Bab 16

35.2K 1.2K 22
                                    

            Maira yang baru selesai membersihkan diri terkejut apabila melihat lelaki itu berada di dalam biliknya. Dia yang baru keluar dari bilik air itu segera menutup kepalanya dengan tuala. Lelaki itu hanya memakai singlet dengan seluar baju melayu. Tuala sudah tersidai di bahu lelaki itu.

Badan Maira serta merta menggigil. Pucat terus wajahnya. Tiba-tiba peristiwa hitam itu seperti diputarkan kembali dalam fikiran Maira.

'Dia nak rogol aku lagi ke?' detik hatinya perlahan. Terasa ingin segera keluar dari bilik itu.

"Apa doktor buat dalam bilik saya ni?" Suaranya sudah terketar ketar. Lututnya terasa lemah ketika ini. Rasanya kalau tidak berpaut pada dinding, mesti dirinya sudah rebah .

Firash yang melihat wajah pucat itu segera menghampiri. Kedua-dua tangannya diangkat. Membuat isyarat supaya wanita itu bertenang.

"Err.. ibu yang suruh aku masuk rest dalam bilik ni. Ibu kata ni bilik pengantin" jawab Firash sambil mencari anak mata wanita itu. Risau juga dia kalau wanita ini tiba-tiba pengsan.

Maira yang mendengar jawapan Firash terus melepaskan nafas lega. Scene akad nikah tadi seperti dimainkan semula dalam fikirannya.

'Dia suami kaulah, Maira Sofea' . Macam mana dia boleh terlupa tentang status lelaki ini sekarang.

Maira hanya mengangukkan kepalanya beberapa kali. Cuba menghadam maklumat yang lelaki dihadapannya itu sudah menjadi suaminya. Rentak jantungnya juga kembali normal. Tangan yang menggigil tadi beransur reda.

"Err boleh kan aku nak tumpang mandi? Aku belum solat zohor lagi ni" tanya Firash lagi apabila melihat isterinya itu seperti sudah bertenang.Tangannya menggaru kepala yang tidak gatal.

Dia sudah rimas sebenarnya dengan badan yang terasa melekit ini. Selepas makan tadi dia mencari Maira tetapi kelibat wanita itu sudah tidak kelihatan, terpaksa dia bertanya kepada ibu mertuanya dan wanita itu yang menyuruh Firash masuk kedalam bilik ini.

Maira yang mendengar hanya mengangguk perlahan. Diberi laluan kepada lelaki itu.

"Thanks" ujar Firash sambil berlalu memasuki ke dalam bilik air.

Maira mengurut dadanya perlahan selepas kelibat lelaki itu telah hilang dari pandangan. Segera dia menyiapkan diri dan menunaikan solat. Dia mahu keluar segera dari bilik itu sebelum lelaki itu selesai membersihkan diri. Tidak betah duduk berdua-duaan dengan lelaki itu.

Laju sahaja tangan melipat telekung yang dipakai apabila bunyi pancuran air sudah tidak kedengaran menandakan lelaki itu sudah hampir selesai. Sejadah dibiarkan sahaja terbentang bagi memudahkan lelaki itu nanti . Tudung segera dicapai dan disarungkan ke kepalanya. Laju langkah kakinya dihayun keluar dari bilik itu.

***************************************

Malam itu, seperti kebiasaan apabila sanak saudara jauh berkumpul beramai-ramai, mereka sekeluarga akan menunaikan solat maghrib berjemaah, bacaan tahlil dan seterusnya solat isyak berjemaah sebelum makan malam beramai-ramai. Memang menjadi rutin keluarga besar ini. Maklumlah dapat berkumpul pun jarang-jarang sekali.

Sedang mereka bersiap-siap untuk solat maghrib, Firash merasa bahunya ditepuk perlahan. Segera dia berpaling. Encik Saiful sudah tersenyum memandang menantu barunya itu.

"Firash nak imamkan solat?" Soal Encik Saiful. Ingin menguji. Firash yang mendengar hanya tersenyum tenang sambil mengangguk. Bukan dia tidak biasa. Setiap kali dia pulang ke rumah mama papanya di Selayang, mesti Farisha meminta dia yang mengimamkan mereka sekeluarga.

"Boleh, bah ". Segera Firash melangkah perlahan mengambil tempat paling hadapan.

Melihatkan imam baru yang sudah mengambil tempat segera Syaqif melaungkan iqamah untuk mengajak jemaah masuk ke dalam saf.

CINTA TAK BERSYARAT (COMPLETED)Where stories live. Discover now