Bab 35

44.3K 1.4K 94
                                    

     "Eh Aliff, sorang je harini? Mana Firash?" Tanya Syakira. Matanya mencari-cari kelibat Firash di kafeteria itu.

"Firash kena cover clinic. Ganti Chen" jawab Aliff pendek. Matanya hanya memandang Syakira yang sudah menarik kerusi dihadapannya .

"Oo lama dah ke?" Syakira bertanya lagi.

"Dah dekat tiga minggu dah. Takkan you tak tahu? You kan follower tegar Firash tu" ujar Aliff. Sengaja memerli. Pelik juga wanita ini tidak tahu Firash berkerja di klinik.

"Eh, tu dulu. Sekarang kan dia dah kahwin. Takkan i nak kacau dia lagi" Syakira tersenyum pahit.

"Lagi pun, orang dah ada wife, mestilah nak berkepit je dengan wife dia. Takkan i nak sibuk-sibuk pulak" tambah Syakira lagi. Senyuman ditayangkan dibibirnya ketika ini.

"Eh, you tahu ke?" Aliff sudah membulatkan mata. Sangkanya Firash hanya memberitahu dia seorang sahaja. Tak sangka pula Firash turut memberitahu wanita di hadapannya itu.

"Mestilah i tahu. I dengan Firash tu dah berkawan lama dah, Aliff. Semua benda dia cerita kat i. Takde missed satu pun" jawab Syakira lagi. Bibir masih menayang senyuman. Cuba memancing Aliff.

"Maksud you, you tahu the whole story?" Aliff masih ragu-ragu.

"Yup.. His wife dah pregnant kan? Five to six months i guess" Syakira mengerutkan kening. Berpura-pura mengingatkan usia kandungan isteri Firash. Padahal dia hanya meneka berdasarkan cerita Zetty yang terserempak dengan Firash dan seorang wanita di pusat membeli belah baru-baru ini.

"Haah.. kesian sebenarnya dekat staff nurse tu kan?" Aliff sudah masuk perangkap.

'What? Staff nurse?!' Syakira sudah tersenyum sinis namun cepat-cepat disembunyikan senyuman itu.

"Itulah kesian.. tapi nak buat macam mana kan?" Syakira melepaskan keluhan. Berpura-pura simpati walaupun dia tidak tahu hujung pangkal cerita.

"Tapi you pun tahu kan. Firash bukannya sengaja. Firash pun mangsa keadaan dalam kes ni" Aliff memandang Syakira yang sudah mengangguk anggukkan kepala itu. Setuju dengan apa yang Aliff katakan.

"Kalau tak sebab tersalah makan ubat patient tu, i tak rasa Firash akan.." Aliff menghentikan ayat.

"You know him, right? Dia takkan buat benda-benda macam tu kalau dia sedar" Sambung Aliff lagi.

Syakira sudah tersenyum sinis.

'Gotcha'

"So, you rasa Firash kahwin tu atas dasar tanggungjawab je lah? Sebab his wife pregnant?"

"Err..pasal tu, i tak sure" jawab Aliff sebelum dia menyedut air tea o ais yang masih bersisa.

"You tak rasa ke, entah-entah staff nurse tu just nak perangkap Firash je?" Syakira sengaja menyerkap jarang.

"Maksud you?" Aliff sudah mengerutkan dahi.

"Ye lah, mana tahu dia memang dah pregnant dari awal. And dia nak Firash jadi pak sanggup. So, dia perangkap Firash. You jugak yang cakap tadi kan, Firash tersalah makan ubat. Entah-entah staff nurse tu yang plan bagi Firash makan ubat tu" Syakira sudah tersenyum sinis. Wajahnya dicebikkan.

Melihatkan senyuman sinis Syakira itu, Aliff sudah rasa tidak sedap hati. Dia dah terlepas cakap benda yang tak sepatutnya ke?

"I tak ingat la, haritu Firash ada cakap dekat i. Wife dia staff nurse dekat mana ya? You ingat tak?" Tanya Syakira lagi. Sengaja berpura-pura mengerutkan dahi. Seolah-olah cuba mengingati.

"Err i tak sure la" teragak-agak sahaja Aliff menjawab. Dia dah mula mengesyak sesuatu.

"Oh takpe.. Nanti i boleh cari" ujar Syakira perlahan.  Syakira sudah sembunyikan senyum.

CINTA TAK BERSYARAT (COMPLETED)Where stories live. Discover now