Bab 37

41.8K 1.2K 52
                                    

           Firash mengerling sekilas wajah wanita disebelahnya. Wanita itu tidak berhenti merenungnya daripada mula masuk kereta tadi.

"Ye, staff nurse.. kau ada nak cakap apa-apa ke dekat aku?" Tebak Firash. Perangai wanita itu memang dah ada dalam poket Firash dah.

"Doktor, malam nanti kita pergi makan shellout nak?" Bercahaya mata wanita itu memandang ke arah Firash.

"Makan pagi pun belum lagi dah fikir makan malam?" Firash menggeleng perlahan sambil tersenyum nipis.

"Alaa.. boleh ye doktor? Doktor pun tahu kan bukan saya yang nak?" Maira memandang Firash dengan senyuman.

"Habis tu, siapa yang nak?" Kening diangkat.

"Dia ni haa.. Suka sangat nak mintak makan macam-macam" Maira menghalakan jari telunjuk ke arah perutnya yang besar itu.

"Betul ke?" Firash cuba sembunyi senyum. Cuba menyakat wanita yang nampak sangat comel di matanya ketika ini.

"Betul.. cuba doktor tanya dia" Maira dah buat muka confident.

Firash menghalakan wajah ke perut Maira. Ketika itu kereta yang dipandu sedang berhenti di lampu merah.

"Assalamualaikum princess daddy, betul ke nak makan shell out ni? Ke mommy tuduh princess je?" Tanya Firash sambil tersenyum.

"Betul, daddy.. mommy tak tipu" Tiba-tiba ada suara yang sengaja dihaluskan menampar telinga Firash. Terus dia ketawa perlahan. Terhibur dengan gelagat wanita itu.

"Macam-macam la kau ni..Boleh je..malam nanti kita pergi"  Jawab Firash. Senyuman masih belum hilang dari bibirnya. Mana boleh cakap tidak. Nanti muncung dia boleh panjang sedepa.

Maira yang mendengar jawapan Firash itu sudah menepuk tangan seperti anak kecil.

"Yeay, tak sabarnya saya nak makan shell out tu"

"Aikk.. tadi kata bukan kau yang nak?" Firash mengerutkan dahi. Sengaja mengusik wanita di sebelahnya itu. Maira hanya menjeling. Senyuman masih tidak lekang dari bibir.

"Due date kau dah dekat kan?" Tanya Firash perlahan. Dia pun sudah maklum tentang tarikh due Maira yang sebulan awal daripada tarikh yang ditetapkan doktor.

"Haah.. kalau ikutkan lagi dua minggu lebih" tangan naik memegang perut. Risau sebenarnya. Maklumlah kalau orang lain masa-masa sebegini dah dapat cuti bersalin. Tapi tidak Maira.. dia masih perlu berkerja kerana jika mengikut tarikh duenya, dia hanya layak mengambil cuti bermula bulan depan.

"Kenapa kau tak mintak cuti je staff nurse?" Tanya Firash. Dahinya sudah dikerutkan. Orang lain dia tengok, sarat-sarat macam ni dah tak perlu berkerja.

"Err.. saya takut nanti orang lain pelik kenapa saya mintak cuti sebulan awal" jawab Maira perlahan.

Firash melepaskan keluhan kecil. Risau dengan keadaan wanita yang semakin sarat itu. Bagaimana kalau apa-apa terjadi semasa dia sedang berkerja?

"Kalau sakit ke apa, cepat-cepat bagitahu aku. Aku dah takde dekat klinik tu" ujar Firash. Bulan ni dia dah mula berkerja di Wad 8A semula.

"Okay.. Doktor jangan risau. Akak-akak dekat klinik tu kan ada. Lagipun, kita ni memang dah berkerja dalam hospital,doktor. Kalau dah nak bersalin nanti, senang je diorang tolak saya pergi labour room."

CINTA TAK BERSYARAT (COMPLETED)Where stories live. Discover now