Bab 40

47.3K 1.6K 70
                                    

"Kau..kau cakap apa ni, staff nurse?" Firash sudah hilang arah. Segera langkah dihayun ke arah wanita yang sedang duduk di atas katil itu.

"Kenapa doktor buat-buat terkejut pulak ni? Dah itu perjanjiannya kan?" Maira sudah tersenyum sinis.

Firash terkedu.

"Doktor janji dengan saya doktor akan turutkan apa je kemahuan saya lepas saya bersalin kan? Doktor dah lupa ke? Sekarang ni saya nak doktor lepaskan saya!" Keras nada suara Maira kedengaran di telinga Firash ketika itu. Tajam anak matanya menikam wajah lelaki yang sedang memandangnya dengan wajah tidak percaya.

"Staff nurse.. bagi la aku masa.. aku merayu pada kau.." suara Firash sudah tenggelam timbul. Pedih menikam hatinya ketika ini.

"Bagi la aku peluang untuk jadi suami kau, jadi daddy Ameera untuk sikit masa lagi. Aku janji aku takkan buat apa-apa yang sakitkan hati kau lagi dah. Please, staff nurse" rayu Firash lagi. Dia sudah melutut di hadapan Maira ketika ini. Dia sanggup buat apa sahaja untuk melembutkan hati wanita itu. Dia tidak mahu berpisah dengan isteri dan anaknya.

"Apa ni doktor! Cakap berbelit-belit! Dulu doktor cakap lepas saya bersalin, doktor nak ceraikan saya kan. Sekarang ceraikanlah! Kenapa pulak nak tangguh-tangguh?" Maira cuba mengawal suaranya. Takut mengejutkan Ameera yang sedang tidur.

Firash sudah meraup muka. Sebak di dada cuba ditahan.

"Staff nurse.." lirih sahaja suara itu memanggil. Namun panggilan itu hanya diabaikan oleh Maira. Sikit pun dia tidak memandang wajah lelaki itu.

"Tolong jangan buat aku macam ni staff nurse.." air mata sudah bergenang di tubir mata Firash. Hatinya begitu pedih ketika ini.

"Tak ada ke sekelumit rasa dalam hati kau untuk teruskan hubungan perkahwinan yang kita dah bina ni, staff nurse?" Firash cuba memujuk lagi. Cuba mempertahankan rumahtangga hingga ke hujungnya.

"Teruskan? Untuk apa? Untuk saya terus hidup terseksa?"

Firash tergamam.

"Apa maksud kau? Kau terseksa ke hidup dengan aku selama ni?" Firash merenung wajah yang beriak dingin itu dengan mata yang berkaca.

"Ya, saya terseksa! Saya terseksa sebab saya terpaksa hidup dengan perogol saya sendiri. Saya terseksa sebab saya terpaksa berpura-pura macam tak ada apa-apa yang berlaku sedangkan hati saya sakit, Dr Firash!"

Firash sudah terduduk. Air mata yang ditahan daripada tadi mengalir lesu di pipinya. Hatinya berkecai mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut wanita itu.

"Saya benci tengok muka doktor. Sebab setiap kali saya tengok muka doktor, peristiwa hitam tu akan bermain dekat kepala otak saya ni. Saya teringat macam mana doktor buat saya macam binatang masa tu!" Tambah Maira lagi. Sikit pun dia tidak memghiraukan lelaki yang sudah terduduk di atas lantai itu.

Firash menarik nafas dalam. Tangan perlahan-lahan naik mengesat air mata yang mengalir di pipi. Dia tidak sangka rupanya apa yang wanita itu tanggung lebih berat daripada apa yang dia fikirkan. Sikit pun dia tidak menyangka selama ni wanita itu hanya berpura-pura gembira sahaja di hadapannya.

"Baiklah.. aku faham.." Firash menahan sebak. Perlahan-lahan dia bangun.

"Kalau itu sebabnya kau taknak teruskan hubungan ni, aku faham..Aku memang tak boleh nak ubah kenyataan tu. Dan sampai bila-bila pun kau takkan bahagia selagi kau hidup dengan aku" ujar Firash perlahan. Dia mengalah. Jika hanya dia sahaja yang ingin mempertahankan, hubungan ini tidak akan ke mana.

"Kalau itu yang kau nak, kalau itu yang buat kau bahagia..." Firash menahan sebak. Suaranya sudah bergetar ketika ini. Buat apa mereka terus bersama kalau ianya hanya menyeksa wanita itu. Dia tidak sekejam itu untuk memaksa wanita itu terus hidup bersamanya.

CINTA TAK BERSYARAT (COMPLETED)Where stories live. Discover now