Bab 33

42.4K 1.3K 35
                                    

           "Firash pergi dulu ibu, abah" Firash meminta diri. Hari ini dia oncall. Jadi memandangkan hari ini hari cuti umum, dia perlu pergi awal ke wad kerana dia yang perlu melakukan round di kesemua wad medikal di hospital itu.

"Eh tak makan dulu ke Firash?" Tanya Puan Norishah. Ketika itu dia sedang menggoreng nasi untuk sarapan pagi mereka sekeluarga. Bukan Maira tidak menghalang, tapi dia kesiankan anaknya yang sudah sarat itu.

"Tak sempat dah ibu. Firash pergi dulu ye. Assalamualaikum" Maira yang sedang menyusun pinggan di meja makan hanya memandang sahaja lelaki itu melangkah pergi ke arah pintu . Melihatkan reaksi Maira itu, Puan Norishah segera menjegilkan mata.

"Ya Allah, budak bertuah ni. Suami nak pergi kerja tu!" Maira yang mendengar mengerutkan dahi.

"Habis tu? Maira nak kena buat apa?" Tanya Maira pelik. Hari-hari lelaki itu pergi kerja. Apa yang peliknya hari ini?

"Pergi la salam suami tu! Baru dapat berkat. Selama ni kamu tak salam ke suami kamu setiap kali pergi kerja, Fea?" Puan Norishah sudah bercekak pinggang. Biar betul anak perempuannya ini.

Maira bingkas berdiri.

"Eh, mestilah salam ibu. Takkan tak salam. Harini je terlupa..sebab ada ibu kan. Jadinya Fea tak fokus" laju je mulut itu memberi alasan. Langkah diatur ke arah Firash yang sedang memakai kasut di hadapan pintu.

"Abang.." panggil Maira perlahan. Tahu dirinya sedang diperhati oleh Tuanku Permaisuri dari dapur.

Firash berpaling. Dia mengerutkan dahi.

Tangan segera dihulur oleh Maira. Firash menyambut huluran itu walaupun dalam hati berasa pelik. Bertambah pelik apabila Maira memberi isyarat untuk menunduk sedikit. Namun Firash hanya menurut. Ditundukkan sedikit badannya ke arah wanita itu.

Maira segera mengucup laju kedua-dua belah pipi lelaki itu. Mestilah kena ikut SOP yang ditetapkan ini kalau dah si penggubal SOP pun dah perhati dari jauh. Firash hanya menarik senyum apabila Maira memberi isyarat mata menunjukkan Puan Norishah sedang memerhati. Tanpa banyak tanya, dahi wanita itu dikucup perlahan. Melengkapkan SOP.

"Duduk rumah elok-elok" pesan Firash dengan senyuman. Terhibur dia dengan gelagat Maira pagi itu.

Maira dah terkedu. Dia ni berlakon ke betul-betul?

Maira hanya mengangguk. Terus berpusing mencari kelibat ibu. Ibu sudah tersenyum memandangnya dari dapur. Alahai ibu, ibu tak tahu agaknya anak dia ni pelakon wanita terbaik. Dah dua hari dah ibu, anak ibu ni berlakon. Buat-buat tidur depan suami sendiri.. Pagi tadi pun sama. Tak salahkan, bu?

***************************************

SN Maira Sofea
Doktor..
Ibu tanya..
Doktor balik lunch tak?

Maira mengeluh perlahan memandang ke arah telefon bimbitnya. Tiada balasan daripada lelaki itu. Sudah tiga puluh minit dia menghantar whatsapp itu. Biasanya kalau lelaki itu oncall, pasti dia akan pulang makan tengah hari selepas membeli makanan yang diingini Maira. Paling tidak pun, lelaki itu akan orderkan grabfood untuk Maira sekiranya dia tidak dapat pulang makan tengah hari. Tapi hari ini, daripada pagi lelaki itu tidak menghubunginya. Membaca whatsapp pun tidak. Dah la dia main petik je nama ibu.

"Firash balik lunch tak, Fea?" Tanya Puan Norishah. Dia sedang memasak lauk kegemaran Maira, asam pedas ikan pari. Memang tujuan dia datang ke Subang ini  untuk memanjakan Maira dengan makanan kegemarannya. Sewaktu Maisara mengandung dulu pun, Puan Norishah melayannya begitu.

"Tak tahu la ibu" jawab Maira perlahan. Puan Norishah mengerutkan dahi melihat ke arah Maira yang sedang menyiang sayur itu. Nada anaknya itu berbunyi hampa. Muka pun masam je.

CINTA TAK BERSYARAT (COMPLETED)Where stories live. Discover now