Bab 21

35.1K 1.1K 21
                                    

             Firash melepaskan keluhan kecil. Perlahan-lahan telefon di tangan diletakkan di atas mejanya. Dahinya dipicit perlahan. Kepalanya sudah pening dengan perangai Syakira sekarang.

Sejak Firash sudah mula berkerja di wad medikal lelaki ini, semakin kerap pula wanita itu datang ke wadnya. Kadang ingin pergi makan bersama. Kadang ingin keluar bersama selepas habis berkerja. Baru ini pun wanita itu meminta Firash menghantarnya ke airport sedangkan selama ini wanita itu akan meminta tolong teman serumahnya.

Firash sudah pening. Selama ini wanita itu tidak begitu. Tapi sekarang sudah semakin menjadi-jadi. Kadang-kadang Firash menolak juga. Cuma kadang-kadang kesian juga dengan wanita itu. Maklumlah wanita itu duduk jauh dari keluarga. Keluarganya menetap nun jauh di Sabah. Jadi kadang kala bila wanita itu meminta tolong, tidak sampai hati pula untuk menolak. Lagipun mereka sudah lama berkawan. Dari zaman belajar lagi. Tapi sekarang ini wanita itu membuatkan dia rimas. Dah mengalahkan isteri dia pula. Sedangkan mereka hanya berkawan.

Cakap mengenai isteri, Firash terus terbayangkan wanita yang sudah bergelar isterinya itu. Hubungan dia dengan Maira tiada apa-apa perubahan. Sama sahaja. Sedar tak sedar sudah hampir dua bulan usia perkahwinan mereka. Sudah sebulan dia berkerja di Wad 8A itu. Sepanjang tempoh itu, tidak pernah sekalipun dia bertemu muka dengan wanita yang sudah bergelar isterinya itu itu. Berhubung pun tidak pernah. Mereka seperti orng asing yang tidak ada apa-apa hubungan. Tapi bagi Firash, mungkin itu yang terbaik bagi mereka berdua. Lagipun lagi tiga bulan hubungan ini akan berakhir. Jadi tidak perlu pun mereka berhubung jika tiada keperluan.

Selepas tiga bulan mereka akan bebas dari hunbungan perkahwinan yang dibina atas dasar tanggungjawab ini . Tapi itulah. Nak kena fikir apa pula jawapan hendak diberikan kepada mama dan papa nanti. Haritu dia pulang tanpa Maira pun mama dah bising. Naik buntu Firash memberi alasan. Akhirnya dia memberi alasan Maira sedang berkursus. Selepas pada peristiwa itu, Firash sudah jarang balik ke Selayang. Bimbang mamanya dapat menghidu tentang dia dan Maira.

"Jom lunch..i dah lapar ni" Syakira yang muncul di pintu bilik itu menghentikan lamunan Firash. Dia hanya bangun tanpa sebarang suara. Mengiringi langkah Syakira ke kafeteria.

"Firash, kenapa you tak reply wasap i semalam?" Syakira berpaling memandang wajah yang tiada perasaan sebelahnya. Wajah yang semakin hari semakin membuat hati wanitanya rindu. Langkah diatur masuk kedalam lift.

"I dah tidur semalam" balas Firash malas. Tangannya menekan butang lif. Syakira yang mendengar sudah mengerutkan dahi.

"Dah tidur? Hello.. baru pukul 8.45 tau masa tu.. Takkanlah awal sangat you tidur".

"Laa..Mata i kan. Lagipun I dah mengantuk time tu. I tidurlah. Takkan i nak tahan mata pulak" balas Firash lagi. Kan dia dah cakap, wanita ini semakin pelik. Padahal dulu mereka bukanlah bermesej setiap hari. Sekarang boleh dikatakan tiap-tiap hari wanita itu akan menghubunginya. Kadang-kadang Firash hanya mengabaikan sahaja.

" Oo okay" perlahan sahaja Syakira menjawab.Malas menghilangkan mood lelaki itu. Kaki sudah melangkah masuk ke dalam kafeteria.

***************************************

Maira yang sedang memilih lauk untuk dibungkus tersentak apabila bahunya ditepuk dari belakang. Perlahan-lahan dia berpaling.

"Hi Staff nurse!" Suara ceria doktor wanita tinggi lampai itu membuatkan Maira tersenyum nipis.

"Hi Doktor Syakira, seorang je ke?" Tanya Maira. Sekadar berbasa basi.

"Eh, taklah. Dengan tu.." mulutnya dimuncungkan. Menunjuk ke arah lelaki yang sedang mengisi nasi itu.

"Oo dengan cik abang rupanya" Maira tersenyum lagi.

Anis dan Raihana yang mendengar perbualan itu mengerutkan dahi. Bingung dengan reaksi Maira. Tak cemburukah dia?

CINTA TAK BERSYARAT (COMPLETED)Where stories live. Discover now