Bab 19

34K 1.5K 21
                                    

"Maira jangan salah faham ye dengan Isha. Dia memang tak tahu apa-apa" ujar Datin Rohaya. Tangan menantunya itu ditepuk perlahan.

"Eh, takpelah mama. Maira tak kisah pun" Maira tersenyum. Tangannya membalas pegangan ibu mertuanya itu.

Datin Rohaya hanya membalas senyuman Maira. Lega hati tuanya. Risau juga jika menantunya itu terasa hati.

Ketika itu hanya mereka berdua berada di ruang tamu selepas makan malam. Farisha sudah hilang. Awal-awal lagi sudah minta diri masuk ke bilik. Firash dan suaminya pula berada di bilik kerja suaminya itu. Membincangkan hal-hal yang hanya mahu dibincang oleh mereka berdua.

"Firash layan Maira okay?"

Maira hanya tersenyum sambil mengangguk. Takkan nak kutuk anak depan mak. Tak gitu?

"Alhamdulillah. Risau mama. Firash tu kadang-kadang susah nak jangka".

"Maksud mama?" Maira sudah mengerutkan dahi.

"Iya lah..Maira pun tahu kan, dia dengan muka batu dia tu tak boleh nak dipisahkan. Mama pun kadang-kadang tak boleh nak agak apa yang ada dalam fikiran dia tu" ujar Datin Rohaya lagi.

Haa.. yang ni betul. Tepat sekali. Mamat muka batu!

"Tapi mama bangga dengan dia, dia tak lari daripada tanggungjawab. Dia tak lepas tangan dengan apa yang dia dah buat pada Maira" sambung Datin Rohaya lagi apabila melihat Maira hanya mendiamkan diri. Kepala menantunya yang bertudung itu diusap.

"Sebenarnya dari tadi mama nak tanya, kenapa Maira pakai tudung? Dalam rumah ni bukan ada sesiapa pun. Cuma papa dengan Firash je. Maids semua perempuan" tanya Datin Rohaya. Dahinya sudah berkerut.

Maira sudah menelan air liur perlahan. Nak jawab apa ni? Dia memang tak buka tudungnya di hadapan Firash sejak mereka berkahwin. Di rumah ibu bolehlah dia memberi alasan kerana keberadaan suami Maisara, Irfan. Di rumah ni, Farisha masih belum berkahwin.

"Err.. tadi masa nak masuk rumah, bukan ke ada pembantu mama yang lelaki tu? Maira pakai tudung takut-takut dia ada masuk dalam rumah ni". Jawab Maira kalut. Nasib baik dia teringatkan lelaki yang mengambil huluran luggage daripada Firash tadi.

"Oo.. Mail ke? Kamu jangan risau. Mail tu driver kat rumah ni. Tapi papa memang awal-awal tak bagi pembantu-pembantu lelaki masuk dalam rumah ni kalau tak ada keperluan sebab ada mama dan Isha dalam rumah ni" jawab Datin Rohaya. Matanya mengerling Firash yang baru keluar dari bilik kerja suaminya itu. Muka anak terunanya itu seolah-olah tidak berpuas hati. Laju sahaja langkah lelaki itu menaiki tangga ke tingkat atas. Tidak mempedulikan dua orang wanita yang sedang memerhatikannya.

Maira yang turut memerhatikan lelaki itu sudah mengerutkan dahi.

'Kenapa pulak tu? Takkan gaduh dengan papa kot?'

Segera Maira berpaling memandang ke arah Datin Rohaya apabila mendengar keluhan kecil yang keluar dari mulut wanita itu.

"Biasalah tu Maira. Dua beranak tu memang macam tu. Kalau dah masuk dalam bilik tu, tak pernahnya nak keluar muka manis-manis. Mesti salah sorang muka tak puas hati. Tak pun dua-dua muka masam je.. Tapi jangan risau sekejap je tu. Esok okaylah diorang berdua tu. Macam takde apa-apa jadi"

" Kenapa tu mama? Ada masalah besar ke?" Tanya Maira lagi. Cuba mengorek rahsia. Pelik juga dia melihat wajah mamat muka batu tu jadi masam mencuka sampai macam tu sekali.

"Tak ada yang serious pun. Nanti kamu tanya la suami kamu tu" Maira hanya mengangguk. Nampaknya sampai ke sudah la dia tidak akan tahu. Nak tanya lelaki itu? Memang tak la.

"Dah la.. pergi la masuk bilik tu. Sejukkan hati Firash tu. Mama nak sejukkan hati suami mama jugak" Datin Rohaya ketawa kecil. Sudah membayangkan wajah suaminya yang masam mencuka.

CINTA TAK BERSYARAT (COMPLETED)Where stories live. Discover now