Bab 29

47.1K 1.3K 56
                                    


          Maira mencapai kunci kereta yang tergantung di dinding. Hari ini dia sudah mula berkerja semula. Sudah seminggu hari dia berehat sahaja di rumah. Dia sudah jemu. Sepanjang tujuh hari ini jugalah Dr Firash akan orderkan sarapan pagi untuknya melalui grabfood. Lelaki itu juga akan pulang untuk makan tengah hari selepas membelikan makanan yang diinginkan oleh Maira. Aktiviti Maira sepanjang tujuh hari ini hanyalah tengok tv, makan, baca novel, tidur. Itu sahajalah aktiviti yang dia buat. Sebab itu, Maira sudah tidak sabar untuk masuk kerja hari ini. Sekurang-kurangnya dia berjumpa dengan orang lain selain Dr Firash.

Maira yang selesai mengunci pintu grill mengatur langkah ingin masuk ke dalam kereta. Namun langkahnya terhenti apabila terpandangkan Audi Rs7 milik Firash masih terparkir elok di depan pintu pagarnya. Jadi sudah sah-sah lah kereta Maira yang diparking dalam garaj itu tidak dapat keluar sekiranya lelaki itu tidak mengalihkan kereta.

Perlahan-lahan dia menapak ke arah kereta Firash. Cermin tingkap di sebelah penumpang diketuk perlahan.

"Doktor, cepatlah gerak..nanti saya lambat pulak" ujar Maira apabila cermin tingkap itu diturunkan.

"Macam mana aku nak gerak kalau kau tak masuk?" Tanya Firash selamba.

"Hah, masuk mana?" Maira dah tayang muka blurr.

" Masuk kereta aku la. Cepat . Nanti lambat pulak" Firash hanya memandang sekilas ke arah Maira sebelum dia kembali fokus kepada telefon bimbitnya. Biasanya MO yang oncall pada hari semalam akan update apa yang perlu diselesaikan pada hari ini.

"Ish, kenapa saya kena naik kereta doktor pulak? Cepatlah doktor. Jangan la nak bergurau macam ni. Saya takde masa la nak layan.." Maira dah bengang. Pagi-pagi lagi lelaki ini dah cari pasal pulak.

"Aku tak bergurau.. ada nampak aku tengah ketawa ke kat sini? Naik kereta aku. Lagipun kita nak pergi tempat yang sama kan?" Arah Firash lagi.

Maira dah mengetap gigi.

"Taknak. Saya taknak orang nampak saya naik dengan doktor. Nanti kecoh pulak. Cepat la doktor!" balas Maira lagi. Nada suara dah tinggi sedikit.

"Nanti aku drop la kau dulu dekat tempat thumbprint. Pastu baru aku pergi parking. Bukannya aku ajak kau jalan pimpin tangan dengan aku pun" Firash sudah memandang tepat ke arah Maira.

Maira pula hanya berpeluk tubuh. Wajah lelaki itu dijeling tajam.

"I dont mind if you want to stand there for hours, staff nurse.. but kau jugak yang akan lambat nanti. Better kau masuk dalam kereta aku ni and kita boleh gerak sekarang" ujar Firash mendatar.

Maira sudah mendecit perlahan. Sumpah, kalau tak disebabkan perut dia yang dah membesar itu, dah lama dia tendang kereta mewah di hadapannya. Biar mamat tu tahu erti penyesalan.

Lelaki itu dijeling sekali lagi sebelum Maira berpaling. Langkah diatur ke kereta Nissan Almeranya. Enjin kereta dimatikan. Beg kerjanya diambil.

Pagar rumah ditutup sebelum dia melangkah masuk ke dalam kereta Firash. Pintu kereta dihempas kuat. Padan muka! Biar lelaki itu menyesal sebab paksa Maira naik dengan dia.

Firash hanya memandnag sekilas wajah mencuka wanita itu sebelum kereta mula dipandu perlahan.

"Kalau kau naik dengan aku, at least kau tak payah jalan jauh dari tempat parking tu. Takdelah kaki asyik cramp je sebab jalan jauh-jauh" ujar Firash seolah memujuk walaupun tanpa nada sahaja dia menuturkan ayat itu.

Maira tidak membalas. Dia tidak memandang pun wajah lelaki itu. Wajahnya hanya dipalingkan ke arah tingkap. Dia sakit hati. Lelaki itu sengaja menyakitkan hati dia. Padahal dari dulu lagi dia minta agar Firash merahsiakan perkahwinan mereka. Tapi apa yang mereka sedang lakukan ini seolah-olah nak bagi tahu satu hospital tentang hubungan mereka berdua. Maira takut. Dia takut kalau orang lain tahu kisah sebenar yang berlaku.

CINTA TAK BERSYARAT (COMPLETED)Where stories live. Discover now