Part 16

19 0 0
                                    

ILYA memandang sekeliling di kawasan Bangunan Jalan Sentosa itu.Selalunya,dia akan nampak penduduk-penduduk di Bangunan Jalan Sentosa itu melepak bersama di kedai makan kecil milik Puan Zakiah.Tetapi,bukan setakat orangnya dia tak nampak,dengan kedai-kedai sekali ditutupnya.Sunyi!

Tanpa memikirkan apa-apa,Ilya terus masuk ke pejabat kecil milik ayahnya.Sebaik sahaja dia membuka pintu, matanya ternampak Carl Rayyan sedang sibuk menulis.Sesekali,dahinya berkerut ketika membaca bait tulisan di atas permukaan kertas A4 itu.

"Tuan Carl"

Mendengar sahaja suara orang memanggilnya,Carl Rayyan pantas menyembunyikan kertas-kertas A4 yang berisi maklumat yang penting tentang kejadian yang menimpa ayahnya.

Carl Rayyan berdehem sekali bagi membetulkan suaranya kerana terkejut dengan teguran Ilya tadi. "Cik Ilya",tenang.

"Tuan buat apa dekat sini?"tanpa menyedari apa-apa.

"Saya nak siapkan kerja saya"

Ilya hanya mengangguk perlahan.

"Ayah saya mana?"soal Ilya yang sememangnya dia sedang mencari ayahnya sekarang ini.

"Pak cik pergi makan dengan diaorang "jawab Carl Rayyan dengan tenang.

"Diaorang?"dahi Ilya sedikit berkerut mendengar kata-kata Carl Rayyan.

"Ya.Orang yang tinggal dekat sini"jawab Carl Rayyan yang merujuk kepada semua penduduk Bangunan Jalan Sentosa.

Ilya mengangguk faham.Ayahnya tak ada pula bagitahu padanya yang ayah mahu keluar makan dengan mereka semua.Patut sunyi je!

"Kerja apa yang awak buat?"soalnya,berbasi-basi sambil melabuhkan punggung di kerusi bertentangan dengan Carl Rayyan.

"Kerja pejabat"masih kelihatan tenang.

Lama Ilya memandang wajah Carl Rayyan yang kelihatan fokus menulis sesuatu di permukaan kertas putih.
Memang tidak dinafikan bahawa Carl Rayyan memang mempunyai wajah yang cukup sempurna.Anak rambut Carl Rayyan yang jatuh ke dahi membuatkan kekacakan lelaki itu bertambah.

Kemudian, mata Ilya jatuh ke wajah Carl Rayyan yang kelihatan licin tanpa sebutir jerawat serta misai ataupun janggut.Bukan setakat janggut,jambang pun tak ada!Malah, lelaki itu juga mempunyai bulu kening yang tebal tetapi terletak elok dan hidung yang sedikit mancung.Apabila dia memandang Carl Rayyan, seketika dia terpesona melihat anak mata Carl Rayyan yang berwarna coklat gelap dan juga bibirnya yang nipis dan merah menandakan dia tidak pernah merokok.

"Dah puas scan muka saya?"soal Carl Rayyan senada tanpa memandang wajah Ilya.Matanya masih fokus memandang permukaan kertas dan fail di tangan.

Ilya cepat-cepat mengalihkan pandangannya apabila ditegur begitu.Merah mukanya menahan malu.

"Mana ada saya scan muka awak? Awak bukan qr code yang saya nak kena scan"jawab Ilya,selamba.

Carl Rayyan tergelak kecil mendengar jawapan wanita dihadapannya.

"Carino (Comel)"

"Apa awak cakap ni? Saya tak fahamlah"soal Ilya dengan dahi berkerut.

Lain macam je bunyinya.Mamat ni mengupat aku ke?

"Tak ada apa-apa" dengan senyuman menahan rasa tawanya.

"Ishh..mamat Itali ni.Aku cepuk jugak dia ni"bisik Ilya,perlahan tetapi dapat didengari oleh halwa telinga Carl Rayyan.

"Saya dengar apa yang awak cakap tadi,Cik Ilya"tegurnya dengan senyuman penuh makna.

Ilya hanya mendengus kasar sebelum dia beransur pergi dari situ.Makin lama dia disitu,makin banyak pula mamat dari Itali ni menyakatnya! Lebih tepat lagi menyindirnya!

𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚: 𝐂𝐚𝐫𝐥 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 | OngoingWhere stories live. Discover now