kedengaran dari bilik rawatan berhampiran tandas itu membuatkan Anis dan Raihana saling berpandangan. Penuh hati-hati mereka melangkahkan kaki ke arah bilik itu.

***************************************
       Esakan kecil yang keluar dari mulut wanita itu menyedarkan Firash kembali. Segera dia bangun dari menindih wanita itu. Terus dia memegang kepalanya yang sudah terasa hendak pecah. Dia tidak tahu apa yang sudah berlaku. Dia tidak sedar.

Maira yang sedang teresak-esak kecil terus menggagahkan diri untuk bangun apabila tubuhnya tidak lagi ditindih oleh lelaki itu. Perlahan sahaja perlakuannya itu takut menyedarkan lelaki yang sedang menunduk sambil memegang kepala di sebelahnya. L angkah yang cuba diatur terus terhenti apabila kesakitan yang amat sangat dirasakan di bahagian bawah abdomennya ketika itu. Berkerut terus dahinya menahan sakit. Namun Maira tetap melangkah walaupun perlahan. Kudratnya sudah tiada.

Segera dia mengutip baju dan seluar uniformnya yang telah bersepah di atas lantai bilik rawatan itu. Disarungkan satu persatu ke tubuhnya. Melihatkan kesan-kesan lebam yang penuh di satu badannya membuarkan air matanya mengalir deras. Perlahan-lahan dia mengatur langkah menuju ke pintu bilik itu. Dia sudah tidak sanggup berada dalam bilik itu. Dia jijik dengan lelaki itu. Dia jijik dengan tubuhnya sendiri yang sudah diratah oleh lelaki itu sebentar tadi. Namun kesakitan yang dialaminya membuatkan Maira terduduk kembali di atas lantai. Tangan segera menekup mulutnya sendiri bagi menghalang esakannya kedengaran oleh lelaki itu. Maira takut, takut sekiranya lelaki itu sedar dan menggila semula seperti tadi.

Firash segera mengangkat wajahnya apabila terdengar sesuatu terjatuh di atas lantai. Segera dia menebarkan pandangannya ke sekeliling bilik rawatan itu. Dia mengerutkan dahi apabila melihat seorang jururawat sedang terduduk membelakanginya. Melihatkan bahu gadis itu sudah terhenjut-henjut, dia pasti gadis itu sedang menangis di atas lantai di hadapan pintu biliknya itu. Tapi mengapa? Terbuntang mata Firash apabila melihat keadaan dirinya yang tidak ditutupi walau seurat benang itu. Segera dia mencapai baju dan seluarnya sebelum dia menyarungnya dengan pantas. Perbuatannya terus terhenti apabila melihatkan tompokan cecair berwarna merah di atas cadar yang mengalas stretcher yang ditempatkan di dalam bilik rawatan itu.

CINTA TAK BERSYARAT (COMPLETED)Where stories live. Discover now