CARL Rayyan memandang wajahnya di permukaan cermin.Mungkin ini adalah kali terakhir dia berada di Malaysia.Semalam dia telah menghubungi ayahnya bahawa dia akan segera ke Itali untuk menguruskan projek disana pula.
Mendengarkan persetujuan dari ayahnya,Carl Rayyan bercadang akan terbang ke Itali pada hari esok.
"Devo finire anche questo progetto oggi.(Aku kena selesaikan projek ni hari ini juga.)"katanya sendirian.
Selepas mencapai briefcase,Carl Rayyan terus keluar dari rumahnya.
****
FAYYAD yang berdiri disebelah Carl Rayyan mula terasa resah.Bukan apa,dia risau kalau-kalau angin majikannya ini tiba-tiba menjadi tak baik gara-gara menunggu Dato Sri Haris yang masih belum tiba.
Kedengaran bunyi pintu mesyuarat terbuka, membuatkan mata Fayyad memandang ke arah sumber bunyi itu tadi.Tetapi,Carl Rayyan hanya memandang ke hadapan tanpa berpaling.
"Maaf,Tuan Carl.Saya terlambat sikit"ucap Dato Sri Haris,berbasi-basi.Serba-salah rasanya kerana membiarkan pemuda itu menunggunya dalam masa yang lama.
"Tak apa"tersenyum kecil.
"Tapi..ada apa Tuan Carl nak jumpa saya?Ada apa-apa masalah?"soal Dato Sri Haris ketika dia sudah melabuhkan punggungnya dihadapan Carl Rayyan.
"Tak ada apa-apa masalah.Cuma...kalau boleh saya nak percepatkan urusan dekat sini"jawab Carl Rayyan.
"Maksud Tuan Carl?"
"Saya kena balik ke Itali.Urusan dekat sini saya akan arahkan pembantu saya yang selesaikan.Jadi...sementara saya masih dekat sini,saya akan uruskan apa yang patut"jawapan Carl Rayyan dibalas dengan anggukan.
"Baiklah.Rasanya,tak ada apa-apa lagi.Cuma,kita perlu tengok tapak projek dekat sana"kata Dato Sri Haris.
Carl Rayyan mengangguk."Baiklah.Saya akan tengokkan tapak projek tu dekat sana.Selepas tu,Dato Sri bolehlah tengok sendiri tapak projek tu"
Dato Sri Haris mengangguk sambil tersenyum."Baiklah.Terima kasih"
Carl Rayyan hanya mengangguk.
****
"BILA,Tuan Carl nak balik ke sana?"soal Fayyad ingin tahu.
"Esok"jawab Carl Rayyan.
"Ce...cepatnya!"
"Kenapa?"matanya memandang wajah Fayyad.
"Tak adalah.Saya baru je bekerja dengan tuan"
"Jangan risau,aku akan cari kerja baru untuk kau"kata Carl Rayyan.
"Bukan sebab tu, tuan.Saya.."belum sempat Fayyad ingin menyambung ayatnya,tiba-tiba kedengaran suara orang memanggil mereka.
"Tuan Carl!Fayyad!"panggil Hisham sambil berlari menuju ke arah mereka.
"Hisham,kau buat apa dekat sini?"soal Fayyad.
"Tolong aku"pinta Hisham,termengah-mengah.
"Tolong apa?"soal Fayyad.
Carl Rayyan hanya diam sambil memerhati wajah Hisham yang termengah-mengah kerana berlari tadi.
"Ilya.."
"Kenapa dengan Ilya?"soal Fayyad lagi.
"Dia dah buat hal lagi.Kau kena tolong hentikan dia sebelum dia buat hal dekat sana"pinta Hisham.
"Apa maksud kau?Buat hal?"kini,giliran Carl Rayyan pula yang menyoal.
"Dia marah bila kes yang dia uruskan akan diserahkan kepada Cik Hani"jelas Hisham.
YOU ARE READING
𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚: 𝐂𝐚𝐫𝐥 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 | Ongoing
ActionCarl Rayyan atau nama Melayunya Rayyan Wildan. Carl Rayyan dijaga oleh Tuan Carl John yang berasal dari Itali.Hidup Carl Rayyan pada mulanya gembira seperti orang lain walaupun dia digelar MAFIA oleh rakyat warganegara dari Itali.Disebabkan dia sang...