Bab 39

45.3K 1.5K 115
                                    

           Maira menarik nafas dalam kemudian dihembus perlahan-lahan.  Cuba menahan rasa sakit yang datang.

"Sabar ye, Maira. Encik Roslan pergi ambik wheelchair sekejap" Raihana mengusap belakang Maira perlahan. Maira hanya mengangguk perlahan.

"Maira selawat banyak-banyak, ye" ujar Salasiah pula. Tangan wanita itu digenggam.

Hidayu dan Rosnani yang berada di situ turut membantu mengemas beg tangan Maira. Buku pink juga dimasukkan ke dalam beg itu bagi memudahkan proses pendaftaran sebentar lagi.

"Staff nurse!" Firash yang muncul di depan pintu bilik Unit Diabetes dan Endokrin itu nampak cemas. Tergesa-gesa dia berlari dari Pejabat Pakar tadi selepas menerima panggilan daripada Raihana.

Salasiah, Rosnani dan Hidayu mengerutkan dahi apabila melihat susuk tubuh doktor tinggi lampai itu terpacul di muka pintu.

"Kau okay tak?" Firash sudah melutut di hadapan kerusi yang Maira duduki. Mencari anak mata wanita itu. Riak risau jelas terpancar di wajah tampan itu.

Maira hanya diam. Memandang ke arah Firash pun tidak sudi.

Semakin berkerut dahi Salasiah, Rosnani dan Hidayu. Dah kenapa pulak Dr Firash nak sibuk-sibuk dengan isteri orang ni?

Firash menarik nafas lega apabila melihatkan Roslan yang sudah sampai dengan menolak kerusi roda.

Segera Firash mencempung Maira sebelum perlahan-lahan dia meletakkan wanita itu ke atas kerusi roda. Tidak dihiraukan wajah-wajah yang sudah tercengang melihat tindakannya itu. Nyawa isteri dan anaknya lebih penting ketika ini.

Maira hanya mendiamkan diri. Rasa sakit yang dirasakan terlalu kuat sehingga dia tidak mampu untuk menghalang Firash.

"Takpe bang, saya tolak dia" ujar Firash kepada Roslan yang sudah terpinga-pinga.

Laju sahaja langkah kaki panjang itu menolak Maira yang sedang kesakitan itu ke dewan bersalin.

Hilang sahaja kelibat Firash dan Maira, Rosnani, Hidayu, Salasiah dan Roslan saling berpandangan. Pelbagai telahan bermain di fikiran masing-masing.

"Diorang tu suami isteri" perlahan sahaja suara Raihana menuturkan. Mereka semua perlu tahu kenyataan itu. Tidak mahu menimbulkan fitnah pula nanti.

"Hah?" Serentak mereka berempat mengalihkan pandangan masing-masing ke arah Raihana.

Raihana hanya mengangguk perlahan. Mengiyakan apa yang dituturkan sebentar tadi.

"Jadi selama ni, Dr Firash tu suami Maira?" - Rosnani

"Tapi dalam gambar kahwin Maira kan orang lain?" - Hidayu

"Patutlah pagi tadi lain macam je Kak Sal tengok" - Salasiah.

***************************************

"Ibu, ibu tarik nafas dalam-dalam, hembus perlahan-lahan. Jangan teran lagi. Jalan tak bukak habis lagi ni. Nanti koyak pulak" Maira hanya mengangguk mendengarkan arahan jururawat yang bertugas di dewan bersalin itu. Selawat tidak putus-putus dilafazkan di bibir.

"Kak Mar, boleh dah panggil husband patient Bed 8 ni. Jalan dah bukak habis ni" laung jururawat yang baru sahaja melakukan pemeriksaan bukaan jalan ke atas Maira.

Maira yang mendengar sudah berdebar. Saat untuk dia melahirkan sudah tiba.
'Ya Allah, Kau permudahkanlah segalanya'

"Okay ibu, lepas ni, kalau ada rasa nak meneran, tarik nafas dalam-dalam dulu lepas tu baru teran kuat-kuat ye" arah jururawat itu lagi. Maira mengangguk lagi. Apabila merasakan tangannya digenggam perlahan, segera Maira berpaling. Matanya menangkap raut wajah Firash yang sedang kerisauan. Perlahan-lahan dia mengalihkan pandangan semula. Alangkah indahnya jika ini semua bukan lakonan. Pasti dia orang yang paling bahagia apabila dapat bersalin sambil ditemani suami tercinta.

CINTA TAK BERSYARAT (COMPLETED)Where stories live. Discover now