Part 19

17 0 0
                                    

"ASSALAMUALAIKUM"ucap Carl Rayyan sebaik sahaja dia sampai dihadapan rumah Ilya.

"Waalaikumussalam"balas Ilya yang baru muncul di muka pintu.

"Ian"

Carl Rayyan mengangguk sekali dengan senyuman kecil.

****

"SAYA minta maaf sebab tak dapat datang kenduri tahlil semalam"ucap Carl Rayyan ketika mereka berada di salah sebuah restoran yang berdekatan dengan rumah Ilya.

Ilya hanya mengangguk faham."Tak apa"

"Awak okey?"soalan Carl Rayyan membuatkan Ilya mengangguk sambil tersenyum kecil.

"Saya tahu...awak kuat,Amanda"

Mendengar kata-kata Carl Rayyan,Ilya mengeluh lemah.

"Selama ayah ada,saya selalu buat dia risau.Saya tak pernah senangkan hati dia"air matanya yang sudah lama kering, sekali lagi menitis juga.

"Saya tak pernah nak dengar cakap dia"sambungnya lagi.

"Awak seorang anak yang baik,Amanda"

Kata-kata Carl Rayyan tadi membuatkan Ilya mendongak memandang wajah Carl Rayyan dihadapannya.

"Pak cik bertuah dapat anak macam awak.Dia tak pernah marahkan awak"

"Macam mana awak tahu?"Ilya cuba ingin mengorek rahsia daripada Carl Rayyan.Tetapi, hatinya terasa hampa apabila lelaki itu hanya tersenyum memandangnya.

"Amanda...saya ada benda nak bagitahu awak"suara Carl Rayyan tiba-tiba menjadi serius.

"Bagitahu pasal apa?"

"Mungkin ini bukan masa yang sesuai tapi,awak dah tahu punca kematian ayah awak,kan?"

Carl Rayyan memandang wajah Ilya dalam-dalam.Mustahil Ilya tak tahu sedangkan Ilya seorang peguam.Selepas mendapat panggilan daripada pihak polis, Carl Rayyan dan Ilya sendiri pergi ke tempat kejadian.

****

ILYA terkocoh-kocoh berjalan mendekati kawasan yang sudah ditutup oleh pihak polis.

"Mana ayah saya?"soal Ilya kepada salah seorang daripada pegawai polis itu.

"Ayah cik dah dibawa ke hospital"

Ilya meraup wajahnya yang kelihatan kusut.Dia tak sanggup untuk kehilangan orang yang dia sayang lagi.

"Encik, boleh kami tengok kawasan ni,sekejap?"

Soalan Carl Rayyan membuatkan pegawai polis itu ragu-ragu untuk membenarkannya.

"Saya Ilya.Peguam.Ini pembantu saya"

Ilya terlebih dahulu menjelaskan sebelum pegawai polis itu bersuara.Tangannya tinggi menunjukkan kad pengenalan dirinya yang tertera sebagai seorang peguam.

Kelihatan pegawai polis itu mengangguk sambil menyerahkan semula kad pengenalan dirinya.

Carl Rayyan dan Ilya memandang sekeliling kawasan yang sudah runtuh bangunannya kerana di langgar oleh kenderaan yang besar.

"Ini kesan tayar"kata Carl Rayyan sambil bercangkung di sebelah Ilya.

"Nampak macam tayar lori"ujar Ilya lagi.

Carl Rayyan mengangguk setuju.Melihatkan kesan tayar yang besar dan jelas kelihatan,tidak hairan lagi kalau itu adalah kesan tayar lori.

"Bila tengok balik,pemandu lori tu macam sengaja nak langgar ayah"

Carl Rayyan mengangguk."Ya.Kalau tak,tak adalah kesan tayar ni ada.Selalunya, kesan tayar akan muncul bila kita tekan pedal minyak terlalu kuat"

Ilya mengangguk lagi.Kemudian, tangannya laju mengambil gambar kesan tayar itu menggunakan telefonnya.

𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚: 𝐂𝐚𝐫𝐥 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 | OngoingWhere stories live. Discover now