Bab 17

34.1K 1.1K 9
                                    

          Laungan azan subuh dari masjid berhampiran menyedarkan Maira dari lenanya. Sudah lama rasanya tidurnya tidak selena ini. Mana tidaknya, sejak peristiwa sebulan yang lepas, tiap-tiap malam dia akan terjaga dalam keadaan menangis. Tapi tidak malam semalam. Tidurnya sangat lena. Sekalipun dia tidak terjaga.

Maira kembali mengemaskan pelukan pada bantal peluknya dengan senyuman. Ingin menikmati momenmomen ini sebelum dia bangkit untuk solat subuh. Dahi Maira sudah berkerut apabila dirasakan bantal peluknya itu kerasnya lain macam. Tangannya yang kemas memeluk bantal itu dari tadi perlahan lahan dileraikan. Tangannya sudah merayap di permukaan bantal itu.Ditepuk -tepuk.

'Kenapa macam sesuatu je?' detik hati Maira. Apabila merasakan 'bantal peluknya' itu bergerak mengiring ke arahnya, serta merta Maira kaku. Barulah sel-sel otaknya kini sudah berhubung.

Tangan yang tiba-tiba naik memeluk tubuhnya itu segera dipukul kuat. Maira menolak tubuh itu sekuat-kuatnya. Dia sudah menangis teresak-esak. Tidak menyangka lelaki itu akan mengambil kesempatan ke atasnya lagi.

Firash yang terkejut dengan tolakan itu terjaga. Terpisat-pisat matanya apabila tidurnya terganggu. Dia sedang cuba menghadam apa yang berlaku. Mendengarkan tangisan perlahan Maira itu serta merta Firash bangun dari baringan. Segera dia merapati Maira yang sedang menangis tersedu-sedu di hujung katil.

"Err.. staff nurse, sorry aku tak sengaja"

Maira hanya memandang ke arah lelaki itu. Diam. Lutut yang dirapatkan ke dada itu dipeluk kemas.

"Aku mintak maaf. Aku takde niat.. Semalam kau..." Firash menghentikan ayat apabila wanita itu mengangkat kepala.

"Dr Firash tak ambil kesempatan pada saya lagi kan?" Soal Maira perlahan. Lirih sahaja suaranya. Matanya mencari anak mata lelaki itu dalam kesamaran cahaya.

"Sumpah..tak staff nurse.." tangan diangkat seperti mengangkat sumpah. Ingin meyakinkan wanita itu.

"Aku tak bodoh nak ulang kesilapan yang sama walaupun haritu aku dalam keadaan tak sedar..Kau pun tahu kan?" perlahan sahaja Firash menuturkan ayat.

Maira diam. Dia tahu kenyataan itu. Dia tahu lelaki itu di bawah pengaruh ubat semasa peristiwa hitam itu terjadi. Perlahan-lahan tangan naik mengesat air mata yang mengalir.

"Doktor janji kan, nak ceraikan saya lepas lima bulan?"

Diam. Lama Firash merenung wanita itu. Perlahan-lahan dia mengangguk.

"Aku janji, aku akan lepaskan kau kalau kau tak mengandung.. Sebab aku tahu, kita pun tak akan bahagia dalam hubungan tanpa cinta macam ni" sambung Firash lagi. Segera dia berlalu dari situ. Langkah dihayun ke bilik air. Ingin membersihkan diri sebelum solat Subuh.

Maira hanya termangu di atas katil. Air matanya sudah kering. Dia hanya memerhatikan sahaja susuk tubuh itu hilang dari pandangan.

***************************************

"Kau nak jemaah sekali?" Maira yang baru siap membersihkan diri terkejut mendengarkan soalan dari lelaki yang sudah berdiri di ruang solat dalam biliknya itu. Lelaki itu sudah siap memakai songkok. Memandang ke arah Maira tanpa riak.

"Lepas ni tak merasa dah nak jadi makmum aku" sambung Firash lagi apabila wanita itu hanya diam.

Diam. Tiada jawapan dari wanita itu. Firash hanya mengangguk tanda faham. Wanita itu tidak sudi. Segera dia berpusing. Mengadap kiblat.

"Tunggu sekejap!" Terkocoh-kocoh Maira berlari. Telekungnya dicapai sebelum disarung laju ke tubuhnya. Laju langkah Maira dihayunkan mengambil tempat di belakang Firash.

CINTA TAK BERSYARAT (COMPLETED)Where stories live. Discover now