Bab 18

34.4K 1.2K 18
                                    

Maira yang memasuki perkarangan rumah agam itu sudah ternganga. Mak aihh, kaya betul family mertua dia ni. Melihat Firash yang sudah keluar dari Audi RS 7 nya, Maira juga ikut keluar dari Nissan Almeranya. Pertama kali lihat kereta lelaki ni tadi pun Maira dah terbuntang biji mata. Kerja doktor hospital government je. Tapi boleh pakai Audi? Tapi bila tengok pada rumah agam yang gah itu, Maira dah tak pelik. Family kaya-raya rupanya family mertua 'sementara' dia ni.

Firash yang melangkah mendekati keretanya dipandang pelik.

"Bukak bonet" pendek sahaja arahan yang diberi oleh lelaki tinggi lampai itu.

"Hah? Nak buat apa?" Maira dah mendongak memandang lelaki itu.

"Ambik luggage kau la. Takkan nak masukkan kau dalam bonet tu pulak" Maira sudah mengetap gigi. Perangai lelaki ni memang menguji kesabaran dia dari dulu. Tadi pun cakap nak gerak lepas asar, tup-tup pukul 3.00 dah ajak gerak.

Isu location rumah mertua dia ni pun boleh buat Maira sakit kepala .

Flashback

"Doktor, nak nombor phone.." perlahan sahaja Maira berbisik sambil menghulurkan telefon bimbitnya kepada lelaki itu.

"Apa dia?" Sedikit kuat Firash bertanya. Kurang dengar. Perempuan itu dah la pendek. Nak bisik-bisik pulak. Memang tak dengar la..

Segera Maira meletakkan jari dimulutnya. Memberi isyarat supaya Firash diam. Habis la kalau family dia tahu yang dia tiada nombor telefon suami sendiri. Tujuh hari tujuh malam kena ceramah dengan ibu nanti.

"Nak nombor phone, boleh?" Bisik Maira lagi setelah lelaki itu menunduk sedikit untuk mendengar. Ketika itu lelaki itu sedang membantu mengangkat luggage-luggage mereka untuk dimasukkan ke dalam bonet kereta.

"Nak ngurat aku ke apa tiba-tiba mintak phone number ni?" Firash mengangkat keningnya sebelah memandang Maira. Wanita itu sudah menjulingkan mata ke atas. Tayang muka annoying.

"Ish. Betul-betul la doktor. Saya nak suruh doktor share location rumah mama"

"Kenapa pulak nak kena share location?"
Maira sudah mendecit perlahan. Boleh sawan dia bercakap dengan tiang bendera ni.

"Kita kan nak pergi rumah mama. Saya mana pernah pergi rumah mama"..

"Kita kan nak pergi sekali" balas Firash pendek.

"Tapi kita kan naik kereta asing-asing.. Nanti kalau saya sesat macam..." Belum sempat Maira menghabiskan ayat, telefon bimbit di tangan tiba-tiba berbunyi. Nombor tak dikenali. Kepalanya diangkat. Memandang lelaki tinggi lampai itu.

Firash hanya menggoyangkan telefon bimbit di tangannya menandakan dia yang menelefon wanita itu.

"Tu nombor aku, save.. Senang kalau apa-apa" ujar Firash sambil berlalu meninggalkan Maira.

"Doktor!" Panggilan Maira yang seolah-olah berbisik itu menghentikan langkah Firash. Segera dia berpaling.

"Apa lagi?" Firash dah tunjuk muka batu.

"Location?"

"Tak payah. Aku follow kereta kau dari sini. Dekat sana nanti, kau follow aku. Senang.." segera lelaki itu berlalu menuju ke arah keluarga Maira yang sudah berkumpul untuk menghantar pasangan pengantin baru itu pulang. Belum sempat Maira nak tanya lebih-lebih.

End of flashback

"Ya Allah, kau berangan apa lagi tu, staff nurse? Aku suruh kau bukak bonet je pun.." suara garau Firash itu menghentikan lamunan Maira. Cepat-cepat tangan menekan alat kawalan jauh keretanya untuk membuka bonet.

CINTA TAK BERSYARAT (COMPLETED)Where stories live. Discover now