Bab 5

33.5K 1.2K 35
                                    

     Harini merupakan hari pertama Maira berkerja di tempat baru. Melihat signboard yang tertulis 'Klinik Pakar Perubatan' tu sahaja pun dah buat Maira ketar lutut. Habis segala doa dah dia baca. Berdebar betul apabila memikirkan nak kena sesuaikan diri dengan suasana baru pula nanti.

"Ya Allah, kau permudahkanlah segala urusanku kat tempat baru ni" gumam Maira perlahan sebelum mengetuk pintu bilik Ketua Jururawat yang menjaga Klinik Pakar Perubatan itu.

"Assalamualaikum sister." Ujar Maira sambil memberikan senyuman kepada susuk tubuh di dalam bilik tersebut.

"Waalaikumussalam. Staff nurse Maira kan? Masuk-masuk." Segera Ketua jururawat itu menggamit Maira masuk ke biliknya.

"Harini first day kat sini kan?" Maira hanya mengangguk sambil tersenyum.

"Saya Sister Maznah. Sister yang incaj jururawat di Klinik Pakar Perubatan ni. Staff yang berkerja di Klinik Pakar Perubatan semuanya bawah jagaan saya" sambung Sister Maznah lagi.

"So harini saya akan beri orientasi sikit la untuk Maira ya. Senang nanti at least Maira tak terkial-kial ."

"Dekat klinik ni sebenarnya ada banyak unit. Unit Kardiologi, Unit Gastrologi, Unit Diabetes dan Endokrin, dan last sekali Unit Hematologi. Setiap unit ada pakar dan MO yang menjaga. Dan setiap unit pula ada seorang jururawat yang akan incaj unit tersebut. Sebenarnya unit kaunseling yang Dr Hisham nak wujudkan ni berada di bawah Unit Diabetes dan Endokrin juga. Jadi awak akan berkerja dengan Staff Nurse Raihana.. Tapi Staff Nurse Raihana tak ada sijil dalam Pengurusan Diabetes. Jadinya, hanya awak je la yang akan ditugaskan untuk beri kaunseling pada pesakit." Maira yang mendengar menganggukkan kepala.

"Setakat ni kita baru ada empat unit sahaja di Klinik Pakar Perubatan ni. Untuk penyakit-penyakit yang bukan di bawah unit yang saya sebut tadi biasanya kita akan kumpulkan satu hari dalam seminggu untuk tengok."

"Dekat Klinik ni ada jadual untuk setiap unit. Contohnya, untuk Unit Kardiologi, mereka akan tengok pesakit mereka pada hari Isnin, Unit Gastrologi hari Selasa, Unit Hematologi hari Rabu. Dan untuk Unit Diabetes dan Endokrin hari Khamis. Untuk penyakit lain-lain kita akan tengok hari Jumaat. Semua pesakit yang datang ke Klinik Pakar ni semua pesakit luar yang dah ada temujanji" Maira mengangguk-angguk kepala lagi tanda faham.

"Untuk unit-unit lain ni saya tak sentuh sangat la ye Maira.. Kita fokus pada unit awak iaitu Unit Diabetes dan Endokrin. Biasanya semua pesakit yang ada masalah diabetes, masalah thyroid dan gangguan hormon akan diletakkan dibawah temujanji Unit Diabetes dan Endokrin ni." Sambung Sister Maznah lagi apabila melihat Maira fokus mendengar penerangannya.

" Tujuan Dr Hisham wujudkan unit kaunseling ni supaya setiap hari Isnin, Selasa dan Rabu awak boleh beri kaunseling kepada pesakit yang dirujuk untuk pendidikan diabetes. Hari Jumaat biasanya kita beri masa untuk buat reten2 ataupun kerja-kerja yang belum selesai untuk minggu tu. Setakat ni awak faham? Ada apa-apa soalan ke?" Tanya Sister Maznah.

"Err Sister.. Pakar dan MO yang menjaga unit-unit ni semua memang tetap ke atau ada rotation?" Segera Maira mengajukan soalan yang terlintas difikirannya..

"Oo lupa nak beritahu. Pakar yang menjaga memang tetap mengikut kepakaran mereka dalam bidang masing-masing.. Pakar yang menjaga Unit Diabetes dan Endokrin ini adalah Dr Chan Jung Hao " Mulut Maira sudah ternganga.

'Alahai kenapa la dapat pakar yang banyak songeh tu' detik hati Maira. Awal-awal lagi berita yang dia dengar dah buat dia rasa down.

"Kalau untuk MO pulak, biasanya diorang akan rotate setiap empat bulan sekali. Buat masa sekarang MO yang incaj unit awak tu Dr Syahir." Maira hanya mengangguk sambil tersenyum.

CINTA TAK BERSYARAT (COMPLETED)Where stories live. Discover now